Home / Tag Archives: Pengajaran Sirah

Tag Archives: Pengajaran Sirah

Pengajaran Daripada Sirah Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam Siri 9: Pemulauan Ekonomi

Kaum kafir Quraisy telah membuat keputusan sebulat suara untuk  membunuh Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam. Keputusan ini disampaikan kepada Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib. Tetapi Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib enggan menyerahkan Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam kepada kaum kafir Quraisy. Setelah rancangan membunuh Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam tidak berjaya, maka kaum Quraisy merancang pemulauan. Mereka bermuafakat untuk memulau baginda, orang Islam yang bersama baginda serta kalangan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib yang mempertahankan baginda. Untuk mencapai tujuan ini, mereka telah menandatangani satu perjanjian bertulis yang menyatakan mereka tidak akan mengahwini, tidak berjual-beli, menyekat sumber rezeki, tidak menerima sebarang perdamaian dan tidak akan berbelas kasihan  …

Read More »

Pengajaran Daripada Sirah Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam Siri 8: Rundingan Dan Tawaran

Daripada Ibn Hisyam dan daripada Ibn Ishaq bahawa pada satu masa ‘Utbah bin Rabi’ah, salah seorang pembesar Quraisy yang bijak dan jauh pandangan, telah menawar kepada Quráisy: “Wahai sekalian umat Quraisy, mahukah kamu sekiranya aku pergi bertemu Muhammad untuk menawarkan beberapa tawaran. Semoga beliau menerimanya. Dengan demikian kita tidak lagi terancam dengan seruan agama baru itu.” Mereka sebulat suara bersetuju dengan pendapat ‘Utbah. Kata mereka: “Memang tepat dan benar sekali pendapat saudara itu dan jalankan segera”. Dengan tidak membuang masa ‘Utbah pergi di rumah Nabi Muhammad Sallallahu‘alaihiwasallam. Beliau disambut baik oleh baginda. ‘Utbah pun membuka hasratnya dan kaumnya: “Wahai anak …

Read More »

Pengajaran Daripada Sirah Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam Siri 7: Penyiksaan

Puak Quraisy begitu melampau menentang Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dan sahabat-sahabat baginda. ‘Abdullah bin ‘Amru bin Al-’As menceritakan: “Ketika Nabi Sallahu‘alaihiwasallam bersolat di Ka’bah, ‘Aqabah bin Abi Muit datang mencekik baginda dengan bajunya. Kemudian Abu Bakar datang memegang kepala bahu ‘Aqabah sambil menolaknya daripada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, lalu berkata: “Kenapa engkau hendak membunuh manusia yang mengaku dan mengucap “Rabbku ialah Allah?” ‘Abdullah bin ‘Umar pula menceritakan: “Ketika Nabi sedang sujud bersolat di tengah-tengah puak Quraisy, datanglah ‘Aqabah bin Abi Muit membawa najis sembelihan, lalu melemparkannya ke atas belakang Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, menyebabkan baginda tidak mengangkat kepalanya semasa sujud sehingga datanglah puterinya Fatimah Radiallahu‘anha membuang …

Read More »

Pengajaran Daripada Sirah Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam Siri 1: Keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu‘alaihiwasallam Dan Penyusuan Baginda

Nasab Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam, keputeraan dan penyusuan Baginda  Adapun nasab Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam, ialah Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Mutalib. ‘Abdul Mutalib dipanggil dengan nama Syaibah Al-Hamd bin Hashim bin ‘Abdul Manaf. Nama Abdul Manaf ialah Al Mughirah bin Khusai, dinamakan Zaidan bin Khilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luai bin Ghalif bin Fihri bin Malik bin Nadri bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Mu’ad bin Adnan. Adnan adalah di antara anak cucu Nabi Ismail ‘Alaihissalam anak kepada Ibrahim ‘Alaihissalam. Allah Subhanahuwata’ala telah memilihnya daripada sebaik-baik kabilah dan suku. Tidak pernah diresapkan sesuatu daripada kecemaran …

Read More »