Tazkirah Subuh

HANYA AMAL SOLEH SAHAJA YANG AKAN KEKAL

سَمِعَ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتْبَعُ الْمَيِّتَ ثَلَاثَةٌ فَيَرْجِعُ اثْنَانِ وَيَبْقَى مَعَهُ وَاحِدٌ يَتْبَعُهُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَعَمَلُهُ فَيَرْجِعُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَيَبْقَى عَمَلُهُ
Telah mendengar Anas bin Malik bahawa, Rasulullah SAW bersabda: “Mayat akan diiringi dengan tiga perkara, yang dua akan kembali hanya satu yang menemaninya. Ia akan diiringi oleh keluarganya, hartanya dan amalnya. Harta dan keluarganya akan kembali, hanya amalnya yang akan terus tetap bersamanya.” (HR Bukhari No: 6033)

Pedoman

1. Yang kekal mengiringi si mati hanyalah amalnya. Jika banyak amal saleh semasa dia hidup dahulu – beruntunglah si mati, amal itu menjadi teman dan pembantunya.

2.Ayuh perbanyakkan ‘amal saleh samada secara individu atau berkumpulan. Diantara yang utama ialah mengajak manusia kembali kepada kehidupan Islam yang sebenar sepertimana yang diajar oleh Nabi SAW dan generasi Islam yang awal.

Print Friendly, PDF & Email

Ali Ahmad Foudzi

Editor dakwahdantarbiah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button