Fikrah

ANTARA DUA JALAN

Firman Allah Subhanahuwata’ala :

وَهَدَيۡنَٰهُ ٱلنَّجۡدَيۡنِ ١٠
Dan Kami telah tunjukkannya dua jalan (jalan kebajikan dan jalan kajahatan). (Surah al-Balad : 10)

أَيَحۡسَبُ ٱلۡإِنسَٰنُ أَن يُتۡرَكَ سُدًى ٣٦
Apakah manusia menyangka bahawa ia akan dibiarkan begitu  sahaja (tanpa dipertanggungjawabkan)
(Surah al-Qiyamah : 36)

Telah ditentukan bagi manusia jalan yang ditempuhinya. Allah Subhanahuwata’ala telah menggariskan jalan tersebut di sisi-Nya dan meletakkan  di hadapan manusia panji-panji matlamat kehidupan dan  juga  hikmat kejadiannya.

Firman Allah Subhanahuwata’ala :

أَفَحَسِبۡتُمۡ أَنَّمَا خَلَقۡنَٰكُمۡ عَبَثٗا وَأَنَّكُمۡ إِلَيۡنَا لَا تُرۡجَعُونَ ١١٥ فَتَعَٰلَى ٱللَّهُ ٱلۡمَلِكُ ٱلۡحَقُّۖ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡكَرِيمِ ١١٦
Apakah  kamu mengira bahawa Kami menjadikan kamu secara  sia-sia sahaja  dan kamu semua tidak akan dikembalikan kepada Kami.  Maka Maha Tinggi Allah, Raja yang sebenarnya. : tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan ( Yang Mempunyai) ‘Arasy yang mulia  (Surah  al-Mu’minun : 115-116)

Orang  yang  berbahagia  ialah orang yang  telah  bertemu  dengan pertolongan-Nya.  Orang yang telah ditarik oleh  cahaya  hidayah-Nya. Mereka telah meneroka dengan pandangan mereka segala  kabus yang  telah menutup kealpaan dan kelalaian  mereka  selama  ini. Seterusnya  mereka tahu akan  marhalah-marhalah perjalanan  dan melangkah menuju ke matlamatnya.

Firman Allah Subhanahuwata’ala :

فَفِرُّوٓاْ إِلَى ٱللَّهِۖ إِنِّي لَكُم مِّنۡهُ نَذِيرٞ مُّبِينٞ ٥٠ وَلَا تَجۡعَلُواْ مَعَ ٱللَّهِ إِلَٰهًا ءَاخَرَۖ إِنِّي لَكُم مِّنۡهُ نَذِيرٞ مُّبِينٞ ٥١

Maka segeralah kembali mentaati Allah . Sesungguhnya aku  adalah pemberi peringatan yang nyata daripada Allah untukmmu. Dan jangan­lah  kamu  mengadakan tuhan (Ilah) yang lain  di  samping  Allah.Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata  daripada Allah untukmu. (Surah  Adz Dzaariyaat : 50-51.)

Apa  sahaja  yang menyebabkan manusia terpesong  daripada  sampai kepada-Nya,  atau mengubah serta menyelewengkan manusia  daripada menghadap-Nya, atau memisahkan manusia daripada bergantung  serta berharap  kepada-Nya, sama ada berupa hawa nafsu  yang  menguasai atau kemahuan yang degil atau kehendak-kehendak terhadap  sesuatu yang cepat lupus dan hilang (duniawi), maka  semua  itu  adalah ilah-ilah selain daripada-Nya.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:

أَفَرَءَيۡتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَٰهَهُۥ هَوَىٰهُ وَأَضَلَّهُ ٱللَّهُ عَلَىٰ عِلۡمٖ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمۡعِهِۦ وَقَلۡبِهِۦ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِۦ غِشَٰوَةٗ فَمَن يَهۡدِيهِ مِنۢ بَعۡدِ ٱللَّهِۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ ٢٣
Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa  nafsunya sebagai  ilah dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan  ilmu-Nya dan  Allah telah  mengunci mati pendengaran  dan  hatinya  serta meletakkan  tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang  akan memberinya pertunjuk sesudah Allah membiarkannya sesat?. Maka mengapa kamu tidak mengambil pengajaran? (Surah al-Jathiyah: ayat 23.)

Wahai  manusia, di sisi kamu hanya terdapat dua jalan. Tidak  ada jalan ketiga sebagai  pilihan.

JALAN PERTAMA

Jalan pertama ialah jalan yang luas terbentang di hadapan.  Penuh dengan keteduhan. Jalan yang terang benderang dan  elok  sekali. Dipagari  jalan tersebut dengan keindahan bau-bauan. Di  sekelil­ingnya penuh dengan kecantikan. Permulaan jalan itu ialah keyaki­nan dan keimanan (terhadap Allah). Tahap-tahapnya ialah istiqamah dan  ketaatan  kepada ar-Rahman. Penghujungnya ialah  syurga  dan keredhaan Allah Subhanahuwata’ala.

JALAN KEDUA

Jalan  kedua  ialah  jalan yang gondol,  terasing,  sunyi,  penuh dengan kegelapan  dan membinasakan. Permulaan  jalan  itu  ialah bantahan  dan keingkaran kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.  Tahap-tahapnya ialah kemungkaran  dan kemaksiatan. Penghujung jalan itu  ialah  neraka yang mana apinya menyala-nyala serta kemurkaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Firman Allah Subhanahuwata’ala:

فَأَمَّا مَن طَغَىٰ ٣٧ وَءَاثَرَ ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا ٣٨
Adapun orang yang melampaui batas dan lebih mengutamakan kehidu­pan duniawi,  maka  sesungguhnya jahim (neraka)  itulah  tempat tinggalnya. (Surah an-Naziaat : 37-38).

Kedua-dua  jalan tersebut tidak akan sama selama-lamanya.

Firman Allah Subhanahuwata’ala:

أَفَمَن كَانَ مُؤۡمِنٗا كَمَن كَانَ فَاسِقٗاۚ لَّا يَسۡتَوُۥنَ ١٨ أَمَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ فَلَهُمۡ جَنَّٰتُ ٱلۡمَأۡوَىٰ نُزُلَۢا بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ ١٩ وَأَمَّا ٱلَّذِينَ فَسَقُواْ فَمَأۡوَىٰهُمُ ٱلنَّارُۖ كُلَّمَآ أَرَادُوٓاْ أَن يَخۡرُجُواْ مِنۡهَآ أُعِيدُواْ فِيهَا وَقِيلَ لَهُمۡ ذُوقُواْ عَذَابَ ٱلنَّارِ ٱلَّذِي كُنتُم بِهِۦ تُكَذِّبُونَ ٢٠
Maka  apakah  orang yang beriman sama  dengan  orang yang fasiq (kafir)? Mereka tidak sama. Ada pun orang  yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, maka bagi mereka syurga-syurga  tempat kediaman, sebagai pahala terhadap apa  yang  telah mereka  kerjakan. Dan adapun orang yang fasiq, maka  tempat mereka adalah neraka. Setiap kali mereka hendak keluar  daripada­nya, mereka dikembalikan ke dalamnya dan dikatakan kepada mereka: “Rasakan siksa neraka yang dahulu kamu mendustakannya. (Surah as-Sajadah : 18-20)

أَفَنَجۡعَلُ ٱلۡمُسۡلِمِينَ كَٱلۡمُجۡرِمِينَ ٣٥  مَا لَكُمۡ كَيۡفَ تَحۡكُمُونَ ٣٦
Apakah  patut  Kami jadikan orang Islam  itu  sama  dengan orang yang berdosa? Mengapa kamu berbuat demikian? Bagaima­nakah kamu mengambil keputusan? (Surah al-Qalam: ayat 35-36)

أَمۡ نَجۡعَلُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ كَٱلۡمُفۡسِدِينَ فِي ٱلۡأَرۡضِ أَمۡ نَجۡعَلُ ٱلۡمُتَّقِينَ كَٱلۡفُجَّارِ ٢٨

Patutkah Kami menganggap orang yang beriman dan  mengerja­kan amal saleh sama dengan orang yang melakukan kerosakan di muka bumi? Patutkah  pula Kami menganggap orang yang  bertaqwa sama dengan orang yang berbuat maksiat. (Surah Shad : 28)

Orang  yang soleh dan beramal dengan penuh keikhlasan,  maka  dia akan memperolehi kebaikan di dunia dan akhirat.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:

مَنۡ عَمِلَ صَٰلِحٗا مِّن ذَكَرٍ أَوۡ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤۡمِنٞ فَلَنُحۡيِيَنَّهُۥ حَيَوٰةٗ طَيِّبَةٗۖ وَلَنَجۡزِيَنَّهُمۡ أَجۡرَهُم بِأَحۡسَنِ مَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ ٩٧
Barang  siapa  yang mengerjakan amal saleh, baik  lelaki  mahupun perempuan,  dalam  keadaan beriman, maka sesungguhnya  akan  Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik, dan sesungguhnya akan Kami berikan  balasan  kepada mereka dengan pahala  yang  lebih  baik daripada apa yang telah mereka kerjakan
(Surah an-Nahl : 97)

Sebaliknya, firman Allah Subhanahuwata’ala:

وَمَنۡ أَعۡرَضَ عَن ذِكۡرِي فَإِنَّ لَهُۥ مَعِيشَةٗ ضَنكٗا وَنَحۡشُرُهُۥ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ أَعۡمَىٰ ١٢٤

Dan barang siapa berpaling daripada peringatan-Ku, maka  sesung­guhnya baginya penghidupan yang sempit dan Kami akan  menghimpun­kannya pada hari kiamat dalam keadaan buta (Surah Thaha : 124)

Sebagaimana berbezanya implikasi pemilihan jalan di atas bagi in­dividu, begitulah juga bagi umat manusia seluruhnya.  Umat  yang berpegang  kepada hidayah Rabbani dan menempuh jalan  Ilahi  yang bersumberkan wahyu  dari langit, maka  sesungguhnya  dia  telah dibantu dalam urusan dunia dengan ketinggian (‘izzah) dan kepim­pinan.  Di akhirat nanti disediakan pula  untuknya kebaikan  dan kurniaan (dari sisi Allah Subhanahuwata’ala).

Firman Allah Subhanahuwata’ala:

وَلَوۡ أَنَّ أَهۡلَ ٱلۡقُرَىٰٓ ءَامَنُواْ وَٱتَّقَوۡاْ لَفَتَحۡنَا عَلَيۡهِم بَرَكَٰتٖ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَٰكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذۡنَٰهُم بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ ٩٦

Jika  sekiranya  penduduk negeri-negeri  beriman  dan  bertaqwa, pastilah Kami akan melimpah kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat  Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya (Surah al-A’raf : 96)

وَلَوۡ أَنَّهُمۡ أَقَامُواْ ٱلتَّوۡرَىٰةَ وَٱلۡإِنجِيلَ وَمَآ أُنزِلَ إِلَيۡهِم مِّن رَّبِّهِمۡ لَأَكَلُواْ مِن فَوۡقِهِمۡ وَمِن تَحۡتِ أَرۡجُلِهِمۚ مِّنۡهُمۡ أُمَّةٞ مُّقۡتَصِدَةٞۖ وَكَثِيرٞ مِّنۡهُمۡ سَآءَ مَا يَعۡمَلُونَ ٦٦
Dan  sekiranya mereka bersungguh-sungguh menjalankan hukum  Tau­rat, Injil dan al-Quran yang diturunkan kepada mereka dari Tuhan­nya,  nescaya mereka akan mendapat makanan dari atas  mereka  dan dari bawah kaki mereka. Di antara mereka ada golongan yang pertengahan. Dan alangkah buruknya apa yang dikerjakan oleh kebanyakan mereka (Surah al-Maidah : 66)

Sebaliknya, firman Allah Subhanahuwata’ala:

وَضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلٗا قَرۡيَةٗ كَانَتۡ ءَامِنَةٗ مُّطۡمَئِنَّةٗ يَأۡتِيهَا رِزۡقُهَا رَغَدٗا مِّن كُلِّ مَكَانٖ فَكَفَرَتۡ بِأَنۡعُمِ ٱللَّهِ فَأَذَٰقَهَا ٱللَّهُ لِبَاسَ ٱلۡجُوعِ وَٱلۡخَوۡفِ بِمَا كَانُواْ يَصۡنَعُونَ ١١٢
Dan  Allah telah membuat satu perumpamaan dengan  sebuah  negeri yang  dahulunya aman lagi tenteram, rezeki yang datang  kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi penduduknya mengingkari nikmat-nikmat  Allah;  kerana itu Allah merasakan  kepada  mereka pakaian  kelaparan  dan  ketakutan, disebabkan apa yang  mereka lakukan. (Surah an-Nahl : 112)

Jika dilihat permasalahan dunia kini, permasalahan material ti­daklah setenat berbanding permasalahan ruh. Permasalahan kemiski­nan, kesihatan dan buta huruf tidaklah setenat berbanding  perma­salahan  kezaliman, ketamakan, ketidak-adilan,  ketiadaan  kasih sayang, ketiadaan kesedaran dan ketiadaan keinsafan.

Justeru itu wahai manusia, sampai bilakah keadaan ini akan  bert­erusan? Peringatan  telah pun berada bersama-sama  kamu.  Bukti-bukti  telah  pun berada di sisi kamu.  Lupakah  kamu  hari-hari semalam yang penuh dengan pengajaran?

Firman Allah Subhanahuwata’ala:

فَهَلۡ يَنتَظِرُونَ إِلَّا مِثۡلَ أَيَّامِ ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلِهِمۡۚ قُلۡ فَٱنتَظِرُوٓاْ إِنِّي مَعَكُم مِّنَ ٱلۡمُنتَظِرِينَ ١٠٢ ثُمَّ نُنَجِّي رُسُلَنَا وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْۚ كَذَٰلِكَ حَقًّا عَلَيۡنَا نُنجِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ١٠٣
Mereka  tidak menunggu-nunggu kecuali  (kejadian-kejadian)  yang sama dengan kejadian (yang menimpa) orang  yang  terdahulu sebelum mereka. Katakanlah: “Maka tunggulah, sesungguhnya  akupun termasuk orang yang menunggu bersama kamu”. Kemudian  Kami  selamatkan para Rasul Kami dan orang yang beriman, demiki­anlah menjadi kewajipan atas Kami menyelamatkan orang yang beriman (Surah Yunus : 102-103)

Sesungguhnya hati itu berada di bawah kekuasaan Allah Subhanahuwata’ala.

Firman Allah Subhanahuwata’ala:

وَقَالَ ٱلَّذِي ٱشۡتَرَىٰهُ مِن مِّصۡرَ لِٱمۡرَأَتِهِۦٓ أَكۡرِمِي مَثۡوَىٰهُ عَسَىٰٓ أَن يَنفَعَنَآ أَوۡ نَتَّخِذَهُۥ وَلَدٗاۚ وَكَذَٰلِكَ مَكَّنَّا لِيُوسُفَ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَلِنُعَلِّمَهُۥ مِن تَأۡوِيلِ ٱلۡأَحَادِيثِۚ وَٱللَّهُ غَالِبٌ عَلَىٰٓ أَمۡرِهِۦ وَلَٰكِنَّ أَكۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ ٢١
Dan orang Mesir yang membelinya berkata kepada isterinya: Berikanlah kepadanya tempat (dan layanan) yang baik, boleh jadi ia bermanfaat kepada kita atau kita pungut  dia sebagai anak .Dan demikian pulalah Kami memberikan kedudukan yang baik kepada Yusuf di muka bumi (Mesir), dan  agar Kami ajarkan kepadanya ta’bir mimpi. Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya
(Surah Yusuf : 21)

Firman Allah Subhanahuwata’ala dalam al-Hadith al-Qudsi (yang bermafhum):

Barangsiapa yang memusuhi wali-Ku (kekasih-Ku), Aku telah mengi­sytiharkan perang terhadapnya. Tidak ada cara bertaqarrub (mende­katkan diri) seorang hamba kepada Ku yang lebih Ku sukai  melain­kan melaksanakan kewajipan-kewajipan yang Ku fardhukan kepadanya. Namun  sentiasa hamba-Ku itu berusaha mendekatkan diri kepada  Ku dengan  melakukan hal-hal yang sunat sehingga Aku  pun  mencintai (mengasihi)nya. Apabila dia telah Aku cintai, Akulah pendengaran­nya  yang dengannya dia mendengar, penglihatannya yang  dengannya dia melihat, tangannya yang dengannya dia memukul keras dan kaki­nya yang dengannya dia berjalan. Jika dia memohon kepada Ku,  Aku akan  kurniakan  dan jika dia memohon perlindungan Ku,  Aku  akan melindunginya. Dan  tidak pernah Aku ragu-ragu pada  sesuatu  di saat  Aku akan melakukannya seperti ragu-Ku untuk mengambil  jiwa orang mu’min yang enggan mati sedangkan Aku tidak suka  menggang­gunya.
(Hadith Riwayat al-Bukhari)

Rujukan:  Hasan Al Banna

 

 

Print Friendly, PDF & Email
Tags

Ali Ahmad Foudzi

Editor dakwahdantarbiah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button
Close