Ibadah

Khutbah Aidil Adha 1438h / 2017m

KHUTBAH PERTAMA

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر،

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر،

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر،

الله أكبر كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا،

لااله الا الله والله اكبر، الله أكبر ولله الحمد،

الحمد لله الذى جعل للمسلمين عيد الفطر بعد صيام رمضان وعيد الأضحى بعد يوم عرفة،

أشهد أن لا إله إلا الله، وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله،

اللهم صل على رسولك محمد وعلى أّله وإصحابه ومن دعا بدعوته إلى يوم الدين،

أما بعد،

فيا عباد الله، إتقوا الله حق تقاته ولا تموتن إلا وأنتم مسلمون.  

Hadirin jemaah Aidil Adha yang dirahmati Allah Subhanahu wa Ta’ala, InsyaAllah.

Di pagi yang penuh barakah ini, kita berhimpun bagi melaksanakan solat Aidil Adha yang baru sahaja kita sempurnakan dengan ruku’ dan sujud sebagai manifestasi rasa taqwa kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Kita gemakan takbir, tahlil dan tahmid sebagai pernyataan dan pengakuan atas keagungan Allah Subhanahu wa Ta’ala, bukan sekadar gerak bibir tanpa arti, tetapi merupakan cetusan pengakuan dari dalam jiwa yang beriman dalam ertikata sebenarnya kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, bahawa tiada lagi yang berhak disembah  melainkan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Oleh itu melalui mimbar dan mihrab ini kita mengajak diri kita dan sesiapa jua; marilah kita tundukkan jiwa raga kita sepenuhnya hanya kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala yang Maha Agung. Buangkanlah segala sifat keangkuhan dan keegoan yang menjauhkan seseorang itu daripada  rahmat  Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Sebenarnya sebesar manapun pangkat kebesaran manusia namun ia tetap kecil dan kerdil berhadapan dengan keagungan dan kebesaran Allah Subhanahu wa Ta’ala.

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر،

اللهُ اَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ،

Hadirin Jemaah Aidil Adha yang dihormati,

Aidil Adha juga dikenali sebagai hari Raya Haji sempena kaum Muslimin sedang menyempurnakan ibadah haji di Makkah Al-Mukaramah menjadi ضيوف الرحمن (Tetamu-tetamu Allah Yang Maha Pemurah) dan sekaligus  ibadah haji itu merupakan زاد التقوى (Bekalan Taqwa) dalam perjalanan hidup berubudiyah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Di samping itu Aidil Adha juga dinamakan dengan Hari Raya Qurban  sempena sembelihan qurban yang disyariatkan pada Aidil Adha pada 10 Zulhijjah dan hari-hari Tasyri’ pada 11,12 dan 13 Zulhijjah.

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر،

اللهُ اَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ،

Doktor Wahbah Az-Zuhaili dalam الفقه الإسلامى وأدلته menjelaskan  bahawa telah berlaku ijma’ Muslimun bahawa sembelihan qurban itu disyara’kan dan terdapat dalil daripada hadith Nabi menyatakan sembelihan qurban itu adalah amalan yang sangat dicintai Allah Subhanahu wa Ta’ala pada hari Nahar (hari sembelihan qurban), dan haiwan-haiwan sembelihan itu akan didatangkan pada hari kiamat nanti  dalam bentuk sifat ianya disembelih (diqurban) dan akan dimaqbulkan qurban itu oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala sebelum darah sembelihannya jatuh ke bumi, InsyaAllah. Lebih-lebih lagilah terdapat arahan Allah Subhanahu wa Ta’ala, dalam Surah Al-Kauthar, ayat 2:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ ٢

Maksudnya: “Maka hendaklah anda tunaikan solat (Aidil Adha) dan sembelihlah (buatlah qurban)”

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر،

اللهُ اَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ،

Sejarah qurban telah kita ketahui bermula daripada ujian paling berat yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim ‘Alaihis Salam iaitu perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala supaya menyembelih putera kesayangannya Ismail ‘Alaihis Salam sepertimana kisahnya yang dinyatakan dalam Al Qur’an, surah As-Saffat, ayat 102-108:

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعۡيَ قَالَ يَٰبُنَيَّ إِنِّيٓ أَرَىٰ فِي ٱلۡمَنَامِ أَنِّيٓ أَذۡبَحُكَ فَٱنظُرۡ مَاذَا تَرَىٰۚ قَالَ يَٰٓأَبَتِ ٱفۡعَلۡ مَا تُؤۡمَرُۖ سَتَجِدُنِيٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّٰبِرِينَ ١٠٢

فَلَمَّآ أَسۡلَمَا وَتَلَّهُۥ لِلۡجَبِينِ ١٠٣

وَنَٰدَيۡنَٰهُ أَن يَٰٓإِبۡرَٰهِيمُ ١٠٤

قَدۡ صَدَّقۡتَ ٱلرُّءۡيَآۚ إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجۡزِي ٱلۡمُحۡسِنِينَ ١٠٥

إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ ٱلۡبَلَٰٓؤُاْ ٱلۡمُبِينُ ١٠٦

وَفَدَيۡنَٰهُ بِذِبۡحٍ عَظِيمٖ ١٠٧

وَتَرَكۡنَا عَلَيۡهِ فِي ٱلۡأٓخِرِينَ ١٠٨

Maksudnya: “Apabila putera Nabi Ibrahim (Ismail ‘Alaihis Salam) telah sampai umur yang memampukannya bekerja bersama ayahnya maka Nabi Ibrahim (ayahnya) berkata kepadanya “Sesungguhnya aku bermimpi diperintahkan menyembelihmu, maka apakah  pandangan dan pendapatmu?”

Lalu puteranya menjawab “Wahai ayahndaku, laksanakanlah apa yang diperintahkan, InsyaAllah ayahnda akan dapati anaknda ini daripada golongan orang yang sabar”

Setelah kedua-duanya berserah diri kepada Allah dan Nabi Ibrahim merebahkan puteranya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tanah dan berazam untuk menjalankan perintah Allah maka Kami (Allah) menyerunya; “Wahai Ibrahim, engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah Kami (Allah) memberi balasan baik kepada pelaku-pelaku kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah suatu ujian yang nyata lalu Kami (Allah) tebus (tukarkan) puteranya itu dengan haiwan sembelihan yang besar (sebagai  qurban) dan seterusnya  Kami (Allah) kekalkan (syariat qurban itu) di kalangan orang yang datang kemudian”

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر،

اللهُ اَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ،

Sidang Jemaah Aidil Adha  yang dimuliakan.

Itulah sejarah ulung qurban Hari Raya Qurban atau Aidil Adha yang kita sambut pada hari ini. Allah Subhanahu wa Ta’ala yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang tidak meneruskan arahan mengorbankan anak, hanya memadai dengan mengorbankan haiwan  ternakan jenis Al-An’am (lembu, kerbau, kambing dan unta) kerana, Wallahu A’alam, Allah Subhanahu wa Ta’ala Maha Mengetahui bahawa hamba-hambanya tidak mampu untuk melakukan penyembelihan anak mereka. Maka rahmat daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak mensyariatkan sesuatu yang memberatkan dan menyulitkan hamba-hambaNya selari dengan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, daripada Surah Al-Hajj, ayat 78:

هُوَ ٱجۡتَبَىٰكُمۡ وَمَا جَعَلَ عَلَيۡكُمۡ فِي ٱلدِّينِ مِنۡ حَرَجٖۚ ٧٨

Maksudnya: “Dialah (Allah) yang memilih kamu (untuk melaksanakan suruhan Din) dan Dia (Allah) tidak menjadikan kamu menanggung keberatan dan kesulitan dalam urusan Din”

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر،

اللهُ اَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ،

Sidang Aidil Adha yang dirahmati Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Walaupun haiwan ternakan jenis al-an’am yang kita qurbankan, namun Allah Subhanahu wa Ta’ala telah tegaskan hanya Taqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala sahaja yang akan dimakbulkan Allah Subhanahu wa Ta’ala berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam Surah Al-Hajj, ayat 37:

لَن يَنَالَ ٱللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَآؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ ٱلتَّقۡوَىٰ مِنكُمۡۚ ٣٧

Maksudnya: “Daging dan darah haiwan sembelihan qurban itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah tetapi taqwa daripada kamulah yang akan sampai kepada Allah”

Sewajarnya kita menyedari bahawa taqwa adalah merupakan pra syarat bagi sesuatu amalan soleh itu diterima atau dimakbulkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Hal ini berdasarkan penegasan daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam Surah Al-Maidah, ayat 27:

قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ ٱللَّهُ مِنَ ٱلۡمُتَّقِينَ ٢٧

Maksudnya: “Hanya sanya Allah menerima (memakbulkan) amalan orang yang bertaqwa (serta penyerahan sepenuh jiwa kepada Allah)”

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر،

اللهُ اَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ،

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Meskipun hari ini kita menyambut Aidil Adha dengan melaksanakan amalan yang sangat dicintai Allah Subhanahu wa Ta’ala iaitu sembelihan qurban haiwan ternak (Al-An’am) untuk diagih-agihkan daging qurban itu mengikut aturan syara’ namun tasawwur atau konsep التضحية (pengorbanan) adalah luas dan syumul, meliputi pengorbanan harta benda, tenaga, jiwa, ilmu, waktu dan sebagainya pada jalan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Segala nikmat yang Allah Subhanahu wa Ta’ala kurniakan samada hartabenda, tenaga, jiwa, ilmu, waktu dan seumpamanya merupakan modal untuk perniagaan yang sangat menguntungkan dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala iaitu dengan memanfaatkan semuanya ke jalan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sahutlah seruan Allah Subhanahu wa Ta’ala serta jaminanNya dalam Al-Qur’an Surah As Saff, ayat 10-12:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَٰرَةٖ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٖ ١٠

تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَٰهِدُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٰلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡۚ ذَٰلِكُمۡ خَيۡرٞ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ١١

يَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ وَيُدۡخِلۡكُمۡ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ وَمَسَٰكِنَ طَيِّبَةٗ فِي جَنَّٰتِ عَدۡنٖۚ ذَٰلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ ١٢

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, mahukah Aku (Allah) tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab yang sangat pedih? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya serta kamu berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan diri kamu yang demikian itulah lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui. Nanti Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai serta ditempatkan kamu di tempat-tempat  tinggal yang baik dalam syurga ‘Adn. Itulah kejayaan yang amat besar”

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر،

اللهُ اَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ،

Menurut penjelasan Syeikh Mustafa Mashyur dalam من فقه الدعوة bahawa peluang perniagaan yang menjanjikan keuntungan besar itu berdepan dengan tempoh tamatnya dari semasa ke semasa apabila sudah tiba ajal seseorang, mungkin seseorang itu ada bersama keluarganya pada waktu pagi tetapi tinggal bersemadi di dalam kuburnya seorang diri pada waktu petang pada hari yang sama.

Oleh itu bersegeralah untuk merebut peluang tawaran perniagaan daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala yang sangat menguntungkan itu. Ini adalah perlumbaan yang sihat dan sentiasa mendapat pujian daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala sepertimana  firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam Surah Al Mukminun, ayat 60-61:

وَٱلَّذِينَ يُؤۡتُونَ مَآ ءَاتَواْ وَّقُلُوبُهُمۡ وَجِلَةٌ أَنَّهُمۡ إِلَىٰ رَبِّهِمۡ رَٰجِعُونَ ٦٠

أُوْلَٰٓئِكَ يُسَٰرِعُونَ فِي ٱلۡخَيۡرَٰتِ وَهُمۡ لَهَا سَٰبِقُونَ ٦١

Maksudnya: “Dan orang yang memberi apa-apa yang mereka telah berikan sedang qalbunya takut (gementar) kerana yakin mereka akan kembali menghadap Allah (pencipta mereka) dan mereka itulah orang yang berlumba-lumba segera untuk  buat kebaikan dan merekalah yang sentiasa  mendahului  dalam mencapai kebaikan.”

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر،

اللهُ اَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ،

Sidang Jemaah Aidil Adha yang budiman.

Marilah sama-sama kita berkorban apa jua untuk bangunkan (tegakkan) Islam, lebih-lebih lagi dalam suasana sekarang di mana Islam telah kembali menjadi  غربة (dagang), di mana:

  1. Islam tidak  berkuasa sepenuhnya.
  2. Hukum-hukum daripada kitabullah dan sunnah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam tidak menjadi rujukan utama dalam pembangunan masyarakat, bahkan dipinggirkan.
  3. Tasawwur Islam dikaburi oleh fahaman sekular yang menular dan berakar  umbi dalam masyarakat  orang Islam.
  4. Berlakunya perpecahan di kalangan umat Islam sendiri yang mungkin terperangkap di dalam mainan serta adu domba musuh-musuh Islam.
  5. Islam dimusuhi dari segenap penjuru bahkan diperangi secara kasar atau secara halus.
  6. Kini kota Baitul Maqdis ditawan / dirampas oleh Zionis dan Masjidil Aqsa akan dimusnahkan oleh mereka. Nauzubillahi min zalik

Kita ulangi peringatan Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam Surah Al-Baqarah Al-Quran, ayat 217:

وَلَا يَزَالُونَ يُقَٰتِلُونَكُمۡ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمۡ عَن دِينِكُمۡ إِنِ ٱسۡتَطَٰعُواْ…٢١٧

Maksudnya: “…dan mereka (musuh-musuh Islam) sentiasa terus memerangi kamu (para mukmin) sehingga mereka berjaya memalingkan kamu daripada Din kamu  sekiranya mereka  mampu…”

Namun demikian musuh-musuh Islam tidak mampu memadamkan Nur Allah (cahaya Allah) bahkan cahaya Allah Subhanahu wa Ta’ala (ajaran Din Allah) terus berkembang dan bersinar meskipun dibenci oleh orang kafir. Hal ini ditegaskan dalam firman Allah Surah As-Saff, ayat 8:

يُرِيدُونَ لِيُطۡفِ‍ُٔواْ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفۡوَٰهِهِمۡ وَٱللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡكَٰفِرُونَ ٨

Maksudnya: “Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang kafir membencinya.”

Walaupun Allah Subhanahu wa Ta’ala menjamin menyempurnakan cahaya-Nya, namun adalah tidak wajar hamba-hamba-Nya hanya berpeluk tubuh sahaja tanpa perjuangan dan pengorbanan bagi mempertahankan dan membangunkan Din Allah (Islam). Bahkan semua Mukmin wajib berusaha semaksima yang mampu untuk membangunkan Din Allah Subhanahu wa Ta’ala di bumi, apatah lagi dalam suasana Islam telah kembali dagang.

Yakinilah bahawa kerja ini adalah kerja mulia kerana kerja mengajak kepada Din Allah Subhanahu wa Ta’ala mewarisi kerja-kerja yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam. Telitilah firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam Surah Fusillat, ayat 33:

وَمَنۡ أَحۡسَنُ قَوۡلٗا مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَٰلِحٗا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ ٣٣

Maksudnya: “Tiada lagi kata-kata yang lebih baik daripada kata-kata orang yang mengajak (berdakwah) kepada Din Allah serta beramal soleh dan mengaku bahawa saya berada dalam saff Muslimin”

Telah termaklum bahawa demi melaksanakan kerja besar dan berat lagi mulia ini, dari segi sunnahnya Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam membentuk Jemaah bagi melaksanakan kerja-kerja Islam sejak awal lagi di zaman Makki berterusan di zaman Madani. Lebih-lebih lagi terdapat petunjuk daripada kitabullah dalam Surah As-Saff, ayat 4:

إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلَّذِينَ يُقَٰتِلُونَ فِي سَبِيلِهِۦ صَفّٗا كَأَنَّهُم بُنۡيَٰنٞ مَّرۡصُوصٞ ٤

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah amat kasih kepada mereka yang berjihad (berperang) pada jalan Allah dalam pembentukan saff (Jemaah) yang tersusun rapi laksana binaan yang tersusun kukuh.”

Oleh itu sekali lagi kita mengajak agar sama-sama kita berjihad dan berkorban pada jalan Allah Subhanahu wa Ta’ala seikhlas jiwa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam peristiwa yang bersejarah itu.

Semoga pengorbanan ini menjadi زاد (bekalan) untuk kembali bertemu Allah Subhanahu wa Ta’ala. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam Surah Al-Muzammil, ayat 20:

وَمَا تُقَدِّمُواْ لِأَنفُسِكُم مِّنۡ خَيۡرٖ تَجِدُوهُ عِندَ ٱللَّهِ هُوَ خَيۡرٗا وَأَعۡظَمَ أَجۡرٗاۚ …٢٠

Maksudnya: “Dan kebaikan apa saja yang kamu perbuat untuk dirimu nescaya kamu memperoleh (balasan)nya di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya.”

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ،

وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ،

وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ،

فَاسْتَغْفِروا ُ اللهَ العَظِيْمَ، إِنَّهُ هُوَ الغفور الرحيم،

 

 

KHUTBAH KEDUA

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر،

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر،

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر،

الله أكبر كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا،

لااله الا الله والله أكبر، الله أكبر ولله الحمد،

الحمد لله على أحسانه والشكر له على توفيقه وأمتنانه،

وأشهدأن لا إله إلا الله وحده لا شريك له،

وأشهد ان محمدا عبده ورسوله الداعى إلى رضونه،

اللهم صل وسلم على رسولك محمد وعلى أله وأصحابه ومن تبع هداه إلى يوم الدين،

أما بعد،

 فيا أيها المومنون إتقو الله فيما أمر وأنتهوا عما نهاه  وزجر،

وأعلموا أن الله أمركم بأم بدأ فيه بنفسه وثنى بملائكته المسبحة بقدسه،

وقال تعالى: إن الله وملائكته يصلون على النبى يأيها الذين أمنوا صلوا عليه وسلموا تسليما،

اللهم صل على محمد صلى الله عليه وسلم،

وعلى أنبيائك ورسلك وملائكتك المقربين،

اللهم أغفر للمومنين والمومنات والمسلمين والمسلمات الأحياء منهم والأموات،

اللهم أعز الإسلام والمسلمين، وأذل الشرك  والمشركين،

اللهم أنصر عبادك المومنين، ودمر أعداءك أعداء الدين،

اللهم أدفع عنا البلاء والوباء والزلازل،

والفتن ما ظهر منها وما بطن عن بلدنا، خاصة وعن سائر بلاد المسلمين عامة  يا رب العالمين،

اللهم اجعل أعمالنا كلها خالصة لوجهك الكريم، وتقبل منا إنك أنت السميع العليم،

ربنا اغفرلنا ولوالدينا وارحمهم كما ربونا صغارا، يا عزيز، يا غفار،

ربنا ظلمنا أنفسنا وإن لم تغفرلنا وترحمنا لنكونن من الخسرين،

ربنا اتنا فى الدنيا حسنة وفى الأخرة حسنة  وقنا عذاب النار.

عبادالله،

إن الله بامر بالعدل  والإحسان،

وإيتاء ذى القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغى، يعظكم لعلكم  تذكرون،

فاذكروا الله العظيم يذكركم واشكروه على نعمه  يزدكم،

واسألوه من فضله يعطكم،

ولذكر الله أجل وأكبر، والله يعلم ما تصنعون،

تقبل الله منكم.

 

Susunan: Ustaz Omar Haji Salleh

Print Friendly, PDF & Email

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button