(FAKTOR 2): FAKTOR LUARAN
1. Musuh-musuh Islam berada di barat dan di timur. Mereka sentiasa mengatur pelbagai strategi untuk merosakkan Islam. Manakala gerakan organisasi Islam juga mengatur pelbagai strategi untuk menangkis serangan musuh. Terbongkarnya strategi gerakan Islam dan terjatuhnya anggota ke tangan musuh dianggap boleh mengendalakan gerakan organisasi. Oleh itu tidaklah perlu semua strategi diberikan kepada semua anggota, kecuali sekadar perlu.
2. Kurangnya sambutan masyarakat terhadap dakwah yang menyebabkan para da’i merasa lemah dan tawar hati untuk meneruskan kerja dakwah. Kerana itu para da’i tidak seharusnya bersikap demikian seperti yang diingatkan oleh Allah Subhanahuwata’ala:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ عَلَيۡكُمۡ أَنفُسَكُمۡۖ لَا يَضُرُّكُم مَّن ضَلَّ إِذَا ٱهۡتَدَيۡتُمۡۚ إِلَى ٱللَّهِ مَرۡجِعُكُمۡ جَمِيعٗا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ ١٠٥
Wahai orang yang beriman, jagalah dirimu tidaklah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk, kepada Allah kamu semua kembali. Nanti Dia akan menerangkan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.
(Surah al-Maidah : 105)
وَلَا تَهِنُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَنتُمُ ٱلۡأَعۡلَوۡنَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ ١٣٩
Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi jika kamu orang yang beriman.
(Surah Ali-Imran : 139)
Da’i hanya menyampaikan, yang memberi petujunjuk ialah Allah Subhanahuwata’ala:
إِنَّكَ لَا تَهۡدِي مَنۡ أَحۡبَبۡتَ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ يَهۡدِي مَن يَشَآءُۚ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِينَ ٥٦
Sesungguhnya kamu tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya dan Allah lebih mengetahui orang yang mahu menerima petunjuk.”
(Surah al-Qasas : 56)
Kerana itu al-Syahid Hasan al-Banna pernah berpesan:
Wahai saudara sesungguhnya engkau bekerja untuk dua matlamat, untuk mencapai natijah dan melaksanakan kewajipan, andai kata luput daripada engkau yang pertama (tiada orang menerimanya) tetapi tidak hilang daripada engkau yang kedua (iaitu engkau melaksanakan yang wajib).”[1]
[1] Lihat Mustafa Masyhur, Tariq al-Da’wah, h. 118