عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ عَيْنَانِ لَا تَمَسُّهُمَا النَّارُ عَيْنٌ بَكَتْ مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَعَيْنٌ بَاتَتْ تَحْرُسُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
Dari Ibnu Abbas ia berkata; “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda; “Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka iaitu; mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang pada malam hari berjaga kerana membela agama Allah”. (Sunan Tirmidzi No:1563) Status: Hadis Sahih
Pedoman
1. Antara orang yang dijauhi api neraka dan ditempatkan kedalam syurga ialah pemilik mata yang menangis kerana takut dan gerun akan seksaan api neraka Allah SWT;
2. Juga pemilik mata yang sentiasa bekerja, berdakwah dan berjihad disetiap ruang dan penjuru demi memastikan Islam berkembang dan tersebar;
3. Juga mata yang berjaga tanpa mengenal penat lelah bekerja dan menyumbang untuk dakwah seperti melalui penulisan, membuat kajian dan penemuan demi memuliakan Islam.