وَعَنْ قُطْبَةَ بْنِ مَالِكٍ رضى الله عنه قَالَ: كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ: اَللَّهُمَّ جَنِّبْنِي مُنْكَرَاتِ اَلْأَخْلَاقِ, وَالْأَعْمَالِ, وَالْأَهْوَاءِ, وَالْأَدْوَاءِ
Daripada Qutaibah bin Malik RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW membaca doa: Ya Allah, jauhkanlah aku daripada akhlak yang keji, amalan yang munkar, nafsu yang buruk dan pelbagai penyakit yang berat.
(Sunan Tirmidzi no 3591)
Pedoman
1. Rasulullah SAW mengajar kita agar sentiasa berdoa dan memohon kepada Allah dalam setiap masa dan keadaan agar dijauhi daripada sesuatu yang buruk.
2. Tarbiah dan latihlan diri kita bersungguh-sungguh dan berterusan supaya sentiasa bergantung dengan Allah SWT dalam apa jua keadaan samada susah atau senang.