عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ اتَّبَعَ جَنَازَةَ مُسْلِمٍ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا وَكَانَ مَعَهُ حَتَّى يُصَلَّى عَلَيْهَا وَيَفْرُغَ مِنْ دَفْنِهَا فَإِنَّه يَرْجِعُ مِنْ الْأَجْرِ بِقِيرَاطَيْنِ كُلُّ قِيرَاطٍ مِثْلُ أُحُدٍ وَمَنْ صَلَّى عَلَيْهَا ثُمَّ رَجَعَ قَبْلَ أَنْ تُدْفَنَ فَإِنَّهُ يَرْجِعُ بِقِيرَاطٍ
Dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW telah bersabda: “Barangsiapa mengiringi jenazah seorang muslim, kerana iman dan mengharapkan balasan dan dia bersama jenazah tersebut ketika disolatkan dan sehingga selesai dari penguburannya, maka dia pulang dengan membawa dua qirat, setiap qirat setara dengan gunung Uhud (satu pahala yang besar). Dan barangsiapa menyembahyangkannya dan pulang sebelum dikuburkan maka dia pulang membawa satu qirat”. (HR Bukhari No: 45)
Pedoman
1. Antara tanggungjawab dan ikatan ukhwah yang berterusan sesama Muslim ialah apabila meninggal dunia salah seorang daripada mereka hendaklah di solatkan sebelum dikebumikan.
2. Orang yang menyembahyangkan dan mengiringi sehingga selesai pengebumian jenazah seorang Muslim kerana iman dan keikhlasan, dia akan mendapat ganjaran dua qirat (seumpama dua gunung)