Tazkirah Subuh

SAYANGI MANUSIA LAIN UNTUK MENDAPAT KASIH SAYANG ALLAH SWT

عَنْ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَرْحَمُ اللَّهُ مَنْ لَا يَرْحَمُ النَّاسَ
Dari Jarir bin Abdullah RA berkata, “Rasulullah SAW bersabda: “Allah tidak akan menyayangi sesiapa yang tidak menyayangi manusia.” (HR Bukhari No: 6828)

Pengajaran:

1. Allah mencipta manusia dalam pelbagai bangsa dan warna kulit untuk mereka saling kenal mengenal dan hidup berkasih sayang dan saling menghormati,

2. Menyayangi sesama manusia diserlahkan dengan cara menunaikan tanggungjawab yang menjadi hak orang lain yang berada di sekeliling kita,

3. Asuhlah hati kita agar dapat menyayangi orang lain di atas dasar iman tanpa mengira Muslim mahupun non Muslim agar kita pula sentiasa disayangi oleh Allah SWT.

Print Friendly, PDF & Email

Ali Ahmad Foudzi

Editor dakwahdantarbiah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button