Tazkirah Subuh

PAHALA SYAHID DENGAN BERSABAR DAN TAWAKAL

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الطَّاعُونِ فَأَخْبَرَنِي أَنَّهُ عَذَابٌ يَبْعَثُهُ اللَّهُ عَلَى مَنْ يَشَاءُ وَأَنَّ اللَّهَ جَعَلَهُ رَحْمَةً لِلْمُؤْمِنِينَ لَيْسَ مِنْ أَحَدٍ يَقَعُ الطَّاعُونُ فَيَمْكُثُ فِي بَلَدِهِ صَابِرًا مُحْتَسِبًا يَعْلَمُ أَنَّهُ لَا يُصِيبُهُ إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَهُ إِلَّا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ شَهِيدٍ.
Daripada ‘Aisyah RA, isteri Nabi SAW berkata; “Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang penyakit ta’un lalu baginda menceritakan kepadaku bahawa penyakit itu adalah sejenis siksaan yang Allah turunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan sesungguhnya Allah menjadikan hal itu sebagai rahmat bagi orang yang beriman. Seseorang yang ketika berjangkit penyakit itu, tetap dalam negerinya dengan sabar dan tulus kerana Allah, yakin bahawa tidak akan mengenainya selain apa yang telah ditentukan Allah baginya, maka untuk orang itu pahala seperti pahala orang yang mati syahid”.

(HR Bukhari No: 3474)

Pedoman

Sesungguhnya musibah dan penyakit bagi orang mukmin adalah ujian dan rahmah kerana ia menjadikan kita sentiasa mendekatkan diri dengan Allah, sentiasa bermunajat dan berdoa serta melatih diri untuk bersabar diatas kepayahan dan kesulitan.

Print Friendly, PDF & Email

Ali Ahmad Foudzi

Editor dakwahdantarbiah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button