عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ وَجَنَّةُ الْكَافِرِ
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.” (HR Muslim No : 5256)
Pedoman
1. Keistimewaan setiap orang mukmin ialah Allah bekalkan mereka dengan iman dan taqwa untuk memandu kehidupan di dunia.
2. Allah menyediakan sistem hidup yang sempurna untuk orang-orang mukmin dan ‘memenjara’ mereka dengan larangan dari melakukan perkara-perkara yang akan merosakkan diri, jiwa dan roh mereka dan seterusnya mendapat azab Allah di akhirat kelak.
3. Mukmin sentiasa bermujahadah dalam mengejar kebaikan di dunia dan akhirat dengan mengikuti segala peraturan dan sistem hidup yang telah ditentukan oleh Allah dan Rasul SAW.