Kompetensi

Tajuk Pilihan Pemantapan Pendakwah (10) – ISTIQAMAH

MUQADDIMAH

Setiap muslim semestinya berikrar bahawa Allah Subhanahuwata’ala adalah Rabbnya, Islam adalah dinnya (agamanya) dan Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam adalah rasul ikutannya, sepertimana doa yang sering dibaca:

رَضيتُ باللهِ ربًّا، وبالإسلامِ دينًا، وبمحمَّدٍ نبيًّا ورسولًا
Aku redha Allah sebagai Rabbku, dan Islam sebagai dinku, dan Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam sebagai nabi dan rasul bagiku

Dia haruslah memahami erti ikrar ini dan mampu merealisasikan tuntutannya dalam realiti kehidupan. Setiap aspek kehidupannya, samada dalam suasana sunang mahupun susah, hendaklah diwarnai dengan tuntutan ikrar ini.

Dalam realiti kehidupan, ternyata tidak semua orang Islam memiliki kefahaman yang baik tentang Islam dan dapat menghayatinya dalam setiap bidang kehidupan. Orang yang dapat menghayatinya pun belum tentu dapat bertahan dan tetap dalam penghayatan itu sepertimana yang dituntut oleh Islam, yakni iltizam dan istiqamah berpegang dengan ajaran Islam di sepanjang hidupnya.

Istiqamah berpegang dan beramal dengan din Islam merupakan satu kewajipan asasi dan satu kemestian bagi hamba-hamba Allah Subhanahuwata’ala yang inginkan husnul khatimah.

Istiqamah bukan sahaja diperintahkan kepada orang muslim biasa, bahkan diperintahkan juga kepada manusia besar dalam sejarah, iaitu para nabi dan rasul. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

فَلَعَلَّكَ تَارِكُۢ بَعۡضَ مَا يُوحَىٰٓ إِلَيۡكَ وَضَآئِقُۢ بِهِۦ صَدۡرُكَ أَن يَقُولُواْ لَوۡلَآ أُنزِلَ عَلَيۡهِ كَنزٌ أَوۡ جَآءَ مَعَهُۥ مَلَكٌۚ إِنَّمَآ أَنتَ نَذِيرٞۚ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ وَكِيلٌ
Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah bertaubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. (Hud : 12)

PENGERTIAN

Dari sudut bahasa, kata akar bagi istiqamah ialah qaama, bererti berdiri. Ini bermakna orang yang istiqamah ialah orang yang berdiri tegak tanpa bergeser atau menyeleweng ke arah lain.

Dari sudut istilah, istiqamah boleh diertikan dengan beberapa pengertian:

Abu Bakr As-Siddiq Radhiallahu’anhu menyatakan bahawa istiqamah ialah kemurnian tauhid.

Umar al-Khattab Radhiallahu’anhu menyatakan bahawa istiqamah ialah iltizam terhadap perintah dan larangan serta tidak boleh menipu sebagaimana tipuan musang.

Uthman bin Affan Radhiallahu’anhu menyatakan bahawa istiqamah ialah mengikhlaskan amal kepada Allah Ta’ala.

Ali bin Abi Talib Radhiallahu’anhu menyatakan bahawa istiqamah ialah melaksanakan kewajipan-kewajipan.

Al-Hasan pula menyatakan bahawa istiqamah ialah melakukan ketaatan dan menjauhi ma’siat.

Mujahid pula menyatakan bahawa istiqamah ialah iltizam terhadap syahadah tauhid sehingga bertemu dengan Allah Ta’ala.

Ibn Taimiyah pula menyatakan bahawa mereka beristiqamah dalam mencintai dan beribadah kepadaNya tanpa menoleh ke kiri atau kanan.

DASAR ISTIQAMAH

Firman Allah Subhanahuwata’a:

فَلَعَلَّكَ تَارِكُۢ بَعۡضَ مَا يُوحَىٰٓ إِلَيۡكَ وَضَآئِقُۢ بِهِۦ صَدۡرُكَ أَن يَقُولُواْ لَوۡلَآ أُنزِلَ عَلَيۡهِ كَنزٌ أَوۡ جَآءَ مَعَهُۥ مَلَكٌۚ إِنَّمَآ أَنتَ نَذِيرٞۚ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ وَكِيلٌ
Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah bertaubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjaka. (Hud : 12)

Firman Allah Subhanahuwata’ala:

إِنَّ ٱلَّذِينَ قَالُواْ رَبُّنَا ٱللَّهُ ثُمَّ ٱسۡتَقَٰمُواْ فَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ
أُوْلَٰٓئِكَ أَصۡحَٰبُ ٱلۡجَنَّةِ خَٰلِدِينَ فِيهَا جَزَآءَۢ بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Rabb kami ialah Allah”, Kemudian mereka tetap istiqamah, maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita.
Mereka itulah penghuni-penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya; sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan. (Al Ahqaf, 41: 13-14)

Katika Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam ditanya: “Ya Rasulullah, katakanlah kepadaku satu perkataan dalam Islam yang aku tidak akan bertanya kepada seseorang pun selain engkau

Baginda bersabda: “Qul aamantu billah fastaqim” (Katakanlah: Aku beriman kepada Allah, kemudian beristiqamahlah).

Ibn Taimyyah menyatakan: Sebesar-besar karamah ialah memegang istiqamah.

FAKTOR-FAKTOR YANG MELAHIRKAN ISTIQAMAH

1. Beramal dengan amalan yang sebaik-baiknya.

Firman Allah Subhanahuwata’ala:|

وَجَٰهِدُواْ فِي ٱللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِ
Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. (Al-Hajj, 22: 78)

2. Bersikap sederhana antara melampaui batas dan mempersia-siakan sesuatu.

Firman Allah Subhanahuwata’ala:

وَٱلَّذِينَ إِذَآ أَنفَقُواْ لَمۡ يُسۡرِفُواْ وَلَمۡ يَقۡتُرُواْ وَكَانَ بَيۡنَ ذَٰلِكَ قَوَامٗا
Dan orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian. (Al-Furqan, 25 : 67)

3. Bertindak sesuatu berasaskan ilmu dan kefahaman.

Firman Allah Subhanahuwata’ala.

وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَٰٓئِكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡ‍ُٔولٗا
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dipertanggungjawabkan. (Al Isra’,17:36)

4. Tidak bersandarkan sesuatu dengan faktor-faktor yang bersifat sementara, tetapi bersandar kepada suatu yang jelas dan kekal.

5. Ikhlas kepada Allah Subhanahuwata’ala.

Firman Allah Subhanahuwata’ala:

وَمَآ أُمِرُوٓاْ إِلَّا لِيَعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مُخۡلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ حُنَفَآءَ وَيُقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُواْ ٱلزَّكَوٰةَۚ وَذَٰلِكَ دِينُ ٱلۡقَيِّمَةِ
Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus. (Al Bayyinah, 98 : 3) 

6. Mengikut sunnah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam.

Bertaka Imam Sufian: Tidak diterima suatu perkataan, kecuali apabila ia disertakan amal. Dan tidak lurus perkataan dan amal kecuali dengan niat, dan tidak lurus perkataan, amal dan niat, kecuali mengikut sunnah.

TANDA-TANDA ORANG YANG ISTIQAMAH

Akan dapat dilihat tanda-tanda bagi orang yang istiqamah, iaitu:

1. Bersifat syaja’ah (berani)

Muslim yang istiqamah akan memiliki keberanian yang luar biasa. Ia tidak gentar menghadapi segala rintangan da’wah. Ia tidak akan menjadi seorang yang pengecut atau pengkhianat di jalan perjuangan.

Inilah gambaran sifat-sifat sahabat-sahabat Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam.

Ketika seorang sahabat mendapat jawapan daripada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bahawa dia akan masuk syurga sekiranya mati di medan jihad, maka dia tidak menyia-nyiakan waktunya, lalu melempar tamar yang ada dalam genggamamnya, kemudian meluncur ke medan jihad. Akhirnya dia mendapat apa yang dia inginkan, iaitu syahadah.

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam pernah bersabda kepada Ali bin Abi Talib ra setelah ia menerima bendera Islam dalam peperangan Khaibar dengan sabda baginda: Jalanlah, jangan menoleh sehingga Allah Subhanahuwata’ala memberikan kemenangan kepada kamu.

Lantas Ali berjalan, kemudian berhenti sejenak dan tidak menoleh seraya bertanya dengan suara yang keras: Ya Rasulullah, atas dasar apa aku memerangi manusia

Baginda menjawab: Perangilah manusia sehingga mereka bersaksi bahawasanya tiada ilah melainkan Allah.

Inilah gambaran keberanian para sahabat yang lahir daripada istiqamah.

2. Ithmi’nan (ketenangan)

Keimanan yang mantap bagi seorang mukmin akan melahirkan tsabat dan istiqamah. Manakala tsabat dan istiqamah akan melahirkan ketenangan, kedamaian dan kebahagiaan. Meski pun dia menghadapi jalan da’wah yang panjang dan sukar, ia tetap tenang. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَلَمۡ يَلۡبِسُوٓاْ إِيمَٰنَهُم بِظُلۡمٍ أُوْلَٰٓئِكَ لَهُمُ ٱلۡأَمۡنُ وَهُم مُّهۡتَدُونَ 
Orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang yang mendapat petunjuk.
(al An’am, 6: 82)

Firman Allah Subhanahuwata’ala:

ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِۗ أَلَا بِذِكۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَئِنُّ ٱلۡقُلُوبُ
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. (ar Ra’du, 13: 28)

3. Tafa’ul (optimis)

Istiqamah yang dimiliki oleh seorang mukmin akan melahirkan sikap tafa’ul (optimis) bahawa masa depan di tangan Islam dan yakin kepada pertolongan Allah Subhanahuwata’ala. Jauh dari sikap pesimis dalam mengharungi jalan da’wah yang berliku-liku. Ia tidak merasa lelah yang boleh membuahkan kekecewaan dalam perjuangan. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

وَلَا تَاْيۡ‍َٔسُواْ مِن رَّوۡحِ ٱللَّهِۖ إِنَّهُۥ لَا يَاْيۡ‍َٔسُ مِن رَّوۡحِ ٱللَّهِ إِلَّا ٱلۡقَوۡمُ ٱلۡكَٰفِرُونَ
Dan jangan kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. ( Yusuf,12 : 87)

Firman-Nya lagi:

قَالَ وَمَن يَقۡنَطُ مِن رَّحۡمَةِ رَبِّهِۦٓ إِلَّا ٱلضَّآلُّونَ
Ibrahim berkata: “Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Rabb-nya, kecuali orang yang sesat”. ( Al Hijr,15 : 56)

 

PENUTUP

Untuk kekal istiqamah memerlukan tiga pendekatan sekaligus bagi setiap mukmin iaitu:

1. LiLlah = kerana Allah.
2. Ma’aLlah = bersama Allah.
3. IlaLlah = menuju kepada Allah.

LiLlah bermakna kerana Allah, iaitu lil Islam, yakni mengambil Islam sebagai mabda’ (perinsip hidup) dan menuntut keredhaan Allah.

Ma’aLlah bermakna bersama Allah, iaitu bersama-sama manhaj Allah, yakni bil Islam atau sentiasa bersama-sama dengan Islam sebagai manhaj hidup.

IlaLlah ialah menuju kepada Allah, bermakna sentiasa bermatlamatkan Allah dalam setiap kerja-kerja dan usaha.

Firman Allah Subhanahuwata’ala:


إِنَّ ٱلَّذِينَ قَالُواْ رَبُّنَا ٱللَّهُ ثُمَّ ٱسۡتَقَٰمُواْ تَتَنَزَّلُ عَلَيۡهِمُ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ أَلَّا تَخَافُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَبۡشِرُواْ بِٱلۡجَنَّةِ ٱلَّتِي كُنتُمۡ تُوعَدُونَ
نَحۡنُ أَوۡلِيَآؤُكُمۡ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَفِي ٱلۡأٓخِرَةِۖ وَلَكُمۡ فِيهَا مَا تَشۡتَهِيٓ أَنفُسُكُمۡ وَلَكُمۡ فِيهَا مَا تَشۡتَهِي
أَنفُسُكُمۡ وَلَكُمۡ فِيهَا مَا
Sesungguhnya orang yang mengatakan: “Rabb kami ialah Allah”, kemudian mereka istiqamah, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: “Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu”. Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta. Sebagai hidangan (bagimu) daripada Rabb yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Fushilat, 41: 30-32)

Penyunting bersama:
Khairul Azman
Abu Husin Taqiy

 

Print Friendly, PDF & Email

Khairul Azman

Ketua Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button