Apakah Definisi Awan?
AWAN ialah wap-wap air yang terapung di udara. Dalam kuantiti yang banyak, ia akan membentuk air hujan. Air hujan turun ke bumi menjadi air telaga, mata air dan air dalam tanah yang dapat digunakan untuk pelbagai kegunaan.
Firman Allah Subhanahuwata’ala:
أَلَمۡ تَرَ أَنَّ ٱللَّهَ أَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءٗ فَسَلَكَهُۥ يَنَٰبِيعَ فِي ٱلۡأَرۡضِ ثُمَّ يُخۡرِجُ بِهِۦ زَرۡعٗا مُّخۡتَلِفًا أَلۡوَٰنُهُ
Apakah kamu tidak memperhatikan, bahawa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, maka diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi, kemudian ditumbuhkan-Nya dengan air itu tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya.
(Az-Zumar : 21)
Bagaimanakah Ketetapan Allah (Sunnatullah) Dalam Proses Kejadian Awan?
- Allah Subhanahuwata’ala jadikan dengan kepanasan matahari dan tiupan angin menyebabkan wap air dapat naik dari laut hingga melepasi puncak bukit. Ini agar bukit tidak menghalang perpindahan air di kawasan sebalik bukit. Firman Allah Subhanahuwata’ala:
وَهُوَ ٱلَّذِي يُرۡسِلُ ٱلرِّيَٰحَ بُشۡرَۢا بَيۡنَ يَدَيۡ رَحۡمَتِهِۦۖ حَتَّىٰٓ إِذَآ أَقَلَّتۡ سَحَابٗا ثِقَالٗا سُقۡنَٰهُ لِبَلَدٖ مَّيِّتٖ فَأَنزَلۡنَا بِهِ ٱلۡمَآءَ فَأَخۡرَجۡنَا بِهِۦ مِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٰتِۚ كَذَٰلِكَ نُخۡرِجُ ٱلۡمَوۡتَىٰ لَعَلَّكُمۡ تَذَكَّرُونَ
Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan), hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran.
(Al-A’raf : 57)
- Allah Subhanahuwata’ala naikkan wap air yang tanpa bercampur dengan garam supaya ia tidak memudaratkan manusia. Firman Allah Subhanahuwata’ala:
أَفَرَءَيۡتُمُ ٱلۡمَآءَ ٱلَّذِي تَشۡرَبُونَ ٦٨ ءَأَنتُمۡ أَنزَلۡتُمُوهُ مِنَ ٱلۡمُزۡنِ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡمُنزِلُونَ ٦٩ لَوۡ نَشَآءُ جَعَلۡنَٰهُ أُجَاجٗا فَلَوۡلَا تَشۡكُرُونَ ٧٠
Maka terangkanlah kepadaku tentang air yang kamu minum. Kamukah yang menurunkannya dari awan atau kah Kami yang menurunkan? Kalau Kami kehendaki nescaya Kami jadikan dia masin, maka mengapakah kamu tidak bersyukur?
(Al-Waqi’ah : 68 – 70)
- Allah Subhanahuwata’ala jadikan udara sejuk (wujud pada ketinggiannya 8 batu dari aras laut) sebagai sebab menghalang kenaikan wap air ke langit lepas. Secara logiknya makin dekat dengan matahari sepatutnya semakin panas, tapi Allah jadikan sebaliknya agar wap air kekal di atmosfera. Firman Allah Subhanahuwata’ala:
وَأَنزَلۡنَا مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءَۢ بِقَدَرٖ فَأَسۡكَنَّٰهُ فِي ٱلۡأَرۡضِۖ وَإِنَّا عَلَىٰ ذَهَابِۢ بِهِۦ لَقَٰدِرُونَ ١٨
Dan Kami turunkan air dari langit menurut suatu ukuran, lalu Kami jadikan air itu menetap di bumi, dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa menghilangkannya.
(Al-Mukminun : 18)
- Wap air amat halus dan tidak dapat dilihat. Apabila mengewap, Allah Subhanahuwata’ala hantarkan angin membawa zarah-zarah lain (seperti asap dan debunga) lalu bercampur dengan wap air dan bergerak. Kumpulan wap air dan zarah lain berkumpul di dalam awan dan lalu menjadi berat. Ini mengekalkan wap air daripada melepasi lapisan udara bumi.
ٱللَّهُ ٱلَّذِي يُرۡسِلُ ٱلرِّيَٰحَ فَتُثِيرُ سَحَابٗا فَيَبۡسُطُهُۥ فِي ٱلسَّمَآءِ كَيۡفَ يَشَآءُ وَيَجۡعَلُهُۥ كِسَفٗا فَتَرَى ٱلۡوَدۡقَ يَخۡرُجُ مِنۡ خِلَٰلِهِۦۖ فَإِذَآ أَصَابَ بِهِۦ مَن يَشَآءُ مِنۡ عِبَادِهِۦٓ إِذَا هُمۡ يَسۡتَبۡشِرُونَ ٤٨
Allah, Dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal, lalu kamu lihat hujan ke luar daripada celah-celahnya, maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hamba-Nya yang dikehendaki-Nya tiba-tiba mereka menjadi gembira.”
(Ar-Rum : 48)
- Penciptaan angin yang kadar kelajuannya amat sesuai untuk membawa awan dan bebanannya tanpa melerai atau merosakkannya.
وَهُوَ ٱلَّذِي يُرۡسِلُ ٱلرِّيَٰحَ بُشۡرَۢا بَيۡنَ يَدَيۡ رَحۡمَتِهِۦۖ حَتَّىٰٓ إِذَآ أَقَلَّتۡ سَحَابٗا ثِقَالٗا سُقۡنَٰهُ لِبَلَدٖ مَّيِّتٖ فَأَنزَلۡنَا بِهِ ٱلۡمَآءَ فَأَخۡرَجۡنَا بِهِۦ مِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٰتِۚ كَذَٰلِكَ نُخۡرِجُ ٱلۡمَوۡتَىٰ لَعَلَّكُمۡ تَذَكَّرُونَ
Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan), hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran.
(Al-A’raf : 57)
Jenis-jenis angin:
- Angin puting beliung (75 batu sejam) – mampu musnahkan harta benda.
- Kawasan 1 (5 batu dari aras laut) – kawasan angin biasa yang membawa awan (ada awan dan hujan yang membekalkan air).
- Kawasan 2 (3 batu dari Kawasan 1) – kawasan angin kuat dengan gelombang kelajuan 200 batu sejam.
- Kawasan 3 (atas dari Kawasan 2) – kawasan tiada angin.
- Air hujan diturunkan dalam titisan halus, bukan curahan sekaligus dalam jumlah banyak seperti banjir yang boleh rosakkan harta benda.
- Air mengalir ke sungai, kemudian menuju ke seluruh pelusuk bumi seperti urat darah manusia. Kebanyakan daripada air itu akan diserap ke dalam bumi untuk memeliharanya daripada rosak dan tidak menghalang manusia berjalan di bumi.
- Air sentiasa dipelihara agar dekat dengan permukaan bumi, jadi mata air atau air perigi supaya manusia mendapat faedah daripadanya. Ini dilakukan oleh bekas yang Allah Subhanahuwata’ala sediakan iaitu lapisan batu menahan air daripada diserap dan lenyap ke perut bumi.
Firman Allah Subhanahuwata’ala:
قُلۡ أَرَءَيۡتُمۡ إِنۡ أَصۡبَحَ مَآؤُكُمۡ غَوۡرٗا فَمَن يَأۡتِيكُم بِمَآءٖ مَّعِينِۢ
Katakanlah: Terangkanlah kepada-Ku jika sumber air kamu menjadi kering, maka siapakah yang akan mendatangkan air yang mengalir bagimu?.
(Al-Mulk : 30)
Allah Subhanahuwata’ala, Rabb Yang Maha Memakbulkan Doa
Tanyalah orang yang benar-benar mengetahui rahmat Rabb Yang Maha Mendengar segala doa. Allah Subhanahuwata’ala memakbulkan permintaan orang yang berada dalam keadaan darurat dan menolong orang yang memerlukan-Nya. Berapa kali bumi kemarau, kering kontang tanpa hujan, Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam mengajar Umat Islam supaya keluar beramai-ramai untuk berdoa kepada Allah Subhanahuwata’ala.
Kaum yang benar-benar meminta kepada Allah Subhanahuwata’ala, pasti akan dikabulkan doa dan akan diturunkan hujan kepada mereka. Dengan itu, kita dapat mengetahui bahawa Pencipta air dan hujan adalah Rabb Yang Maha Mendengar lagi Maha Memakbulkan Doa. Firman Allah Subhanahuwata’ala:
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِي وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ ١٨٦
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
(Al-Baqarah : 186)
RUJUKAN:
- Abdul Majid Aziz Az-Zindani, Kitab Tauhid, Pustaka salam.
- http://jomtarbiyah.blogspot.com/ (dengan merujuk kepada Kitab Tauhid, Jilid 1, Syeikh Abdul Majid Az-Zindani)
artikel yang sangat bermanfaat! izin shere ya!