KOMPETENSI PENDAKWAH – PENYEDIAAN BAHAN PENYAMPAIAN

Penyusun: Haji Mohd Ghani Salleh

PENYELESAIAN Masalah (Problem Solving)

1. Menentukan penyakit masyarakat dan ubatnya (yakni kembali kepada Islam).

2. Tiga perkara penting perlu dipersiapkan:

a. Fakta dan data ‘penyakit yang timbul dalam masyarakat’ dan akibat negatifnya.

– Fakta seperti peristiwa dan kes-kes yang berlaku dalam masyarakat, seperti kes dadah, AIDS dan jenayah.

– Data – perangkaan daripada pelbagai sumber.

– Fakta dan data perlu dianalisis dan dibuat rumusan.

b. Kemukakan sebab-sebab berlaku penyakit dalam masyarakat.

– Analisis dibuat berdasarkan dalil al-Quran, hadis dan pendapat pakar.

– Contohnya sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam: Mukmin yang sempurna imannya, nescaya baik akhlaknya. Oleh akhlak yang rusak disebabkan lemahnya iman.

c. Mencari ubat atau jalan keluar.

– Rumusan dibuat berasaskan al-Quran, hadis, pendapat ulamak dan pendapat sendiri.

– Contohnya – cara mengatasi lemah iman ialah memperkukuhkan iman

Pertanyaan Dan Jawapan

1. Menjawab persoalan penting yang dihadapi umat Islam dengan kefahaman yang mantap dalam sesuatu perkara.

2. Tujuannya ialah untuk membentuk sikap dan perilaku Islami.

3. Tiga isi kandungan pentingi:

a. Mengemukakan pentinnya masalah yang akan dibincangkan, seperti pentingnya istiqamah dalam amal Islami sebagaimana para sahabat Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam.

b. Mengemukakan permasalahan yang dihadapi sebagai halangan pencapaian sifat positif. Misalnya kemukakan pertanyaan – mengapa para sahabat boleh istiqamah ? apa rahsianya?

c. Memberi jawapan bagi masalah yang dihadapi. Contohnya, kita perlu 6 resepi mesti dilaksanakan untuk menjadi istiqamah:

– Mempunyai kemahuan kuat.

– Memahami ajaran Islam dengan baik.

– Mengikuti tarbiah tanpa tercicir.

– Bergaul dengan orang yang lebih baik (salih).

– Mencontohi orang yang terbukti istiqamah.

– Berusaha mendekatkan diri kepada Allah Subhanahuwata’ala.

Pendekatan Tematik Daripada Ayat Dan Hadis

– Pola perbahasan secara tematik memang menjadi kelaziman dalam al-Quran dan hadis.

– Pendekatan ini menarik untuk fahami al-Quran dan hadis. Terdapat ayat dan hadis yang membincangkan persoalan yang sama.

– Contoh pendekatan ini terdapat dalam kitab Riyadhus Salihin

Tiga langkah perlu dilalui untuk penyediaan bahan seperti ini:

1. Tentukan tema yang hendak dibincangkan, misalnya taqwa, cintakan Allah SWT, tawakkal dan sebagainya. Pilih tajuk semasa yang paling muhim/terutama/penting bagi para pendengar.

2. Tentukan skop perbincangan supaya tidak terlalu mencapah kerana faktor keterbatasan masa. Misalnya: urgensi taqwa, ciri-ciri orang bertaqwa atau keuntungan orang bertaqwa.

3. Gunakan dalil al-Quran, hadis dan perkukuhkan dengan huraian ulama.

Mensistematikkan Ayat Dan Hadis

Tiga langkah yang perlu diikuti:

1. Bacakan ayat atau hadis dan terjemahannya.

– Terlebih dahulu jelaskan kepentingannya seperti ayat 208 surah al-Baqarah.

2. Susun kandungan dalam bentuk point untuk perbincangan. Misalnya, tiga seruan Allah SWT kepada orang yang beriman dalam ayat di atas:

– Masuk ke dalam Islam secara kaffah.
– Jangan ikut langkah-langkah syaitan.
– Waspada terhadap godaan syaitan kerana ia musuh yang nyata bagi mukmin.

3. Kaitkan setiap point dengan nas-nas yang sesuai daripada ayat-ayat atau hadis.

Mengemukakan Penyelesaian Masalah Semasa Mengikut Islam

Mengemukakan penyelesaian Islam bagi menangani permasalahan semasa seperti pengguguran anak, poligami dan Islam liberal (mengikut pandangan Islam). Tiga langkah yang perlu diikuti:

1. Kemukakan masalah dan kepentingan bagi umat Islam untuk mengatasinya.

2. Hubungkan permasalahan dengan pandangan Islam, hukum dan petunjuk daripada al-Quran dan hadis.

3. Ilustrasikan masalah tersebut dengan sikap generasi dahulu – pada zaman Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, para sahabat dan ulama terkemudian.

Satu hal yang juga penting, penyampai perlu banyak berdamping dengan Allah SWT agar Dia membantunya dalam membuat persiapan bahan penyampaian dan ketika membuat penyampaian.

Print Friendly, PDF & Email

About Abu Taqiy Hussein

Ketua Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *