Tazkirah Subuh

MAJLIS KESEDIHAN DAN DUKACITA

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا جَلَسَ قَوْمٌ مَجْلِسًا لَمْ يَذْكُرُوا اللَّهَ فِيهِ وَلَمْ يُصَلُّوا عَلَى نَبِيِّهِمْ إِلَّا كَانَ عَلَيْهِمْ تِرَةً فَإِنْ شَاءَ عَذَّبَهُمْ وَإِنْ شَاءَ غَفَرَ لَهُمْ
Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: Tidaklah satu-satu kaum yang berada di dalam sesebuah majlis yang mana mereka tidak menyebut nama Allah padanya dan tidak pula berselawat ke atas Nabi mereka, melainkan majlis tersebut merupakan kesedihan, dukacita, dan penyesalan. Sekiranya Dia menghendaki, mereka akan diazab, dan sekiranya Dia mahu, mereka akan diampuni. (HR at-Tirmidzi No : 3302)

Pedoman

1. Kita amat berhajatkan dimana sahaja majlis atau program yang kita sertai atau berada, ia diberkati dan dirahmati.

2. Majlis atau program yang diberkati itu di dalamnya mestilah disebut nama Allah dan selawat ke atas Nabi;

3. Majlis atau program yang di dalamnya tidak disebut nama Allah serta selawat ke atas Nabi, ia mendukacitakan dan menyedihkan

Print Friendly, PDF & Email

Ali Ahmad Foudzi

Editor dakwahdantarbiah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button