Tazkirah Subuh

AMALAN YANG MEMASUKKAN KITA KE SYURGA

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّهُ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ….فَأَنْبِئْنِي بِعَمَلٍ إِنْ عَمِلْتُ بِهِ دَخَلْتُ الْجَنَّةَ قَالَ أَفْشِ السَّلَامَ وَأَطِبْ الْكَلَامَ وَصِلْ الْأَرْحَامَ وَقُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلْ الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ
Dari Abu Hurairah Bahwasanya ia mendatangi Nabi SAW seraya berkata; Ya Rasulullah….Beritakanlah kepadaku tentang amalan yang jika aku kerjakan maka aku akan masuk syurga?” maka baginda bersabda: “Sebarkanlah salam, ucapkanlah perkataan yang baik, sambunglah hubungan silaturahim dan solatlah di waktu malam ketika manusia sedang nyenyak tidur, maka engkau akan masuk syurga dengan selamat.” (HR Ahmad No: 9996)

Pedoman

1. Kita seharusnya mencontohi sahabat- sahabat Rasulullah SAW iaitu sentiasa bertanya kepada yang arif mengenai perkara-perkara yang tidak diketahui;

2. Amalan yang dinyatakan oleh Baginda SAW tidak akan lahir sekelip mata melainkan perlu kepada latihan yang bersungguh dan berterusan;

3. Ayuh kita pastikan agar hati dan roh kita sentiasa berada di dalam medan latihan tersebut secara berterusan.

Print Friendly, PDF & Email

Ali Ahmad Foudzi

Editor dakwahdantarbiah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button