عَنْ مَالِك أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ
Daripada Malik, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan tersesat selamanya selama berpegang teguh dengan keduanya iaitu Kitabullah dan Sunnah Nabi ” (Muwatta’ Malik No: 1661 Dar Ihya Ulum Arabiyyah)
Pedoman
1. Rasulullah SAW meninggalkan pusaka yang amat berharga untuk diwarisi oleh orang beriman sebagai rujukan dan panduan agar sentiasa berada di dalam petunjuk dan hidayah Allah.
2. Al-Quran adalah manhaj hidayah dari langit dan panduan untuk kehidupan. Berusahalah untuk membaca, mempelajari, memahami dan melaksanakannya dalam kehidupan,
3. Sunnah adalah penjelas bagi al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah SAW.
4. Marilah kita memastikan dua pusaka yang amat berharga ini kita pelajari, fahami, amal dan genggam sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah SAW.