عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبْغَضُ الرِّجَالِ إِلَى اللَّهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ
Dari Aisyah radliallahu ‘anha, ia mengatakan; Rasulullah SAW bersabda: ” Manusia yang paling dibenci Allah adalah yang keras kepala dan suka membantah (suka bermusuh) ” (HR Bukhari No: 6651)
Pedoman
1. Jauhi sifat keras kepala iaitu sifat yang beriringan dengan sifat sombong, bongkak, takbur dan ego. Kesemua sifat-sifat mazmumah ini amat dibenci oleh Allah SWT dan merupakan sifat Iblis.
2. Tarbiah dan latihlah diri berterusan supaya menjadi orang yg suka merendah diri, tidak bongkak dan sombong serta menjauhi dari sifat-sifat mazmumah.