
PERKARA-PERKARA YANG BERKAIT RAPAT DENGAN PUASA RAMADHAN
- SOLAT TERAWIH
- I’TIKAF
- LAILATUL QADAR
- ZAKAT
- MUNAJAT
SOLAT TERAWIH
- Sunat mu’akadah dan syiar Islam
- Bersemangat dalam menunaikannya
- Menjalin interaksi dgn Allah – nikmati kitabullah
- Sunnah solat tarawih dengan memanjangkannya, bukan hanya sekadar memperbanyakan rakat. Contoh boleh dilihat melalui Saidina Abu Bakar, beliau bersolat tarawih sehingga waktu hampir sahur. Beliau membaca seluruh surah al-Baqarah dalam satu rakaat.
I’KTIKAF
Definisi I’ktikaf
Dari Segi Bahasa ialah diam atau tetap berada pada sesuatu yang baik atau buruk.
Dari Segi Syarak ialah menetap di dalam masjid dengan tujuan qurbah (mendekatkan diri kepada Allah) yang dilakukan oleh seorang muslim, mumayyiz, berakal, suci tubuh badan daripada junub, haid, serta nifas, dan dia menghalang dirinya daripada sebarang syahwat kemaluan.
Al-Zuhri berkata; “Sungguh menghairankan orang ramai tidak beri’tikaf, pada hal Nabi Sallallahu’alaihiwasallam tidak pernah meninggalkannya hingga wafat”
Tujuan I’tikaf
- Menjernihkan hati dengan mendekatkan diri kepada Allah.
- Tinggalkan kesibukan dan aktiviti dunia.
- Menyerah urusan hidup kepada-Nya agar selamat dari tipu daya musuh yang menyerangnya.
- Amal paling mulia dan disenangi Allah.
- Meraih Lailatul Qadr bagi yang melaksanakan 10 hari terakhir Ramadhan.
- Merehatkan jiwa dengan taqarrub kepada Allah.
Masa I’tikaf
Masa untuk beri’tikaf ialah pada setiap waktu pada bulan Ramadhan atau bukan pada bulan Ramadhan.
Pendapat Imam Hanafi ialah amal yang secara sukarela, cukup beberapa saat dan tidak disyaratkan dalam keadaan berpuasa sahaja.
Pendapat Imam Malik ialah disyaratkan dalam keadaan puasa, minima sehari semalam dan sebaiknya jangan kurang 10 hari puasa Ramadhan.
Pendapat Imam Shafie ialah selama waktu yang solat dan beribadah.
Tempat I’tikaf
Imam Malik dan Imam Shafie membolehkan i’tikaf di masjid tidak kira dimana pun berada. Manakala Imam Hanfi dan Imam Hambali mensyaratkannya di hanya Masjid Jami’.
Jumhur melarang wanita i’ktikaf di rumahnya, sebaliknya Hanafiyah membolehkannya.
Hukum I’tikaf
Wajib bagi mereka i’tikaf nazar manakala selainnya adalah sunat.
Bagi Imam Hanafi ialah sunnat muakkad i’tikaf di bulan Ramadhan kerana ianya selalu dilakukan oleh Rasulullah.
Syarat I’tikaf
- Islam
- Berakal atau tamyiz
- Berniat
- Berpuasa, Imam Malik menjadikan ia syarat manakala Imam Hanafi, Imam Shafie dan Imam Hambali tidak menjadikan ia syarat.
- Suci dari jinabah, haid dan nifas
- Izin suami bagi isteri
LAILATUL QADAR
Firman Allah Subhanahuwata’ala:
إِنَّآ أَنزَلۡنَٰهُ فِي لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ١ وَمَآ أَدۡرَىٰكَ مَا لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ ٢ لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَيۡرٞ مِّنۡ أَلۡفِ شَهۡرٖ٣ تَنَزَّلُ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيهَا بِإِذۡنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمۡرٖ٤ سَلَٰمٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطۡلَعِ ٱلۡفَجۡرِ٥
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut)
(Surah Al Qadr : 1-5)
Lailatul Qadar ialah penentuan rezeki, umur dan pengurusan lain Allah kepada para malaikat. Pilihan Allah sebagai hadiah Istimewa buat umat Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam.
Kedudukan dan kemuliaan lebih baik dari 1000 bulan bersamaan dengan 83 tahun 4 bulan. Malaikat turun membawa rahmah, salam dan keberkatan dari Allah Ta’ala buat manusia. Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam:
مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.
“Barangsiapa yang mengerjakan qiamu Ramadhan pada malam Lailatul Qadr kerana iman dan ikhlas, nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Lailatul Qadar Jatuh Pada Malam yang Keberapa?
- 10 Malam Terakhir
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْتَكِفُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ وَيَقُولُ: تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ.
“Adalah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam ber’iktikaf pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan dan bersabda, ‘Hendaklah kamu mencari Lailatul Qadr pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
- Malam Ganjil Dalam 10 Malam Terakhir
إِنِّي أُرِيتُ لَيْلَةَ الْقَدْرِ ثُمَّ أُنْسِيتُهَا، فَالْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ فِي الْوَتْرِ.
“Sesungguhnya pernah dinampakkan kepadaku Lailatul Qadr, lalu aku dijadikan lupa kepadanya, maka hendaklah kamu mencarinya pada 10 hari terakhir, malam ganjil.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
الْتَمِسُوهَا فِي كُلِّ وِتْرٍ.
“Hendaklah kamu mencarinya pada tiap-tiap malam ganjil.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Malam ganjil ialah malam ke 21, 23, 25, 27 dan 29. Lebih selamat jika kita qiamullail pada semua 10 malam terakhir kerana permulaan Ramadhan tidak sama di seluruh dunia.
- 7 Malam yang Terakhir
الْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ، فَإِنْ ضَعُفَ أَحَدُكُمْ أَوْ عَجَزَ، فَلَا يُغْلَبَنَّ عَلَى السَّبْعِ الْبَوَاقِي.
“Hendaklah kamu mencarinya pada 10 hari terakhir! Jika lemah dan tidak mampu, janganlah ia lalai pada 7 hari yang baki.” (Riwayat Muslim)
7 malam terakhir itu ialah hari yang dimulai pada 23 (Ramadhan 29 hari) atau 24 (Ramadhan 30 hari).
- Malam Ke 27
Ubai bin Ka’ab dan Ibnu ‘Abbas berpendapat Lailatul Qadar pada malam ke 27. Saidina Ubai sanggup bersumpah mengatakan bahawa Lailatul Qadar jatuh pada malam ke 27.
Rumusan:
Al-Qardhawi berpendapat tiada seorang dapat menentukan Lailatul Qadar dengan tepat. Manakala Al-Hafiz Ibnu Hajar berpendapat bahawa terdapat 46 qaul penentuan Lailatul Qadar.
Berdasarkan hadith jatuh pada malam ganjil dalam 10 hari terakhir, Imam Shafie pada malam ke 21 dan jumhur mempersetujui pada malam ke 27.
Mengapa Allah Rahsiakan?
Daripada Abu Said Al Khudri RA:
خَرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِيُخْبِرَنَا بِلَيْلَةِ الْقَدْرِ، فَتَلاَحَى فُلاَنٌ وَفُلاَنٌ، فَقَالَ: إِنِّي خَرَجْتُ لِأُخْبِرَكُمْ بِلَيْلَةِ الْقَدْرِ، وَإِنَّهُ تَلاَحَى فُلاَنٌ وَفُلاَنٌ، فَرُفِعَتْ، وَعَسَى أَنْ يَكُونَ خَيْرًا لَكُمْ، فَالْتَمِسُوهَا فِي التَّاسِعَةِ وَالسَّابِعَةِ وَالْخَامِسَةِ.
“Nabi SAW keluar untuk memberitahu kami tentang Lailatul Qadr. Kemudian di tempat kami ada dua orang bertengkar. Maka beliau bersabda kepada mereka, ‘Saya datang untuk memberitahu tentang Lailatul Qadr, tetapi sebab si fulan dan si fulan bertengkar, (lalu diangkat dari hatiku sehingga saya lupa tarikhnya). Tetapi mudah-mudahan ia membawa kebaikan kepadamu. Maka carilah ia pada malam ke-21, 23, dan 25.'” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Pengajaran hadis:
Apabila terjadi kemungkaran maka kebaikan akan lari. Hikmah dirahsiakan beberapa perkara di balik peristiwa-peristiwa seperti:
- Rahsiakan Lailatul Qadar supaya seluruh malam bulan Ramadhan diisi dengan ibadah.
- Rahsiakan saat istijabah pada hari Jumaat supaya sepanjang hari penuh dengan doa kepada Allah Ta’ala.
- Rahsiakan umur supaya manusia sentiasa bersiap sedia untuk hadapi kematian dengan amal kebaikan.
- Rahsiakan hari Qiamat supaya berhati-hati dan takut kepadanya.
Amalan Afdhal Lailatul Qadar
- Memeriahkan, meramaikan dan memperbanyakkan ibadah
مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.
“Barangsiapa yang mengerjakan qiamu Ramadhan pada malam Lailatul Qadr kerana iman dan ikhlas, nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
- Banyak doa, munajat; pintu langit terbuka dan doa diterima, ’Aisyah tanya Nabi Sallallahu’alaihiwasallam:
قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَيُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ الْقَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا؟ قَالَ: قُولِي: اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي.
“Aku berkata: Wahai Rasulullah, bagaimana pendapatmu jika aku mengetahui malam mana yang merupakan Lailatul Qadr, apa yang mesti aku katakan? Baginda menjawab: Katakanlah, ‘Ya Allah, Engkau Maha Pengampun dan suka mengampunkan, maka ampunlah aku.'”
(Riwayat Tirmizi dan Ibn Majah)
- Baca al-Quran, Lailatul Qadar milik al-Quran, diturun dgn dua cara:
Secara sekali gus dari Lauh al-Mahfuzh ke Baitul Izzah di langit dunia.
Munajjaman dari langit dunia kepada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam.
- Qiyamullail
Kemuliaan mukmin dan tradisi orang soleh.
وَمِنَ ٱلَّيۡلِ فَتَهَجَّدۡ بِهِۦ نَافِلَةٗ لَّكَ عَسَىٰٓ أَن يَبۡعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامٗا مَّحۡمُودٗا ٧٩
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. (Surah Al Isra : 79)
Adab-adab Qiamullail:
- Niat
مَا مِنَ امْرِئٍ يَكُونُ لَهُ وِرْدٌ مِنَ اللَّيْلِ فَيَغْلِبُهُ عَلَيْهِ نَوْمٌ، إِلَّا كَتَبَ اللَّهُ لَهُ أَجْرَ صَلَاتِهِ، وَكَانَ نَوْمُهُ صَدَقَةً عَلَيْهِ.
“Tidaklah seseorang itu biasa solat malam lalu ia tertidur, melainkan Allah akan catat pahala solatnya dan tidur tersebut adalah sedekah baginya.” (Riwayat An Nasie dan Ibn Majah)
- Berdoa – Doa Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam
اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ، أَنْتَ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ، أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ، أَنْتَ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ، أَنْتَ الْحَقُّ، وَوَعْدُكَ الْحَقُّ، وَقَوْلُكَ الْحَقُّ، وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ، وَالْجَنَّةُ حَقٌّ، وَالنَّارُ حَقٌّ، وَالسَّاعَةُ حَقٌّ، وَالنَّبِيُّونَ حَقٌّ، وَمُحَمَّدٌ حَقٌّ. اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ، وَبِكَ آمَنْتُ، وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ، وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ، وَبِكَ خَاصَمْتُ، وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ، فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ.
“Ya Allah! Bagimu segala puji! Engkau cahaya langit dan bumi beserta isinya. Bagimu segala puji! Engkau pemelihara langit dan bumi beserta isinya. Bagimu segala puji! Engkau Tuhan langit dan bumi beserta isinya. Engkau Maha Benar; janji-Mu benar, firman-Mu benar, berjumpa dengan-Mu benar, syurga itu benar, neraka itu benar, hari kiamat itu benar, para nabi itu benar, dan Nabi Muhammad itu benar. Ya Allah! Kepada-Mu aku berserah diri, beriman, bertawakkal, aku kembali kepada-Mu, dengan-Mu aku memusuhi (musuh-Mu) dan kepada-Mu aku mengadu. Ampunilah aku dari setiap dosa yang telah aku lakukan dan lalaikan, dari sesuatu yang aku sembunyikan dan yang aku nyatakan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
- Bersiwak (gosok gigi)
- Bangunkan keluarga
- Menguatkan Bacaan
- Mulai Dengan Dua Rakaat Ringan
- Tidak Memaksa Diri
- Tidak Solat Dalam Keadaan Terlalu Mengantuk
MULA PERINTAH WAJIBNYA ZAKAT
TAHUN KEDUA HIJRAH
فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ فِي رَمَضَانَ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ، أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ، عَلَى كُلِّ حُرٍّ أَوْ عَبْدٍ، ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى مِنَ الْمُسْلِمِينَ.
“Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas umat Islam dengan satu gantang (sā’) tamar atau satu gantang tepung barli, sama ada yang merdeka atau hamba sahaya, lelaki atau perempuan dalam kalangan umat Islam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
SEDEKAH, ZAKAT DAN INFAQ
Ramadhan bulan sedekah dan zuhud terhadap material duniawi. Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam lebih dermawan pada bulan Ramadhan ini. Jadi kita disarankan untuk sedekah dengan bersemangat, riang, dan bukan dengan rasa berat hati.
DOA DAN MUNAJAT
Waktu mustajab ialah menjelang fajar, selepas qiamullail dan tahajjud bersuasana sepi, hening, bertadarru’ (merayu-rayu kpd Allah) dan tidak didengari makhluk lain.
Firman Allah Ta’ala:
ٱدۡعُواْ رَبَّكُمۡ تَضَرُّعٗا وَخُفۡيَةًۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِينَ ٥٥
Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. (Surah Al A’raf : 55)
Suasana doa dan munajat:
- Keikhlasan penuh kepada Allah.
- Perasaan hina diri sebagai hamba Allah.
- Dikuasai rasa lemah, kurang tenaga, daya – berlari kepada Maha Kuat dan Maha Perkasa
- Hati dipenuhi taqwa, takut dari siksa Allah, akui dosa dan kecuaian, merayu-rayu dgn sepenuh hati minta ampun dan maaf kepada Maha Pengampun & Pemaaf
- Merasa gerun dan takut diserta khusyuk dan sayang
- Perasaan harap & minta rahmat kurnia Maha Pemurah dan Penyayang
- Cetuskan pujian dalam munajat dan doa, agungkan Allah, tawakkal, menyerah dan inayah, taubat dan istiqamah
- Mohon hidayah, bantuan, perlindungan dan keselamatan, pertolongan & sokongan di dunia dan kebahagiaan akhirat
Tingkatkan rasa perlu kepada Allah Ta’ala supaya:
- Menyapu penyakit hati dan jiwanya.
- Memandangnya dengan pandangan redha dan terima amalan. Allah lah pembuka pintu rahmat dan penentu kejayaan, bukan perancangan rapi dan kepintaran.
- Hapuskan karat dan menyinarkan hatinya nur al-quran.
- Mendapat bekalan iman, menolong hadapi jalan susah dan simpang siur.
Tamat…
Artikal ini diolah daripada ceramah Ustaz Datuk Abd Manaf Bin Mat