عن عائشة قالت قال رسول الله صلى الله عليه وسلم أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ
Daripada Aisyah RA dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit.” (HR. Bukhari no: 6465)
Pedoman
1. ‘Amal soleh yang paling dicintai Allah terhadap hambanya adalah yang dilakukan secara berterusan walaupun ianya sedikit.
2. Hati yang hidup dan disinari dengan cahaya iman akan sentiasa berusaha mengingati Allah SWT tanpa mengkhususkan kepada hari dan masa tertentu sahaja.
3. Tarbiah dan latihlah hati kita agar sentiasa mengingati dan mendahulukan Allah dalam apa jua keadaan.