عَنِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى
Dari Nukman bin Basyir, dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Perumpamaan kaum Mukmin dalam berkasih sayang dan persaudaraan sesama mereka adalah seperti satu jasad. Jika salah satu anggota badan sakit, maka seluruh badan akan turut merasa sakit dengan berjaga malam dan demam.” (HR Ahmad No: 17654)
Pedoman
1. Sayangi saudara mukmin kita samada yang dekat atau yang jauh sepertimana kita sayang kepada diri kita. Tanpa disekat oleh mana-mana batas sempadan geografi.
2. Jika saudara mukmin kita susah, sakit, menderita kerana dizalimi dan dianiaya dsb menjadi kewajipan kita membantu mereka. Mereka adalah sebahagian dari anggota kita.