
Ramai di kalangan orang Islam hari ini tidak merasai kenikmatan berada dalam Islam yang sebenarnya sepertimana yang dirasai oleh sahabat-sahabat di zaman Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam. Dalam rangka inilah kita perlu mendekati sumber-sumber yang boleh memberi gambaran Islam (fikrah Islamiah) yang betul dan tepat dengan berpandukan al-Quran al-Karim dan as-Sunnah an-Nabawiyyah. Kita juga perlu mengenali jahiliah hari ini.
Mengetahui jahiliah bererti kita mengetahui musuh ketat pada Islam dan Iman itu sendiri yang mana penyerapan unsur-unsur atau anasir-anasir jahiliah inilah yang sebenarnya telah menghalang kita dari dapat menikmati kemanisan hidup dalam Islam.
Firman Allah Subhanahuwata’ala:
أَفَحُكۡمَ ٱلۡجَٰهِلِيَّةِ يَبۡغُونَۚ وَمَنۡ أَحۡسَنُ مِنَ ٱللَّهِ حُكۡمٗا لِّقَوۡمٖ يُوقِنُونَ ٥٠
Apakah hukum jahliah yang mereka kehendaki dan hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang yang yakin (beriman). (Surah al-Maidah : 50)
Bagi orang yang beriman tiada hukum yang lebih baik melainkan hukum yang telah diturunkan oleh Allah Subhanahuwata’ala. Ini adalah tegasan dari al-Quran. Tetapi mengapa ramai orang Islam hari ini menolak hukum Allah Subhanahuwata’ala dalam praktiknya? Bagaimanakah untuk menilai keadaan ini?
Islam yang kita kehendaki ialah Islam yang Kamil lagi Syamil (lengkap lagi menyeluruh). Al-Quran memberi gambaran yang betul dan tepat mengenai Jahiliah yang sebenarnya. Menurut Muhammad Qutb, jahiliah yang ditentukan oleh al-Quran adalah:
- Satu keadaan jiwa yang menolak hidayah Allah Subhanahuwata’ala.
- Satu penyusunan masyarakat yang menolak hukum-hukum Allah Subhanahuwata’ala.
- Jahiliah itu adalah lawan bagi ma’rifat kenal kepada Allah Subhanahuwata’ala. walaupun ia mempunyai ilmu tentang sifat dan kekuasaan Allah Subhanahuwata’ala di mana jika ditanya kepada mereka: Siapakah yang menjadikan langit dan bumi? Nescaya mereka akan menjawab: Allah Ta’ala. Jahiliah adalah lawan petunjuk Allah Subhanahuwata’ala dan menghukum dengan tidak hukum Allah Subhanahuwata’ala.
- Jahiliah itu sebenarnya melawan Islam dan Iman.
Jahiliah bukan bermakna melawan sains dan kemajuan harta benda atau penghasilan yang banyak. Inilah yang perlu difahami kerana masyarakat hari ini tidak diberi gambaran atau hakikat yang sebenarnya. Selagi Iman tidak melahirkan amalan-amalan Islam dalam hidup kita maka ini bermakna jahiliah sedang mengawal dan menguasai semua aktiviti hidup kita. Ini adalah merupakan satu hakikat yang wajar disedari oleh setiap dari kita.
Kita tidak boleh mengatakan bahawa seseorang yang tidak berilmu (yang bodoh) sebagai jahiliah. Konsep kefahaman terhadap jahiliah adalah sebenarnya diukur dari penerimaan dan penolakan terhadap Islam itu sendiri di mana perbezaan antara dua hakikat ini adalah terletak pada Islam itu sendiri. Apabila Islam yang ditolak maka hiduplah ia di dalam jahiliah seperti contoh yang berlaku pada mula-mula Islam yang didakwahkan oleh Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam di Makkah oleh Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam kepada orang Quraisy. Walaupun orang Quraisy Makkah terkenal dengan kemajuan dan kepintaran namun mereka tetap dipanggil jahiliah kerana mereka menolak Islam sebagai satu-satunya cara hidup yang perlu diikuti. tetapi dunia kini menganggap umat Islam adalah jahiliah kerana tida kemajuan. Ini adalah fahaman yang telah menyimpang jauh dari hakikat sebenarnya. Jahiliah ‘Arabiah dan jahiliah zaman ini sebenarnya mempunyai hakikat yang sama, cuma keadaan jahiliah hari ini ialah jahiliah yang lebih Sophisticated. Jahiliah dahulu senang diketahui dan dikesan, tetapi jahiliah kini sukar untuk diketahui kerana mereka bersembunyi dalam kemajuan.
Jahiliah sekarang ini malah jahiliah setiap zaman tetap akan menolak hukum Allah Subhanahuwata’ala dan mereka boleh dicap atau dikenali sebagai jahiliah di mana-mana sahaja di dunia ini di segenap lapisan masyarakat dan segenap keadaan. Sesungguhnya kita dewasa ini telah dikongkongi oleh jahiliah yang amat teruk sehingga apa yang kita anggap Islam telah pun diasaskan atas jahiliah.
Jahiliah dan hawa nafsu mempunyai nilai dan hakikat yang sama. Apabila seseorang itu mengikuti hawa nafsu, maka bermakna ia telah mengikut jahiliah. Mereka yang mengikut hawa nafsu enggan mengikut perintah Allah Subhanahuwata’ala, maka kedapatanlah jahiliah. hawa nafsu tidak boleh membawa kepada Iman dan Islam. Fiman Allah Subhanahuwata’ala:
أَلَمۡ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ أُوتُواْ نَصِيبٗا مِّنَ ٱلۡكِتَٰبِ يَشۡتَرُونَ ٱلضَّلَٰلَةَ وَيُرِيدُونَ أَن تَضِلُّواْ ٱلسَّبِيلَ ٤٤
Apakah kamu tidak melihat orang yang telah diberi sebahagian dari al Kitab (Taurat)?. Mereka membeli (memilih) kesesatan (dengan petunjuk) dan mereka bermaksud supaya kamu tersesat (menyimpang) dari jalan (yang benar). (Surah an-Nisaa’ : 44)
Dewasa ini kita tidak nampak jahiliah kerana kita tidak sedar dan tidak boleh bertindak ke arah penghapusan nilai jahiliah. Kita telah tidak disedarkan dengan perancangan rapi oleh musuh Islam. satu perancangan yang teratur dan rapi telah dibuat oleh musuh-musuh Islam untuk menghapuskan Islam yang sebenarnya. tetapi kita masih tidak sedar akan keadaan ini kerana semuanya telah dimanglikan (dibiuskan) oleh musuh-musuh dengan sebarang cara yang mereka dapat lakukan.
Jadi sudah jelas pada kita bahawa masalah penyakit jahiliah ini ialah mengingkari dan menolak petunjuk Allah Subhanahuwata’ala dan suka kepada yang tidak baik dan jujur. Orang jahiliah ingin kepada kegelapan dan mereka tidak sedar bahawa mereka sedang berada dalam kegelapan (tidak tenang, kucar-kacir, penyesatan, penyelewengan dan sebagainya). Setelah mereka keluar dari jahiliah, barulah mereka sedar bahawa mereka sedar bahawa mereka selama ini telah berada dalam kegelapan jahiliah.
Saidina Umar Radhiallahu’anhu biasa menangis dan ketawa apabila memikirkan tentang keadaan beliau ketika jahiliah. Beliau menangis kerana beliau terkenangkan perbuatan kejamnya menanam anak perempuannya hidup-hidup ketika jahiliah dan beliau ketawa pernah ketika beliau dalam keadaan beliau bermusafir, telah memakan tuhannya yang dibuat dari buah tamar kerana kehabisan bekalan sehingga habis berhala sembahan beliau itu sendiri.
Penyelewengan, kucar-kacir dan sebagainya dalam kehidupan hari ini berlaku kerana ada kehidupan jahiliah. Manusia sekarang sedang bermusuhan di antara miskin dan kaya tetapi mengikut jahiliah sebab kelahiran kekucar-kaciran masyarakat adalah berpunca dari modal atau pergaduhan yang berlaku di kalangan manusia yang berkasta atau tekanan ekonomi. Tiada yang berpendapat bahawa yang berlaku demikian adalah kerana tidak ada hubungan dengan sistem Allah Subhanahuwata’ala. Untuk menyelesaikan sesuatu masalah hari ini mereka gunakan aqal sendiri dan bukan dengan sistem Allah Subhanahuwata’ala.
Masyarakat (negara) boleh menentukan samada masyarakat negara itu berada dalam keadaan jahiliah atau tidak. Seseorang yang benar-benar beriman kepada Allah Subhanahuwata’ala akan terus memutuskan hubungan dengan jahiliah pada saat mula Islamnya. Akibat dari keengganan menolak jahiliah ini adalah amat besar sekali. Sesiapa sahaja yang bertindak dengan tidak mengikut apa yang telah ditentukan oleh Allah Subhanahuwata’ala maka ia adalah Kafirun, Zalimun dan Fasiqun. Firman Allah Subhanahuwata’ala:
إِنَّآ أَنزَلۡنَا ٱلتَّوۡرَىٰةَ فِيهَا هُدٗى وَنُورٞۚ يَحۡكُمُ بِهَا ٱلنَّبِيُّونَ ٱلَّذِينَ أَسۡلَمُواْ لِلَّذِينَ هَادُواْ وَٱلرَّبَّٰنِيُّونَ وَٱلۡأَحۡبَارُ بِمَا ٱسۡتُحۡفِظُواْ مِن كِتَٰبِ ٱللَّهِ وَكَانُواْ عَلَيۡهِ شُهَدَآءَۚ فَلَا تَخۡشَوُاْ ٱلنَّاسَ وَٱخۡشَوۡنِ وَلَا تَشۡتَرُواْ بَِٔايَٰتِي ثَمَنٗا قَلِيلٗاۚ وَمَن لَّمۡ يَحۡكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡكَٰفِرُونَ ٤٤
Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab Taurat di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang terang), yang dengan Kitab itu diputuskan perkara orang Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah , oleh orang alim mereka dan pendita-pendita mereka, disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitab-kitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya. Kerana itu janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada Ku. Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang yang kafir.
( Surah al Maa-idah : 44)
وَكَتَبۡنَا عَلَيۡهِمۡ فِيهَآ أَنَّ ٱلنَّفۡسَ بِٱلنَّفۡسِ وَٱلۡعَيۡنَ بِٱلۡعَيۡنِ وَٱلۡأَنفَ بِٱلۡأَنفِ وَٱلۡأُذُنَ بِٱلۡأُذُنِ وَٱلسِّنَّ بِٱلسِّنِّ وَٱلۡجُرُوحَ قِصَاصٞۚ فَمَن تَصَدَّقَ بِهِۦ فَهُوَ كَفَّارَةٞ لَّهُۥۚ وَمَن لَّمۡ يَحۡكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ ٤٥
Dan Kami telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya (At Taurat) bahawasanya jiwa (dibalas) dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi dan luka-luka (pun) ada kisasnya. Barangsiapa yang melepaskan (hak kisas) nya, maka melepaskan hak itu (menjadi) penebus dosa baginya. Barangsiapa yang tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang yang zalim. (Surah al Maa-idah : 45)
وَلۡيَحۡكُمۡ أَهۡلُ ٱلۡإِنجِيلِ بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فِيهِۚ وَمَن لَّمۡ يَحۡكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡفَٰسِقُونَ ٤٧
Dan hendaklah orang pengikut Injil, memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah di dalamnya. Barangsiapa yang tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang yang fasik. (Surah al Maa-idah : 47)
Jahiliah terdapat ciri-cirinya dan boleh dilihat dari sifat-sifat berikut:
- Tidak beriman sebenarnya dengan Allah Subhanahuwata’ala. nampak jahiliah itu dalam macam-macam keadaan, tindakan dan mereka tidak menyerahkan semua urusan mereka kepada Allah Subhanahuwata’ala dan tidak beriman sepenuhnya kepada Allah Subhanahuwata’ala. Iman yang sebenarnya ialah dengan menjadikan Allah Subhanahuwata’ala sahaja sebagai Ilah. Perintah, undang-undang Allah Subhanahuwata’ala sahaja yang diterima dan patuh. Jika tidak demikian maka Uluhiah kepada Allah Subhanahuwata’ala kita masih tidak sempurna.
- Mengikut hawa jahiliah dan hawa nafsu adalah seiringan. Firman Allah Subhanahuwata’ala:
وَأَنِ ٱحۡكُم بَيۡنَهُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ وَٱحۡذَرۡهُمۡ أَن يَفۡتِنُوكَ عَنۢ بَعۡضِ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَۖ فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَٱعۡلَمۡ أَنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعۡضِ ذُنُوبِهِمۡۗ وَإِنَّ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلنَّاسِ لَفَٰسِقُونَ ٤٩
dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang yang fasik. (Surah al-Maaidah : 49)
Hendaklah kamu berjaga-jaga kerana mereka memutar belitkan kamu dengan apa yang diturunkan oleh Allah Subhanahuwata’ala, jangan biarkan mereka mengelirukan kita. Sebahagian dari hukum Allah Subhanahuwata’ala telah dikelirukan oleh jahiliah. Sekiranya hawa nafsu menghukum walaupun mengikut syara’ maka masih dikira sebagai jahiliah. Sekiranya Iman dan Islam menghukum maka hukuman adalah sebenarnya menurut apa yang dikehendaki oleh Allah Subhanahuwata’ala. hakikat hawa nafsu sebenarnya berbeza mengikut keadaan dan masa.
- Thagut
Firman Allah Subhanahuwata’ala
ٱللَّهُ وَلِيُّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ يُخۡرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَٰتِ إِلَى ٱلنُّورِۖ وَٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ أَوۡلِيَآؤُهُمُ ٱلطَّٰغُوتُ يُخۡرِجُونَهُم مِّنَ ٱلنُّورِ إِلَى ٱلظُّلُمَٰتِۗ أُوْلَٰٓئِكَ أَصۡحَٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمۡ فِيهَا خَٰلِدُونَ ٢٥٧
Allah pelindung bagi orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (jahliah) kepada cahaya (keimanan). dan orang kafir, pelindung-pelindungnya adalah taghut, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan. mereka itu adalah penghuni neraka, kekal mereka di dalamnya.
(Surah al-Baqarah : 257)
Orang beriman dan berjuang (berperang) kepada Allah Subhanahuwata’ala tetapi orang jahiliah berjuang bermati-matian mengikut perintah taghut.