Tazkirah Subuh

BERKASIH SAYANGLAH DI DUNIA UNTUK MENDAPAT NAUNGAN DI PADANG MAHSYAR KELAK

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ يَقُولُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَيْنَ الْمُتَحَابُّونَ بِجَلَالِي الْيَوْمَ أُظِلُّهُمْ فِي ظِلِّي يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلِّي
Dari Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman pada hari kiamat kelak: “Mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-Ku? Hari ini Ku-naungi mereka, di mana tidak ada naungan pada hari ini selain naungan-Ku.”
(HR Muslim No: 4655)

Pedoman

1. Berdiri di hadapan Allah di padang Mahsyar kelak adalah saat yang paling mencemaskan bagi setiap muslim. Masing-masing mengharapkan balasan ganjaran pahala di atas segala amal yang dilakukan semasa di dunia;

2. Antara orang yang akan mendapat naungan dan perlindungan di padang mahsyar ialah mereka yang saling berkasih sayang sesama mereka semasa di dunia kerana Allah SWT.

Print Friendly, PDF & Email

Ali Ahmad Foudzi

Editor dakwahdantarbiah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button