Syarah Usul Ke-14
Ziarah kubur adalah sunnah Rasulullah saw. Jangan dicampur dengan Bid’ah.
وَزِيَارَةُ اْلقُبُوْرِ أَيًّا كَانَتْ سُنَّةٌ مَشْرُوْعَةٌ بِالْكَيْفِيَّةِ اْلمَأْثُوْرَةِ ٬ وَلَكِنَّ الاِسْتِعَاْنَةَ بِالْمَقْبُوْرِيْنَ أَيًّا كَانُوْا وَنِدَاؤُهُمْ لِذَلِكَ وَطَلَبُ قَضَاءِ الْحَاجَاتِ مِنْهُمْ عَنْ قُرْبٍ أَوْ بُعْدٍ وَالنَّذَرُ لَهُمْ وَتَشْيِيْدُ القُبُوْرِ وَسَتْرُهَا وَإِضَاءَتُهَا وَالتَّمَسُّحُ بِهَا وَاْلحَلَفُ بِغَيْرِ اللهِ وَمَا يُلْحَقُ بِذَلِكَ مِنَ اْلمُبْتَدِعَاتِ كَبَائِرُ تَجِبُ مُحَارَبَتُهَا ٬ وَلاَ نَتَأَوَّلُ لِهَذِهِ الأَعْمَالِ سَدًّا لِلذَّرِيْعَةِ
Menziarahi kubur dalam apa keadaan sekali pun adalah perkara sunat yang disyariatkan dengan cara-cara yang ma’thur. Tetapi meminta pertolongan daripada ahli-ahli kubur siapa sekali pun mereka, menyeru mereka kerana perkara tersebut, menuntut mereka menunaikan segala hajat sama ada dari dekat atau jauh, bernazar kepada mereka, membangunkan binaan di atas kubur, menyelimutinya, meneranginya, mengusap-ngusapnya, bersumpah dengan sesuatu selain Allah dan seumpamanya yang terdiri daripada perkara-perkara bid’ah adalah dosa-dosa besar yang wajib diperangi. Kita tidak mentakwilkan amalan-amalan ini dengan tujuan menutup jalan kemungkaran.