Tazkirah Subuh

BERSAMA DENGAN ORANG YANG DICINTAI

عَنْ أَبِي وَائِلٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ الْمَرْءُ مَعَ مَنْ أَحَبَّ
Dari Abu Wa`il dari Abdullah dari Nabi SAW bahwa baginda bersabda: “Seseorang akan bersama dengan orang yang dicintainya.” (HR Bukhari No: 5702)

Pedoman

1. Orang yang “mencintai” seseorang akan sentiasa bersama dengan orang yang ‘dicintainya’ di akhirat kelak;

2. Orang yang cinta kepada Rasulullah SAW – dia akan dapat bersama baginda di dalam syurga Allah kelak walaupun di tingkatan yang berlainan;

3. Mencintai Rasulullah SAW dengan sentiasa mencontohi, mengikuti dan mentaati perintah dan larangan baginda.

4. Mewarisi usaha-usaha yang baginda tinggalkan iaitu mengajak manusia kepada menyembah hanya kepada Allah SWT dan meninggalkan sembahan kepada tuhan-tuhan lain.

Print Friendly, PDF & Email

Ali Ahmad Foudzi

Editor dakwahdantarbiah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button