Syarah Usul Ke-6 & Usul Ke-7
Usul Ke-6: Kata-kata seseorang selain Rasulullah saw tidak semestinya betul dan diterima.
وَكُلُّ أَحَدٍ يُؤْخَذُ مِنْ كَلاَمِهِ وَيُتْرَكُ إِلاَّ المَعْصُوْمُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم ٬ وَكُلُّ مَا جَاْءَ عَنِ السَّلَفِ رِضْوَانُ اللهِ عَلَيْهِمْ مُوَاْفِقًا لِلْكِتَاْبِ وَالسُّنَّةِ قَبْلِنَاْهُ٬ وَإِلاَّ فَكِتَاْبُ اللهِ وَسُنَّةُ رَسُوْلِهِ أَوْلَى بِالاِتِّبَاْعِ ، وَلَكِنَّا لاَ نُعْرِضُ لِلأَشْخَاْصِ ـ فِيْمَا اخْتُلِفَ فِيْهِ ـ بِطَعْنٍ أَوْ تَجْرِيْحٍ٬ وَنَكِلُهُمْ إِلَى نِيَّاتِهِمْ وَقَدْ أَفْضُوْا إِلَى مَاْ قَدَّمُوْا
Setiap orang boleh diterima dan ditolak kata-katanya melainkan Rasulullah SAW yang maksum. Setiap yang datang dari salafus soleh yang bertepatan dengan Kitab Allah dan Sunnah RasulNya kita terima dengan sebulat hati. Akan tetapi jika berlawanan dengannya maka Kitab Allah dan Sunnah RasulNya lebih utama diikuti. Walau bagaimanapun kita tidak sekali-kali mengecam atau mendedahkan keburukan peribadi-peribadi tertentu di dalam masalah yang diperselisihkan. Kita hanya berserah kepada niat hati mereka. Sesungguhnya mereka berlalu dengan apa yang mereka lakukan.
Usul Ke-7: Seorang yang belum pakar dalam Feqah, ikutlah salah satu dari 4 Mazhab tanpa taksub. Terimalah pandangan mazhab lain jika dalilnya lebih kuat.
وَلِكُلِّ مُسْلِمٍ لَمْ يَبْلُغْ دَرَجَةَ النَّظَرِ فِيْ أَدِلَّةِ اْلأَحْكَاْمِ الفَرْعِيَّةِ أَنْ يَتَّبِعَ إِمَاْمًا مِنْ أَئِمَّةِ الدِّيْنِ ، وَيَحْسُنُ بِهِ مَعَ هَذَا اْلاِتِّبَاْعِ أَنْ يَجْتَهِدَ مَا اسْتَطَاعَ فِيْ تَعَرُّفِ أَدِلَّتِهِ ، وَأَنْ يَتَقَبَّلَ كُلَّ إِرْشَاْدٍ مَصْحُوْبٍ بِالدَّلِيْلِ مَتَى صَحَّ عِنْدَهُ صَلاَحُ مَنْ أَرْشَدَهُ وَكِفَايَتَهُ ٬ وَأَنْ يَسْتَكْمِلَ نَقْصَهُ العِلْمِيَّ إِنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ حَتَّى يَبْلُغَ دَرَجَةَ النَّظَرِ
Setiap muslim yang tidak sampai ke peringkat meneliti (nadzar) dalil-dalil hukum cabang (furu’) boleh mengikuti mana-mana Imam. Elok sekiranya seseorang itu cuba berijtihad sekadar yang beliau mampu bagi mengetahui dalil-dalilnya. Beliau juga hendaklah menerima setiap petunjuk yang disertai dengan dalil apabila beliau yakin dengan kebaikan dan kepada orang yang memberi petunjuk kepadanya. Jika sekiranya beliau terdiri dari kalangan orang yang berilmu, beliau hendaklah mencukupkan kekurangannya dari segi ilmu sehingga sampai ke peringkat meneliti dalil-dalil hukum.