عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اتَّقِ اللَّهِ حَيْثُمَا كُنْتَ وَأَتْبِعْ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ
Daripada Abu Zar RA beliau berkata; Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku: “Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana saja kamu berada dan ikutilah setiap (amalan) kejahatan dengan (amalan) kebaikan yang dapat menghapuskannya serta berakhlaklah kepada manusia dengan akhlak yang baik.” (HR Tirmizi, No: 1987)
Pedoman
1. Taqwa adalah sebaik-baik bekalan untuk berjumpa Allah SWT . Ia merupakan benteng daripada melakukan kejahatan dan maksiat.
2. Bersegeralah melakukan kebaikan setelah menyedari atau melakukan kejahatan atau maksiat. Antaranya beristighfar, bersedekah dan sebagainya.
3. Para ulama’ bersepakat bahawa kebaikan hanya dapat menghapuskan dosa-dosa kecil sahaja. Adapun dosa besar seperti derhaka kepada ibubapa tidak akan terhapus kecuali dengan taubat nasuhah.