Penyusun: Haji Mohd Ghani Salleh
PANDUAN KOMUNIKASI DA’WAH
DEFINISI
– Komunikasi berasal daripada bahasa latin comunicatio bererti ‘sama’.
– Tujuan berkomunikasi supaya penerima menerima maklumat serta bersikap dan bertindak sama dengan keinginan komunikator.
1. Kandungan komunikasi:
— Informasi yang berfaedah untuk pendengar.
— Persuasif – penerima maklumat sedia menerima, faham, yakin dan bertindak sesuai dengan kefahaman tersebut.
2. Komunikasi da’wah:
— Menyampaikan ajaran Islam kepada mad’u agar faham dengan baik serta bersikap dan berperilaku secara Islami.
CIRI–CIRI KOMUNIKASI DA’WAH
1. Komunikator (penda’wah):
– Penda’wah adalah penentu keberkesanan komunikasi, dengan taufik Allah SWT.
– Penda’wah perlu berketrampilan, kaya idea dan berkreativiti tinggi.
2. Ciri–ciri penda’wah muntijah:
– Berkredibiliti (keyakinan diri tinggi) – berkarakter, emosi stabil dan berkemampuan berhujah.
– Memiliki daya tarik – disukai oleh mad’u dan berkemampuan mengolah bahannya secara komprehensif.
– Mempunyai kekuatan yang mempengaruhi.
3. Penerima Komunikasi atau Mad’u
– Mad’u dikenali.
– Dengan mengenali mad’u, penda’wah dapat menentukan bahan yang sesuai, waktu yang sesuai, gaya yang perlu dilakukan, istilah yang digunakan dan pakaian yang dikenakan.
4. Mesej/Bahan Yang Disampaikan
– Mesej/Bahan difahami dengan baik dan up-to-date.
– Bahan da’wah disediakan dengan rapi.
5. Media (Alat Komunikasi)
– Berda’wah boleh dilakukan dengan pelbagai alat – radio, television, telefon, handphone, internet, e-mail, surat khabar, majalah, buku, kaset, CD dan sebagainya.
6. Kesan yang Ingin Dicapai
– Perubahan pada diri mad’u supaya lebih Islamik dari semasa ke semasa.
JENIS–JENIS KOMUNIKASI.
1. Komunikasi Lisan
– Seperti ceramah, pidato, khutbah, diskusi, berbual dan seumpamanya.
– Kelebihan komunikasi lisan:
— Mempunyai ciri-ciri lebih akrab, peribadi, manusiawi dan dapat melahirkan emosi pembicara.
– Kelemahan komunikasi lisan:
— Sukar diulangi kerana sering tidak didokumentasikan.
2. Komunikasi Tulisan-tulisan
– Contoh: surat khabar, majalah, brosur, buletin, surat, e-mail, internet, sepanduk dan seumpamanya.
– Kelebihan:
— Mudah didokumentasikan dan diulang baca.
– Kelemahan:
— Tidak tercapai semua kelebihan seperti dalam komunikasi lisan.
3. Komunikasi Isyarat
– Contoh: Karikatur, gambar, simbol-simbol dan seumpamanya.
– Kelebihan – lebih praktikal, lebih mudah dan efektif.
– Kelemahan – tidak semua perkara boleh disampaikan melalui isyarat
KOMUNIKASI BERKESAN
1. Bahasa yang ringkas dan padat.
2. Sistematik dan tidak berbelit-belit.
3. Bahasa fasih, jelas dan terang.
4. Bahasa atau istilah yang mudah dicerna oleh penerima (mad’u). Bila guna istilah asing, maka perlulah diterjemah atau dihuraikan.
5. Sesuaikan intonasi dengan mesej da’wah – seperti semangat, sedih dan serius.
6. Komunikasi dua hala berlaku untuk memudahkan kefahaman.
7. Perhatikan kepada situasi dan kondisi – waktu, ruang, momentum. Contohnya ada perbezaan antara khutbah nikah, pesanan untuk bakal haji dan tazkirah kematian.
8. Perhatian kepada mesej da’wah.
9. Pemahaman yang baik.
10. Penerimaan yang baik.
11. Banyak berdoa dan berdamping dengan Allah SWT agar komunikasi berkesan dengan baik di hati-hati manusia.
HALANGAN KOMUNIKASI BERKESAN
1. Alat pendengaran/penglihatan penerima komunikasi kurang baik atau tidak berfungsi dengan baik.
2. Gangguan alat komunikasi – seperti pembesar suara, LCD, television dan saluran telefon.
3. Perbezaan persepsi terhadap mesej berpunca daripada istilah, world view atau budaya yag berbeza.
4. Bahasa dan istilah yang tidak dapat difahami.
5. Situasi dan kondisi tidak membantu – seperti panas, hujan dan suasana sedih.
6. Kurang konsentrasi/penumpuan – samada di pihak komunikator atau penerima.
7. Allah SWT tidak izin komunikasi itu berkesan, mungkin dihalang oleh dosa yang dilakukan tanpa bertaubat kepada-Nya.