عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيهِ
Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Diantara kesempurnaan Islam seseorang ialah dia meninggalkan sesuatu yang tidak berkaitan dengannya (tidak berfaedah baginya). (HR Tirmizi No: 2318)
Pedoman
1. Seorang muslim yang berakhlak sentiasa menyibukkan dirinya dengan amal yang mulia dan bermanfaat serta menjauhkan diri dari perkara yang hina dan rendah moral;
2. Membuang masa dengan sesuatu yang tidak bermanfaat dan berfaedah adalah sia-sia apatah lagi jika membawa kepada dosa dan maksiat;
3. Sekiranya semua umat lslam meninggalkan perkara yang sia-sia dan yang tidak ada kena mengena dengan dirinya, nescaya setiap orang akan menjadi seorang yang hebat dan produktif terhadap diri dan agamanya.