Fiqh Islam

Solat-Solat Sunat

ABU HURAIRAH ada meriwayatkan sebuah hadits:

إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ النَّاسُ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ أَعْمَالِهِمُ الصَّلَاةُ، يَقُولُ رَبُّنَا جَلَّ وَعَزَّ لِمَلَائِكَتِهِ- وَهُوَ أَعْلَمُ-: انْظُرُوا فِي صَلَاةِ عَبْدِي أَتَمَّهَا أَمْ نَقَصَهَا؟ فَإِنْ كَانَتْ تَامَّةً كُتِبَتْ لَهُ تَامَّةً، وَإِنْ كَانَ انْتَقَصَ مِنْهَا شَيْئًا قَالَ: انْظُرُوا هَلْ لِعَبْدِي مِنْ تَطَوُّعٍ؟ فَإِنْ كَانَ لَهُ تَطَوُّعٌ قَالَ: «أَتِمُّوا لِعَبْدِي فَرِيضَتَهُ مِنْ تَطَوُّعِهِ» ثُمَّ تُؤْخَذُ الأَعْمَالُ عَلَى ذَاكُمْ

Sesungguhnya pertama sekali yang akan dihitung daripada amal perbuatan manusia pada Hari Kiamat kelak adalah solat.
Allah Subhanahuwata’ala akan berfirman kepada Malaikat-Nya, “Wahai Malaikat-Ku, periksalah solat hamba-Ku, sudahkah sempurna solatnya atau masih kurang?” Apabila didapati sudah cukup sempurna, akan dicatat sempurna. Akan tetapi, apabila didapati kurang sempurna, Allah berfirman, “Periksa kembali, apakah hamba-Ku itu memiliki amalan solat sunat (tathawwu)?” Apabila didapati bahawa dia memiliki amalan sunat tathawwu (solat sunat), Allah akan berfirman, “Cukupkan dan sempurnakan solat fardu hambu-Ku itu oleh solat sunatnya.” Kemudian, amal perbuatan hamba itu dikira menurut cara seperti ini.  (Hadits riwayat Abu Daud).

 Solat-Solat Sunat 

  1. Solat Sunat Rawatib

مَنْ صَلَّى فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بُنِيَ لَهُ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ

أَرْبَعًا قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ

وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلاَةِ الْفَجْرِ

Barang siapa yang mengerjakan solat (sunat) sebanyak dua belas rakaat dalam sehari semalam kelak akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga. Kedua belas rakaat itu adalah empat rakaat sebelum solat Zuhur, dua rakaat setelah solat Zuhur, dua rakaat setelah solat Maghrib, dua rakaat setelah solat Isyak dan dua rakaat sebelum solat Subuh.  (Hadits riwayat Imam Tirmizi)

Iaitu solat sunat mengiringi solat fardhu. Solat sunat rawatib ada dua jenis:

Sunat qabliyah iaitu solat rawatib yang dikerjakan sebelum solat wajib. Waktu-waktunya ialah:

2 atau 4 rakaat sebelum solat Asar.

2 atau 4 rakaat sebelum solat Zohor.

2 rakaat sebelum solat Subuh.

2 rakaat sebelum solat Isya’.

Sunat ba’diyah iaitu solat rawatib yang dikerjakan setelah solat fardhu. Waktu-waktunya ialah:

2 atau 4 rakaat sesudah solat Zohor.

2 rakaat sesudah solat Maghrib.

2 rakaat sesudah solat Isya’.

  1. Solat Sunat Dhuha

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ

وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha.  (Hadits riwayat Imam Muslim)

Solat ketika matahari baru naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya, yakni 12 minit setelah matahari terbit (atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zohor atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit). Bilangan rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat dan sebanyak-banyaknya 12 rakaat (enam salam).

  1. Solat Sunat Witir

اجْعَلُوا آخِرَ صَلاَتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرًا

Jadikanlah solat witir sebagai solat terakhir kalian pada malam hari.  (Hadits riwayat Imam Al-Bukhari)

Solat selepas solat Isyak. Kebiasaannya dirangkaikan dengan solat sunat tarawih atau solat sunat tahajjud. Bilangan rakaatnya ialah 1, 3, 5, 7, 9 atau 11 rakaat.

  1. Solat Sunat Tahajjud

أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ. وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْل

Puasa yang paling utama setelah puasa Ramadan adalah puasa (sunat) pada bulan Allah iaitu bulan Muharram. Sedangkan solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam (Tahajjud).  (Hadits riwayat Imam Muslim)

Solat pada tengah malam selepas menunaikan solat fardhu Isyak dan selepas bangun daripada tidur, sehingga sebelum masuk waktu solat fardhu Subuh.

Secara umumnya solat tahajjud ini boleh dilakukan dengan dua rakaat-dua rakaat dan ianya tidak mempunyai batasan jumlah rakaat yang maksimum. Solat tahajjud boleh juga dikerjakan secara empat rakaat-empat rakaat.

Solat tahajjud lazim ditutupi dengan solat witir.

Jumlah rakaat paling utama adalah dengan tidak melebihkannya daripada sebelas atau tiga belas rakaat kerana jumlah ini adalah sebagaimana yang kebiasaannya dikerjakan oleh Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam.

  1. Solat Sunat Tahiyyatul Masjid

إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمْ الْمَسْجِدَ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يَجْلِسَ

Jika salah seorang di antara kalian masuk masjid, hendaklah dia rukuk (solat) dua rakaat sebelum duduk.  (Hadits riwayat Imam Al-Bukhari)

 

Yakni, solat dua rakaat ketika memasuki masjid.

  1. Solat Sunat Tarawih

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Sesiapa bersolat pada malam Ramadan kerana iman (yang teguh) dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lepas.  (Hadits riwayat Imam Muslim)

Solat selepas solat fardhu Isyak pada bulan Ramadan.

  1. Solat Sunat Hari Raya

أُمِرْنَا أَنْ نَخْرُجَ فَنُخْرِجَ الْحُيَّضَ وَالْعَوَاتِقَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ. قَالَ ابْنُ عَوْنٍ: أَوْ الْعَوَاتِقَ ذَوَاتِ الْخُدُورِ فَأَمَّا الْحُيَّضُ فَيَشْهَدْنَ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَدَعْوَتَهُمْ وَيَعْتَزِلْنَ مُصَلَّاهُمْ

Kami telah diperintahkan (oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) untuk keluar, maka kami memerintahkan wanita-wanita yang sedang haid, para gadis dan wanita-wanita pingitan untuk keluar. Ibnu ‘Aun berkata: “atau wanita-wanita pingitan,” dan wanita-wanita yang haid diperintahkan (Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) agar menyaksikan jamaah kaum muslimin dan dakwah mereka serta menjauhi tempat solat.  (Hadits riwayat Imam Al-Bukhari)

 Solat dua rakaat pada pagi hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha, mengandungi takbir tujuh kali pada rakaat pertama dan takbir lima kali pada rakaat kedua.

  1. Solat Sunat Istikharah

إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ :

Jika salah seorang di antara kalian berkeinginan keras melakukan sesuatu, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat yang bukan solat fardu kemudian membaca doa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ,

فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ,

اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي,

أَوْ قَالَ: عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ,

فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ,

وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي,

أَوْ قَالَ: فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ,

فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي.

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (lalu menyebutkan secara langsung urusan yang dimaksudkan) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku – atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang – maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya. Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku – atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang – maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.

قَالَ: وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ.

Baginda bersabda: Hendaklah dia menyebutkan apa yang dihajatkannya.

(Hadits riwayat Imam Al-Bukhari)

Solat dua rakaat untuk meminta petunjuk yang baik apabila kita menghadapi dua pilihan atau ragu-ragu dalam mengambil keputusan. Sebaik-baiknya dikerjakan pada dua pertiga akhir malam.

  1. Solat Sunat Wuduk

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَتَوَضَّأُ فَيُحْسِنُ وُضُوءَهُ ثُمَّ يَقُومُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ مُقْبِلٌ عَلَيْهِمَا بِقَلْبِهِ وَوَجْهِهِ إِلاَّ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ

Tidaklah seorang Muslim berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian mengerjakan solat dua rakaat dengan menghadirkan hati dan menghadapkan wajahnya, melainkan telah wajib baginya syurga.  (Hadits riwayat Imam Muslim)

Solat dua rakaat selepas mengambil wuduk.

  1. Solat Sunat Gerhana Bulan (Kusuf) dan Gerhana Matahari (Khusuf)

إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لاَ يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ

وَلَكِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهَا فَصَلُّوا

Sesungguhnya matahari dan bulan tidak mengalami gerhana kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kehidupannya (kelahirannya). Tetapi, kedua-duanya adalah dua tanda antara tanda-tanda (kebesaran) Allah. Apabila kamu semua melihat kedua-duanya (mengalami gerhana) maka dirikanlah solat.  (Hadits riwayat Imam Al-Bukhari)

Perbezaan solat gerhana berbanding solat-solat yang lain ialah sebaik sahaja membaca al-Fatihah dan mana-mana surah daripada al-Quran, kita hendaklah ruku’. Kemudian bangun kembali dan sekali lagi membaca al-Fatihah dan mana-mana surah daripada al-Quran lalu ruku’ semula. Kemudian iktidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud. Ulangi perkara yang sama pada rakaat kedua.

Setelah selesai mengerjakan solat gerhana, sunnah dilaksanakan khutbah yang ringkas.

  1. Solat Sunat Istisqa’ (Meminta Hujan)

فَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ مَا مَنَعَهُ أَنْ يَسْأَلَنِي خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَوَاضِعًا مُتَبَذِّلاً مُتَخَشِّعًا مُتَضَرِّعًا فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَمَا يُصَلِّي فِي الْعِيدَيْنِ وَلَمْ يَخْطُبْ خُطْبَتَكُمْ هَذِه

Daripada Ibnu ‘Abbas radhiallahu’ anh, dia berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam (keluar untuk bersolat Istisqa’) dan mengenakan pakaian biasa (bukan pakaian yang indah-indah seperti solat sunat pada Hari Raya-pen) dengan penuh harapan. Baginda bersolat dua rakaat sebagaimana solat Hari Raya, tetapi tidak berkhutbah seperti khutbah yang biasa itu.  (Hadits riwayat Imam An-Nasaie)

Solat sunat dua rakaat yang dikerjakan untuk memohon hujan. Mereka yang mengerjakan solat Istisqa’ ini hendaklah menuju ke tempat pelaksanaan solat dengan penampilan sederhana, tawadhu’ (merendah hati), tadharru’ (bersungguh-sungguh untuk memohon) dan tamaskun (menunjukkan benar-benar perlukan permintaan tersebut). Solat Istisqa’ dikerjakan sama sebagaimana solat Hari Raya yakni dengan melakukan tujuh takbir pada rakaat pertama dan lima takbir pada rakaat kedua. Khutbah ringkas dilakukan sebelum atau sesudah solat Istisqa’ di atas mimbar yang disediakan. Namun Imam al-Nawawi Rahimahullah lebih mengutamakan khutbah dikerjakan setelah solat sebagaimana khutbah untuk solat Hari Raya. Berbeza dengan khutbah ketika solat Hari Raya, khutbah untuk solat Istisqa’ adalah ringkas sahaja.

  1. Solat Sunat Hajat

مَنْ تَوَضَّأَ فَأَسْبَغَ الْوُضُوءَ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ يُتِمُّهُمَا أَعْطَاهُ اللَّهُ مَا سَأَلَ مُعَجِّلاً أَوْ مُؤَخِّرًا

Sesiapa berwuduk dan menyempurnakannya, kemudian mengerjakan solat dua rakaat dengan sempurna, apa sahaja yang dimintanya akan diberi oleh Allah baik cepat mahupun lambat.  (Hadits riwayat Imam Ahmad)
Solat dua rakaat untuk tujuan memohon hajat atau ketika berada dalam kesulitan.

  1. Solat Sunat Taubat

وَإِنَّهُ حَدَّثَنِي أَبُو بَكْرٍ وَصَدَقَ أَبُو بَكْرٍ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

يَقُولُ: مَا مِنْ رَجُلٍ يُذْنِبُ ذَنْبًا ثُمَّ يَقُومُ فَيَتَطَهَّرُ ثُمَّ يُصَلِّي ثُمَّ يَسْتَغْفِرُ اللَّهَ إِلاَّ غَفَرَ لَهُ

ثُمَّ قَرَأَ هَذِهِ الْآيَةَ وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ إِلَى آخِرِ الْآيَةِ

Abu Bakar telah menceritakan kepadaku (sesuatu hadis) dan Abu Bakar radhiallahu’ anh adalah seorang yang benar (al-Shiddiq), dia berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tidak seorang hamba pun yang telah mengerjakan sesuatu dosa, lalu dia mengambil wuduk dengan sempurna, kemudian dia mendirikan solat dua rakaat, setelah itu (menyelesaikan solat tersebut) dia memohon ampun kepada Allah (atas dosanya tersebut), maka Allah akan mengampunkan dosanya. Kemudian baginda membaca ayat:

 وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ

وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).  (Hadits riwayat Imam Tirmizi dan Surah Ali-Imran : 135)

Solat taubat ini sebaik-baiknya dikerjakan sesegera mungkin setelah seseorang itu melakukan apa jua jenis dosa dan ingin bertaubat. Ianya boleh dilaksanakan walaupun pada waktu-waktu yang diharamkan solat. Menurut Syaikh al-Islam Ibn Taymiyyah rahimahullah di dalam Majmu’ al-Fatawa (jilid 23, ms. 215):

Seorang muslim boleh sahaja mengerjakan solat taubat pada waktu terlarang sebab taubat harus segera dilaksanakan setelah seseorang terjerumus ke dalam dosa, sementara untuk mengerjakan solat dua rakaat ini adalah hal yang disunnahkan. – rujuk Sholaatul Mu’min karya Sa’id bin ‘Ali bin Wahf al-Qahtani, ms. 317-318.

  1. Solat Sunat Musafir

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا قَدِمَ مِنْ سَفَرٍ ضُحًى

دَخَلَ الْمَسْجِدَ فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يَجْلِسَ

Bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam apabila pulang dari satu-satu perjalanan pada waktu Dhuha baginda masuk ke masjid untuk mengerjakan solat dua rakaat sebelum duduk.  (Hadits riwayat Imam Al-Bukhari)

Bagi mereka yang pulang dari safar (perjalanan) maka disunatkan baginya untuk singgah di masjid yang berdekatan dengan rumahnya, lalu didirikan solat sunat dua rakaat terlebih dahulu di masjid tersebut sebelum dia memasuki rumahnya.

  1. Solat Sunat Mutlak

عَلَيْكَ بِكَثْرَةِ السُّجُودِ، فَإِنَّكَ لا تَسْجُدُ، سَجْدَةً إِلا رَفَعَكَ اللهُ بِهَا دَرَجَةً، وَحَطَّ عَنْكَ بِهَا خَطِيئَةً

Perbanyaklah bersujud. Karena tidaklah kamu bersujud sekali, kecuali Allah akan mengangkat satu derajat untukmu dan menghapus satu kesalahan darimu.  (Hadits riwayat Imam Muslim)

Pada waktu selain daripada waktu-waktu yang dilarang melakukan solat padanya, maka adalah disunatkan melakukan solat sunat multak. Solat sunat ini dinamakan solat sunat mutlak kerana ia tidak bersebab (bukan kerana masuk ke masjid, bukan kerana solat sunat sebelum atau selepas solat fardhu, bukan untuk sesuatu hajat dan sebagainya). Ia merupakan solat yang dilakukan untuk mengisi waktu lapang sebagai suatu amalan yang baik.

RUJUKAN:
1. http://www.hafizfirdaus.com/ebook/Solat%20sunat/
2. Pelbagai sumber hadits muktabar

Print Friendly, PDF & Email

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button