Aqidah

Perkara-Perkara Yang Menghalang Daripada Mengenal Allah Subhanahuwata’ala

Pelbagai godaan seperti kesenangan, kelazatan, kedudukan, pakaian, wanita, harta, anak dan sebagainya, boleh menghalang seorang hamba daripada mengenali Allah Subhanahuwata’ala.

Penghalang-penghalang tersebut bersumberkan penyakit syahwat (penyakit yang berkaitan dengan hati yang berupa nafsu dan kesenangan) dan penyakit syubhah (pelbagai hal yang menimbulkan keraguan dan lebih berkaitan dengan permasalahan akal).

Penghalang-penghalang yang berasal daripada penyakit syahwat

Firman Allah Subhanahuwata’ala:

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَٰتِ مِنَ ٱلنِّسَآءِ وَٱلۡبَنِينَ وَٱلۡقَنَٰطِيرِ ٱلۡمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلۡفِضَّةِ وَٱلۡخَيۡلِ ٱلۡمُسَوَّمَةِ وَٱلۡأَنۡعَٰمِ وَٱلۡحَرۡثِۗ ذَٰلِكَ مَتَٰعُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَاۖ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسۡنُ ٱلۡمَ‍َٔابِ

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak daripada jenis emas dan perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).

(Surah Ali-Imran: 14)

أَفَرَءَيۡتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَٰهَهُۥ هَوَىٰهُ وَأَضَلَّهُ ٱللَّهُ عَلَىٰ عِلۡمٖ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمۡعِهِۦ وَقَلۡبِهِۦ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِۦ غِشَٰوَةٗ فَمَن يَهۡدِيهِ مِنۢ بَعۡدِ ٱللَّهِۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ

Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai ilahnya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?

(Surah Al-Jatsiyah:23)

Penyakit syahwat akan menimbul pelbagai penghalang untuk mengenali Allah Subhanahuwata’ala:

1.    Al-Fisqu (kefasikan)

Orang yang fasik adalah orang yang ternoda kehormatan dan kelayakannya akibat dosa dan kesalahan yang ia lakukan. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

۞إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَسۡتَحۡيِۦٓ أَن يَضۡرِبَ مَثَلٗا مَّا بَعُوضَةٗ فَمَا فَوۡقَهَاۚ فَأَمَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ فَيَعۡلَمُونَ أَنَّهُ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّهِمۡۖ وَأَمَّا ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ فَيَقُولُونَ مَاذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِهَٰذَا مَثَلٗاۘ يُضِلُّ بِهِۦ كَثِيرٗا وَيَهۡدِي بِهِۦ كَثِيرٗاۚ وَمَا يُضِلُّ بِهِۦٓ إِلَّا ٱلۡفَٰسِقِينَ ٢٦ ٱلَّذِينَ يَنقُضُونَ عَهۡدَ ٱللَّهِ مِنۢ بَعۡدِ مِيثَٰقِهِۦ وَيَقۡطَعُونَ مَآ أَمَرَ ٱللَّهُ بِهِۦٓ أَن يُوصَلَ وَيُفۡسِدُونَ فِي ٱلۡأَرۡضِۚ أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡخَٰسِرُونَ ٢٧

Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah daripada itu. Adapun orang yang beriman, maka mereka yakin bahawa perumpamaan itu benar daripada Rab mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan: “Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?.” Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan Allah.Dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberi-Nya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang yang fasik.

(Iaitu) orang yang melanggar perjanjian Allah sesudah perjanjian itu teguh, dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah (kepada mereka) untuk menghubungkannya dan membuat kerusakan di muka bumi. Mereka itulah orang yang rugi.

(Surah Al-Baqarah: 26,27)

Firman-Nya lagi:

وَلَا تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ نَسُواْ ٱللَّهَ فَأَنسَىٰهُمۡ أَنفُسَهُمۡۚ أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡفَٰسِقُونَ

Dan janganlah kamu seperti orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri, mereka itulah orang yang fasik.

(Surah Al-Hasyr:19)

2.    Al-Kibru (kesombongan)

Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam mendefinisikan sombong itu sebagai menolak kebenaran dan meremehkan orang lain. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

إِلَٰهُكُمۡ إِلَٰهٞ وَٰحِدٞۚ فَٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡأٓخِرَةِ قُلُوبُهُم مُّنكِرَةٞ وَهُم مُّسۡتَكۡبِرُونَ

Ilah kamu adalah Ilah yang Maha Esa. Maka orang yang tidak beriman kepada akhirat, hati mereka mengingkari (keesaaan Allah), sedangkan mereka sendiri adalah orang yang sombong.

(Surah An-Nahl:22)

ٱلَّذِينَ يُجَٰدِلُونَ فِيٓ ءَايَٰتِ ٱللَّهِ بِغَيۡرِ سُلۡطَٰنٍ أَتَىٰهُمۡۖ كَبُرَ مَقۡتًا عِندَ ٱللَّهِ وَعِندَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْۚ كَذَٰلِكَ يَطۡبَعُ ٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ قَلۡبِ مُتَكَبِّرٖ جَبَّارٖ

(Iaitu) orang yang memperdebatkan ayat-ayat Allah tanpa alasan yang sampai kepada mereka.  Amat besar kemurkaan (bagi mereka) di sisi Allah dan di sisi orang yang beriman. Demikianlah Allah mengunci mati hati orang yang sombong dan sewenang-wenangnya

(Surah Ghafir : 35)

إِنَّ ٱلَّذِينَ يُجَٰدِلُونَ فِيٓ ءَايَٰتِ ٱللَّهِ بِغَيۡرِ سُلۡطَٰنٍ أَتَىٰهُمۡ إِن فِي صُدُورِهِمۡ إِلَّا كِبۡرٞ مَّا هُم بِبَٰلِغِيهِۚ فَٱسۡتَعِذۡ بِٱللَّهِۖ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ

Sesungguhhnya orang yang memperdebatkan tentang ayat-ayat Allah tanpa alasan yang sampai kepada mereka, tidak ada dalam dada mereka melainkan hanyalah (keinginan akan) kesombongan yang mereka sekali-kali tiada akan mencapainya. Maka mintalah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

 (Surah Ghafir:56)

قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسۡجُدَ إِذۡ أَمَرۡتُكَۖ قَالَ أَنَا۠ خَيۡرٞ مِّنۡهُ خَلَقۡتَنِي مِن نَّارٖ وَخَلَقۡتَهُۥ مِن طِينٖ

Allah berfirman: “Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?”. Menjawab iblis, “Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya daripada api sedang dia Engkau ciptakan daripada tanah”.

(Surah Al-A’raf:12)

3.    Al-Zulmu (kezaliman)

Kezaliman adalah sikap melampaui batas atau menempatkan sesuatu bukan pada tempatnya. Kemusyrikan adalah kezaliman yang besar kerana menempatkan makhluk sejajar dengan Allah Subhanahuwata’ala. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّنِ ٱفۡتَرَىٰ عَلَى ٱللَّهِ ٱلۡكَذِبَ وَهُوَ يُدۡعَىٰٓ إِلَى ٱلۡإِسۡلَٰمِۚ وَٱللَّهُ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّٰلِمِينَ

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah sedang dia diajak kepada Islam? dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang zalim.

(Surah As-Saf:7)

4.    Al-Kazibu (dusta)

Dalam sebuah hadits, Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam menyatakan bahawa dusta membawa seseorang itu kepada dosa, dan dosa pula membawanya ke neraka.

Firman Allah Subhanahuwata’ala pula:

فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٞ فَزَادَهُمُ ٱللَّهُ مَرَضٗاۖ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمُۢ بِمَا كَانُواْ يَكۡذِبُونَ

Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya, dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.

(Surah Al-Baqarah:10)

5.    Kasratul ma’asi (banyak bermaksiat)

Segala yang berlawanan dengan ketaatan adalah maksiat. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

كَلَّاۖ بَلۡۜ رَانَ عَلَىٰ قُلُوبِهِم مَّا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ

Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka.

(Surah Al-Muthaffifin:14)

Penyakit-penyakit hati mengundang kemurkaan Allah Subhanahuwata’ala dan menggelapkan hati sehingga sukar untuk mengenal Allah Subhanahuwata’ala dengan lebih dekat.

Jalan pengubatan ialah setiap muslim hendaklah segera bangkit, bertaubat dan bermujahadah melawan nafsunya demi menjauhkan dirinya daripada penyakit-penyakit hati itu. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

وَٱلَّذِينَ جَٰهَدُواْ فِينَا لَنَهۡدِيَنَّهُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

Dan orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami, dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang yang berbuat baik.

(Surah Al-Ankabut: 69)

Penghalang-penghalang yang berasal daripada penyakit syubhah

1.    Al-Jahlu (jahil)

Jahil bererti tidak faham dan jauh daripada ilmu yang benar. Islam menyanjung tinggi ilmu dan orang yang berilmu. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَٰٓئِكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡ‍ُٔولٗا

Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabkannya.

(Surah Al-Isra’: 36)

Wahyu pertama diturunkan pun adalah berkaitan dengan ilmu (iqra’, yakni membaca).

2.    Al-Irtiyab (ragu-ragu)

Tanda bagi penyakit ini ialah keperibadian yang tidak jelas dan bimbang dalam membuat keputusan. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

وَلَا يَزَالُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ فِي مِرۡيَةٖ مِّنۡهُ حَتَّىٰ تَأۡتِيَهُمُ ٱلسَّاعَةُ بَغۡتَةً أَوۡ يَأۡتِيَهُمۡ عَذَابُ يَوۡمٍ عَقِيمٍ

Dan sentiasalah orang kafir itu berada dalam keragu-raguan terhadap al-Quran, hingga datang kepada mereka saat (kematiannya) dengan tiba-tiba atau datang kepada mereka azab hari kiamat.

(Surah Al-Hajj:55)

Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam ada berpesan supaya meninggalkan sesuatu yang meragukan dan mengambil sesuatu yang tidak meragukan.

3.    Al-Inhiraf (menyeleweng)

Penyelewengan yang sengaja atau yang tidak disengajakan akan menjauhkan seseorang daripada kebenaran. Penyelewengan yang tidak disengajakan akhirnya boleh membawa seseorang itu kepada kesengajaan dalam penyelewengan. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

فَبِمَا نَقۡضِهِم مِّيثَٰقَهُمۡ لَعَنَّٰهُمۡ وَجَعَلۡنَا قُلُوبَهُمۡ قَٰسِيَةٗۖ يُحَرِّفُونَ ٱلۡكَلِمَ عَن مَّوَاضِعِهِۦ وَنَسُواْ حَظّٗا مِّمَّا ذُكِّرُواْ بِهِۦۚ وَلَا تَزَالُ تَطَّلِعُ عَلَىٰ خَآئِنَةٖ مِّنۡهُمۡ إِلَّا قَلِيلٗا مِّنۡهُمۡۖ فَٱعۡفُ عَنۡهُمۡ وَٱصۡفَحۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

(Tetapi) kerana mereka melanggar janjinya, Kami kutuki mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu, mereka suka merubah perkataan (Allah) dari tempat-tempatnya, dan mereka (sengaja) melupakan sebahagian daripada apa yang mereka telah diperingatkan dengannya, dan kamu (Muhammad) sentiasa akan melihat kekhianatan daripada mereka kecuali sedikit diantara mereka (yang tidak berkhianat), maka maafkanlah mereka dan biarkan mereka, sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik.

(Surah Al-Maidah:13)

4.    Al-Ghaflah (lalai)

Kenikmatan dan keseronokan hidup di dunia sering membuat seseorang hamba itu lalai. Akhirnya, ia mengalami kebimbangan dalam hidupnya. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِۖ لَهُمۡ قُلُوبٞ لَّا يَفۡقَهُونَ بِهَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٞ لَّا يُبۡصِرُونَ بِهَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٞ لَّا يَسۡمَعُونَ بِهَآۚ أُوْلَٰٓئِكَ كَٱلۡأَنۡعَٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّۚ أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡغَٰفِلُونَ

Dan sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah), mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang yang lalai.

(Surah Al-A’raf:179)

Kejahilan, ragu-ragu, penyelewengan dan lalai, semuanya mengarah manusia kepada kesesatan. Ubat bagi semua itu ialah mendidik hati dengan ilmu yang membawa kepada kebenaran.

Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda:

الكَيِّسُ مَن دان نفسَه وعمِل لما بعدَ المَوتِ

Orang yang pandai ialah orang yang memperbaiki dirinya dan beramal untuk hari sesudah matinya

(Riwayat at-Tirmizi)[1]

 

[1] Sunan at-Tirmizi, no.hadits : 2459

Rujukan:

1.    Jasiman, Lc., Syarah Rasmul Bayan Tarbiyah, Auliya Press Solo, Surakata, Indonesia, Cetakan pertama Julai 2005.

2.    Ummu Yasmin, Materi Tarbiyah: Panduan Kurikulum Bagi Da’i dan Murabbi, Media Insani, Tunggulsari, Solo, Cetakan kedua Januari 2005.

3.    Tim BIP,Materi Tarbiyah Edisi Lengkap: Syarah Rasmul Bayan, Solo, Cetakan pertama Januari 2006.

4.    Al-Quran dan terjemahan.

 

Print Friendly, PDF & Email

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button