Tazkirah Subuh

PERBANYAKKAN SELAWAT KE ATAS NABI SAW DI HARI JUMAAT

عَنْ أَبِى أُمَامَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَكْثِرُوا عَلَىَّ مِنَ الصَّلاَةِ فِى كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ فَإِنَّ صَلاَةَ أُمَّتِى تُعْرَضُ عَلَىَّ فِى كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَىَّ صَلاَةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّى مَنْزِلَة
Dari Abi Umamah berkata, Rasulullah SAW bersabda: Banyakkanlah berselawat ke atasku di setiap hari Jumaat kerana selawat umatku diperlihatkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Maka sesiapa yang paling banyak selawatnya ke atasku, dialah yang paling dekat kedudukannya denganku.

(HR al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 3/249, No. 6208)

Pedoman

1. Rasulullah SAW adalah kekasih Allah. Baginda diutuskan untuk menyelamatkan aqidah manusia;

2. Sebagai tanda kasih dan sayang kita kepada Baginda dan keluarga, ayuh kita perbanyakkan selawat ke atas Junjungan Nabi SAW khususnya pada hari Jumaat yang mulia lagi diberkati ini.

Print Friendly, PDF & Email

Ali Ahmad Foudzi

Editor dakwahdantarbiah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button