Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لا يَسْخَرْ قَومٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَى أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ وَلا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلا تَنَابَزُوا بِالأَلْقَابِ بِئْسَ الاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الإِيمَانِ وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokan), dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokan) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokan).
( Al-Hujurat [49]: 11).
Pedoman
1. Semua manusia adalah sama di sisi Allah swt. Yang membezakan adalah sifat taqwa setiap individu,
2. Bukan akhlak muslim mukmin yang saling memperlekehkan dan memandang buruk diantara satu sama lain. Suasana iman dan ukhwah sepatutnya mewarnai kehidupan dalam masyarakat mukmin sepertimana yg didemonstrasikan oleh Rasulullah saw dan generasi awal Islam.
#mutiarahadith