Tazkirah Subuh

BIJAK MENILAI KEADAAN SEBELUM MEMBUAT PEMBAHARUAN

عَنْ عَائِشَةُ قُلْتُ قَالَتْ : قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ يَا عَائِشَةُ، لَوْلاَ قَوْمُكِ حَدِيثٌ عَهْدُهُمْ ـ قَالَ ابْنُ الزُّبَيْرِ بِكُفْرٍ ـ لَنَقَضْتُ الْكَعْبَةَ فَجَعَلْتُ لَهَا بَابَيْنِ باب يَدْخُلُ النَّاسُ، وَبَابٌ يَخْرُجُونَ ‏”‏‏.‏ فَفَعَلَهُ ابْنُ الزُّبَيْرِ‏.‏
Maksudnya: Daripada Saidatina Aisyah RA berkata, sesungguhnya Rasulullah SAW pemah mengucapkan: Wahai Aisyah, kalaulah bukan kerana kaummu masih dekat dengan zaman kekafiran mereka (zaman jahiliah mereka), nescaya aku akan runtuhkan Kaabah dan binanya semula dengan menjadikannya mempunyai dua pintu. Satu pintu untuk manusia masuk dan satu pintu untuk manusia keluar. Lalu apabila Abdullah bin al-Zubair menjadi Gabenor Mekah, beliau melaksanakan hadis Nabi ini. (Sahih al-Bukhari, no: 126).

Pedoman
1. Hadis ini menceritakan kebijaksanaan Rasulullah saw dalam menilai sesuai keadaan. Memperbaiki semula Ka’abah adalah sesuatu yg Nabi hajatkan. Namun Baginda bimbang kaumnya akan lari meninggalkan Islam.

2. Mengelakkan mereka dari jatuh semula kepada kekufuran adalah lebih utama daripada maslahah meruntuh dan membina semula Ka’abah.

Print Friendly, PDF & Email

Ali Ahmad Foudzi

Editor dakwahdantarbiah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button