Keperibadian

PERKARA-PERKARA YANG MENGHALANG KITA DARI RAHMAT ALLAH SUBHANAHUWATA‘ALA

Kadang-kadang kita mempunyai banyak fikrah Islamiah tetapi kadang kala kita tidak dihubungkan kepada Allah Subhanahuwata’ala.

Seorang tawanan perang bernama Sumamah bin ‘Usal al-Harafi pada zaman Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam sangat benci kepada Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam ketika sebelum Islamnya. Tetapi setelah memeluk Islam Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam sebagai orang yang paling dikasihinya. Katanya:

Demi Allah! Tiada wajah di muka bumi ini yang paling saya suka melainkan wajahmu ya Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam.

Beliau masuk islam adalah di dalam keadaan sedar apabila melihat peribadi Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam dan para sahabat baginda Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam dan para sahabat.

Hari ini ramai yang bencikan Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam kerana mereka tidak kenal baginda. Orang yang paling beruntung adalah orang yang beriman. Orang mukmin itu akan hidup bahagia di akhirat kelak.

Fakta-fakta yang menghalang kita dari menerima hidayah Allah Subhanahuwata’ala ada banyak, sebahagian daripadanya ialah:

  1. Sombong,
  2. Seronok dengan dunia
  3. Sibuk dengan kerja-kerja harian duniawi
  4. Membuang waktu dengan sia-sia
  5. Menyokong sistem hidup ciptaan manusia.

Huraiannya:

  1. Kita tidak boleh berlaku sombong kerana ia adalah pakaian Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Allah Subhanahu Wa Ta’ala akan memasukkan ke dalam neraka sesiapa yang mengambil pakaian-Nya.
  2. Kita janganlah terlalu berseronok dengan keseronokan dunia. Kita mesti memperalatkan dunia dan jangan sampai dunia memperalatkan kita. Kita dibenarkan berseronok tetapi janganlah terkeluar dari batas-batas syariat. Tidak meninggalkan yang wajib dan tidak melaksanakan yang haram. Asy-Syahid al-Imam Hasan al-Banna ada berpesan:

“Tunaikan yang fardu, tiada tangguh-tangguh. Sesiapa yang meninggalkan yang fardu, dia akan meruntuhkan Islam.”

  1. Janganlah kita terlalu sibuk dengan kerja-kerja harian kita sehingga tiada masa untuk menyumbang ke jalan Allah Subhanahuwata’ala.
  2. Pergunakanlah seluruh masa lapang untuk diisikan dengan solat-solat sunat atau ibadah-ibadah sunat untuk mempertingkatkan diri sendiri. Pastikan yang wajib diselesaikan dan tambahlah dengan sunat yang mampu.

Banyaklah beristighfar kepada Allah Subhanahuwata’ala. Mintalah ampun dan berdoa kepada Allah Subhanahuwata’ala.

Hendaklah banyak membaca al-Quran kerana al-Quran dapat membersihkan hati yang berkarat. Al-Quran adalah sumber yang suci dan menjadi pedoman hidup, menjadi musim bunga kepada hati.

Ramai orang di dalam masyarakat kita memandang benda yang halal sebagai haram dan memandang benda yang haram sebagai halal.

Orang yang memegang polisi, biasanya takut kehilangan pangkat, kepentingan dan kuasa. Ini kerana Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah masih belum selesai. Itulah sebabnya sebelum turun perintah menunaikan fardu solat lima waktu, lebih kurang sepuluh tahun masyarakat diproses.

Pada masa zaman Arab Jahiliah telah wujud Tauhid Rububiyyah, contoh ketika Tentera Abrahah hendak menyerang Kaabah maka Abdul Mutalib berkata:

Rumah ini ada penjaganya.

Hindarlah diri dari tempat-tempat yang boleh hilangkan waktu kita, kerana waktu adalah kehidupan. Asy-Syahid al-Imam Hasan al-Banna:

Siapa yang tahu kebaikan-kebaikan waktu, maka mereka akan tahu nilai kehidupan.

Janganlah kita berulang-alik ke tempat yang boleh mematikan akidah. Kita jangan bersama-sama orang yang tidak boleh membersihkan hati kita.

Kita janganlah membaca majalah-majalah yang  mendatangkan mudarat.

  1. Orang yang memegang polisi (kuasa), takut kehilangan kuasa, adalah disebabkan godaan syaitan. Syaitanlah merosakkan mereka. Kita janganlah menta’ati orang yang tidak menerima sistem hidup Allah Subhanahuwata’ala.

Kita juga hendaklah berhati-hati terhadap orang jahil. Jahil ini adalah sebesar-besar musuh Islam. Dari itu janganlah kita mengikut mereka, kerana mereka menurut hawa nafsu mereka. Jangan kita larut dalam suasana mereka.

Kita sebenarnya telah mengikat janji kepada Allah Subhanahuwata’ala, dengan mengikrarkan Kalimah Syahadah. Dari itu kita tidak merosakkan diri kita. Badan kita ini adalah amanah Allah Subhanahuwata’ala. Contohnya, kita perlu jauhi daripada menghisap rokok.

Kita jangan tumpang sama dengan orang yang mempermainkan ayat-ayat Allah Subhanahuwata’ala.

Hendaklah kita baik hubungan kita dengan Allah Subahanahuwata’ala. Ke mana sahaja kita pergi, ketahuilah bahawa Allah Subahanahuwata’ala sentiasa mengawasi kita. Tidak tidak boleh terlibat sama ada dosa besar atau dosa kecil. Kita hendaklah melatih bahawa Allah Subhanahuwata’ala sentiasa melihat kita. Allah Subhanahuwata’ala Maha Mengetahui segala perasaan kita.

Orang yang terdahulu ditarbiyah sungguh-sungguh kasih kepada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam. Apabila kita mengambil contoh keluarga Yasir, apabila hendak mati melihat wajah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam menjadi kuat.

Kita hendaklah berbaik sangka dengan Allah Subhanahuwata’ala. Jangan sangka buruk kepada Allah Subhanahuwata’ala apabila kita ditimpa dengan sesuatu musibah. Segala yang baik itu, semuanya datang daripada Allah Subhanahuwata’ala. Sebenarnya apabila aqidah tidak bersih, maka akan datang sangkaan yang buruk-buruk.

Wallahu ‘Alam.
Oleh: Ustaz Abdul Hadi Osman.
                                            

Print Friendly, PDF & Email

Ali Ahmad Foudzi

Editor dakwahdantarbiah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button