Firman Allah Subhanahuwata’ala :
وَهَدَيۡنَٰهُ ٱلنَّجۡدَيۡنِ ١٠
Dan Kami telah tunjukkannya dua jalan (jalan kebajikan dan jalan kajahatan). (Surah al-Balad : 10)
أَيَحۡسَبُ ٱلۡإِنسَٰنُ أَن يُتۡرَكَ سُدًى ٣٦
Apakah manusia menyangka bahawa ia akan dibiarkan begitu sahaja (tanpa dipertanggungjawabkan)
(Surah al-Qiyamah : 36)
Telah ditentukan bagi manusia jalan yang ditempuhinya. Allah Subhanahuwata’ala telah menggariskan jalan tersebut di sisi-Nya dan meletakkan di hadapan manusia panji-panji matlamat kehidupan dan juga hikmat kejadiannya.
Firman Allah Subhanahuwata’ala :
أَفَحَسِبۡتُمۡ أَنَّمَا خَلَقۡنَٰكُمۡ عَبَثٗا وَأَنَّكُمۡ إِلَيۡنَا لَا تُرۡجَعُونَ ١١٥ فَتَعَٰلَى ٱللَّهُ ٱلۡمَلِكُ ٱلۡحَقُّۖ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡكَرِيمِ ١١٦
Apakah kamu mengira bahawa Kami menjadikan kamu secara sia-sia sahaja dan kamu semua tidak akan dikembalikan kepada Kami. Maka Maha Tinggi Allah, Raja yang sebenarnya. : tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan ( Yang Mempunyai) ‘Arasy yang mulia (Surah al-Mu’minun : 115-116)
Orang yang berbahagia ialah orang yang telah bertemu dengan pertolongan-Nya. Orang yang telah ditarik oleh cahaya hidayah-Nya. Mereka telah meneroka dengan pandangan mereka segala kabus yang telah menutup kealpaan dan kelalaian mereka selama ini. Seterusnya mereka tahu akan marhalah-marhalah perjalanan dan melangkah menuju ke matlamatnya.
Firman Allah Subhanahuwata’ala :
فَفِرُّوٓاْ إِلَى ٱللَّهِۖ إِنِّي لَكُم مِّنۡهُ نَذِيرٞ مُّبِينٞ ٥٠ وَلَا تَجۡعَلُواْ مَعَ ٱللَّهِ إِلَٰهًا ءَاخَرَۖ إِنِّي لَكُم مِّنۡهُ نَذِيرٞ مُّبِينٞ ٥١
Maka segeralah kembali mentaati Allah . Sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan yang nyata daripada Allah untukmmu. Dan janganlah kamu mengadakan tuhan (Ilah) yang lain di samping Allah.Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata daripada Allah untukmu. (Surah Adz Dzaariyaat : 50-51.)
Apa sahaja yang menyebabkan manusia terpesong daripada sampai kepada-Nya, atau mengubah serta menyelewengkan manusia daripada menghadap-Nya, atau memisahkan manusia daripada bergantung serta berharap kepada-Nya, sama ada berupa hawa nafsu yang menguasai atau kemahuan yang degil atau kehendak-kehendak terhadap sesuatu yang cepat lupus dan hilang (duniawi), maka semua itu adalah ilah-ilah selain daripada-Nya.
Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:
أَفَرَءَيۡتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَٰهَهُۥ هَوَىٰهُ وَأَضَلَّهُ ٱللَّهُ عَلَىٰ عِلۡمٖ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمۡعِهِۦ وَقَلۡبِهِۦ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِۦ غِشَٰوَةٗ فَمَن يَهۡدِيهِ مِنۢ بَعۡدِ ٱللَّهِۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ ٢٣
Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai ilah dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya pertunjuk sesudah Allah membiarkannya sesat?. Maka mengapa kamu tidak mengambil pengajaran? (Surah al-Jathiyah: ayat 23.)
Wahai manusia, di sisi kamu hanya terdapat dua jalan. Tidak ada jalan ketiga sebagai pilihan.
JALAN PERTAMA
Jalan pertama ialah jalan yang luas terbentang di hadapan. Penuh dengan keteduhan. Jalan yang terang benderang dan elok sekali. Dipagari jalan tersebut dengan keindahan bau-bauan. Di sekelilingnya penuh dengan kecantikan. Permulaan jalan itu ialah keyakinan dan keimanan (terhadap Allah). Tahap-tahapnya ialah istiqamah dan ketaatan kepada ar-Rahman. Penghujungnya ialah syurga dan keredhaan Allah Subhanahuwata’ala.
JALAN KEDUA
Jalan kedua ialah jalan yang gondol, terasing, sunyi, penuh dengan kegelapan dan membinasakan. Permulaan jalan itu ialah bantahan dan keingkaran kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Tahap-tahapnya ialah kemungkaran dan kemaksiatan. Penghujung jalan itu ialah neraka yang mana apinya menyala-nyala serta kemurkaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Firman Allah Subhanahuwata’ala:
فَأَمَّا مَن طَغَىٰ ٣٧ وَءَاثَرَ ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا ٣٨
Adapun orang yang melampaui batas dan lebih mengutamakan kehidupan duniawi, maka sesungguhnya jahim (neraka) itulah tempat tinggalnya. (Surah an-Naziaat : 37-38).
Kedua-dua jalan tersebut tidak akan sama selama-lamanya.
Firman Allah Subhanahuwata’ala:
أَفَمَن كَانَ مُؤۡمِنٗا كَمَن كَانَ فَاسِقٗاۚ لَّا يَسۡتَوُۥنَ ١٨ أَمَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ فَلَهُمۡ جَنَّٰتُ ٱلۡمَأۡوَىٰ نُزُلَۢا بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ ١٩ وَأَمَّا ٱلَّذِينَ فَسَقُواْ فَمَأۡوَىٰهُمُ ٱلنَّارُۖ كُلَّمَآ أَرَادُوٓاْ أَن يَخۡرُجُواْ مِنۡهَآ أُعِيدُواْ فِيهَا وَقِيلَ لَهُمۡ ذُوقُواْ عَذَابَ ٱلنَّارِ ٱلَّذِي كُنتُم بِهِۦ تُكَذِّبُونَ ٢٠
Maka apakah orang yang beriman sama dengan orang yang fasiq (kafir)? Mereka tidak sama. Ada pun orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, maka bagi mereka syurga-syurga tempat kediaman, sebagai pahala terhadap apa yang telah mereka kerjakan. Dan adapun orang yang fasiq, maka tempat mereka adalah neraka. Setiap kali mereka hendak keluar daripadanya, mereka dikembalikan ke dalamnya dan dikatakan kepada mereka: “Rasakan siksa neraka yang dahulu kamu mendustakannya. (Surah as-Sajadah : 18-20)
أَفَنَجۡعَلُ ٱلۡمُسۡلِمِينَ كَٱلۡمُجۡرِمِينَ ٣٥ مَا لَكُمۡ كَيۡفَ تَحۡكُمُونَ ٣٦
Apakah patut Kami jadikan orang Islam itu sama dengan orang yang berdosa? Mengapa kamu berbuat demikian? Bagaimanakah kamu mengambil keputusan? (Surah al-Qalam: ayat 35-36)
أَمۡ نَجۡعَلُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ كَٱلۡمُفۡسِدِينَ فِي ٱلۡأَرۡضِ أَمۡ نَجۡعَلُ ٱلۡمُتَّقِينَ كَٱلۡفُجَّارِ ٢٨
Patutkah Kami menganggap orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh sama dengan orang yang melakukan kerosakan di muka bumi? Patutkah pula Kami menganggap orang yang bertaqwa sama dengan orang yang berbuat maksiat. (Surah Shad : 28)
Orang yang soleh dan beramal dengan penuh keikhlasan, maka dia akan memperolehi kebaikan di dunia dan akhirat.
Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:
مَنۡ عَمِلَ صَٰلِحٗا مِّن ذَكَرٍ أَوۡ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤۡمِنٞ فَلَنُحۡيِيَنَّهُۥ حَيَوٰةٗ طَيِّبَةٗۖ وَلَنَجۡزِيَنَّهُمۡ أَجۡرَهُم بِأَحۡسَنِ مَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ ٩٧
Barang siapa yang mengerjakan amal saleh, baik lelaki mahupun perempuan, dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik, dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan
(Surah an-Nahl : 97)
Sebaliknya, firman Allah Subhanahuwata’ala:
وَمَنۡ أَعۡرَضَ عَن ذِكۡرِي فَإِنَّ لَهُۥ مَعِيشَةٗ ضَنكٗا وَنَحۡشُرُهُۥ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ أَعۡمَىٰ ١٢٤
Dan barang siapa berpaling daripada peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta (Surah Thaha : 124)
Sebagaimana berbezanya implikasi pemilihan jalan di atas bagi individu, begitulah juga bagi umat manusia seluruhnya. Umat yang berpegang kepada hidayah Rabbani dan menempuh jalan Ilahi yang bersumberkan wahyu dari langit, maka sesungguhnya dia telah dibantu dalam urusan dunia dengan ketinggian (‘izzah) dan kepimpinan. Di akhirat nanti disediakan pula untuknya kebaikan dan kurniaan (dari sisi Allah Subhanahuwata’ala).
Firman Allah Subhanahuwata’ala:
وَلَوۡ أَنَّ أَهۡلَ ٱلۡقُرَىٰٓ ءَامَنُواْ وَٱتَّقَوۡاْ لَفَتَحۡنَا عَلَيۡهِم بَرَكَٰتٖ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَٰكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذۡنَٰهُم بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ ٩٦
Jika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpah kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya (Surah al-A’raf : 96)
وَلَوۡ أَنَّهُمۡ أَقَامُواْ ٱلتَّوۡرَىٰةَ وَٱلۡإِنجِيلَ وَمَآ أُنزِلَ إِلَيۡهِم مِّن رَّبِّهِمۡ لَأَكَلُواْ مِن فَوۡقِهِمۡ وَمِن تَحۡتِ أَرۡجُلِهِمۚ مِّنۡهُمۡ أُمَّةٞ مُّقۡتَصِدَةٞۖ وَكَثِيرٞ مِّنۡهُمۡ سَآءَ مَا يَعۡمَلُونَ ٦٦
Dan sekiranya mereka bersungguh-sungguh menjalankan hukum Taurat, Injil dan al-Quran yang diturunkan kepada mereka dari Tuhannya, nescaya mereka akan mendapat makanan dari atas mereka dan dari bawah kaki mereka. Di antara mereka ada golongan yang pertengahan. Dan alangkah buruknya apa yang dikerjakan oleh kebanyakan mereka (Surah al-Maidah : 66)
Sebaliknya, firman Allah Subhanahuwata’ala:
وَضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلٗا قَرۡيَةٗ كَانَتۡ ءَامِنَةٗ مُّطۡمَئِنَّةٗ يَأۡتِيهَا رِزۡقُهَا رَغَدٗا مِّن كُلِّ مَكَانٖ فَكَفَرَتۡ بِأَنۡعُمِ ٱللَّهِ فَأَذَٰقَهَا ٱللَّهُ لِبَاسَ ٱلۡجُوعِ وَٱلۡخَوۡفِ بِمَا كَانُواْ يَصۡنَعُونَ ١١٢
Dan Allah telah membuat satu perumpamaan dengan sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezeki yang datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi penduduknya mengingkari nikmat-nikmat Allah; kerana itu Allah merasakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang mereka lakukan. (Surah an-Nahl : 112)
Jika dilihat permasalahan dunia kini, permasalahan material tidaklah setenat berbanding permasalahan ruh. Permasalahan kemiskinan, kesihatan dan buta huruf tidaklah setenat berbanding permasalahan kezaliman, ketamakan, ketidak-adilan, ketiadaan kasih sayang, ketiadaan kesedaran dan ketiadaan keinsafan.
Justeru itu wahai manusia, sampai bilakah keadaan ini akan berterusan? Peringatan telah pun berada bersama-sama kamu. Bukti-bukti telah pun berada di sisi kamu. Lupakah kamu hari-hari semalam yang penuh dengan pengajaran?
Firman Allah Subhanahuwata’ala:
فَهَلۡ يَنتَظِرُونَ إِلَّا مِثۡلَ أَيَّامِ ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلِهِمۡۚ قُلۡ فَٱنتَظِرُوٓاْ إِنِّي مَعَكُم مِّنَ ٱلۡمُنتَظِرِينَ ١٠٢ ثُمَّ نُنَجِّي رُسُلَنَا وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْۚ كَذَٰلِكَ حَقًّا عَلَيۡنَا نُنجِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ١٠٣
Mereka tidak menunggu-nunggu kecuali (kejadian-kejadian) yang sama dengan kejadian (yang menimpa) orang yang terdahulu sebelum mereka. Katakanlah: “Maka tunggulah, sesungguhnya akupun termasuk orang yang menunggu bersama kamu”. Kemudian Kami selamatkan para Rasul Kami dan orang yang beriman, demikianlah menjadi kewajipan atas Kami menyelamatkan orang yang beriman (Surah Yunus : 102-103)
Sesungguhnya hati itu berada di bawah kekuasaan Allah Subhanahuwata’ala.
Firman Allah Subhanahuwata’ala:
وَقَالَ ٱلَّذِي ٱشۡتَرَىٰهُ مِن مِّصۡرَ لِٱمۡرَأَتِهِۦٓ أَكۡرِمِي مَثۡوَىٰهُ عَسَىٰٓ أَن يَنفَعَنَآ أَوۡ نَتَّخِذَهُۥ وَلَدٗاۚ وَكَذَٰلِكَ مَكَّنَّا لِيُوسُفَ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَلِنُعَلِّمَهُۥ مِن تَأۡوِيلِ ٱلۡأَحَادِيثِۚ وَٱللَّهُ غَالِبٌ عَلَىٰٓ أَمۡرِهِۦ وَلَٰكِنَّ أَكۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ ٢١
Dan orang Mesir yang membelinya berkata kepada isterinya: Berikanlah kepadanya tempat (dan layanan) yang baik, boleh jadi ia bermanfaat kepada kita atau kita pungut dia sebagai anak .Dan demikian pulalah Kami memberikan kedudukan yang baik kepada Yusuf di muka bumi (Mesir), dan agar Kami ajarkan kepadanya ta’bir mimpi. Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya
(Surah Yusuf : 21)
Firman Allah Subhanahuwata’ala dalam al-Hadith al-Qudsi (yang bermafhum):
Barangsiapa yang memusuhi wali-Ku (kekasih-Ku), Aku telah mengisytiharkan perang terhadapnya. Tidak ada cara bertaqarrub (mendekatkan diri) seorang hamba kepada Ku yang lebih Ku sukai melainkan melaksanakan kewajipan-kewajipan yang Ku fardhukan kepadanya. Namun sentiasa hamba-Ku itu berusaha mendekatkan diri kepada Ku dengan melakukan hal-hal yang sunat sehingga Aku pun mencintai (mengasihi)nya. Apabila dia telah Aku cintai, Akulah pendengarannya yang dengannya dia mendengar, penglihatannya yang dengannya dia melihat, tangannya yang dengannya dia memukul keras dan kakinya yang dengannya dia berjalan. Jika dia memohon kepada Ku, Aku akan kurniakan dan jika dia memohon perlindungan Ku, Aku akan melindunginya. Dan tidak pernah Aku ragu-ragu pada sesuatu di saat Aku akan melakukannya seperti ragu-Ku untuk mengambil jiwa orang mu’min yang enggan mati sedangkan Aku tidak suka mengganggunya.
(Hadith Riwayat al-Bukhari)
Rujukan: Hasan Al Banna
Terima kasih atas perkongsian yg terbaik.
Mohon share dan download gambar.t.kasih