PENDAKWAH DARI HUJUNG KOTA, MASUKLAH KE DALAM SYURGA

FIRMAN ALLAH SWT:

وَجَآءَ مِنۡ أَقۡصَا ٱلۡمَدِينَةِ رَجُلٞ يَسۡعَىٰ قَالَ يَٰقَوۡمِ ٱتَّبِعُواْ ٱلۡمُرۡسَلِينَ ٢٠ ٱتَّبِعُواْ مَن لَّا يَسۡ‍َٔلُكُمۡ أَجۡرٗا وَهُم مُّهۡتَدُونَ ٢١ وَمَا لِيَ لَآ أَعۡبُدُ ٱلَّذِي فَطَرَنِي وَإِلَيۡهِ تُرۡجَعُونَ ٢٢ ءَأَتَّخِذُ مِن دُونِهِۦٓ ءَالِهَةً إِن يُرِدۡنِ ٱلرَّحۡمَٰنُ بِضُرّٖ لَّا تُغۡنِ عَنِّي شَفَٰعَتُهُمۡ شَيۡ‍ٔٗا وَلَا يُنقِذُونِ ٢٣ إِنِّيٓ إِذٗا لَّفِي ضَلَٰلٖ مُّبِينٍ ٢٤ إِنِّيٓ ءَامَنتُ بِرَبِّكُمۡ فَٱسۡمَعُونِ ٢٥ قِيلَ ٱدۡخُلِ ٱلۡجَنَّةَۖ قَالَ يَٰلَيۡتَ قَوۡمِي يَعۡلَمُونَ ٢٦

20. Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung kota itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya: Wahai kaumku! ikutlah Rasul-rasul itu.
21. Ikutlah orang yang tidak meminta kepada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang yang mendapat hidayah petunjuk.
22. Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima agama mereka? Maka jawabnya): Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan aku dan yang kepada-Nyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan?
23. Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain daripada Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah Yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafa’at kepadaku dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku.
24. Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.
25. Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihatku).
26. (Setelah pendakwah hujung kota itu mati) lalu dikatakan kepadanya: Masuklah ke dalam syurga. Ia berkata: Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui.
[Surah Yasin: 20-26]

PENGAJARAN:

Daripada ayat ini, orang beriman perlu mengambil beberapa pengajaran.

1. Orang beriman perlu segera menyahut taklif Rabbani (tanggungjawab/tugas yang dituntut oleh Allah SWT). Tugas asasi bagi semua manusia ialah menyahut panggilan rasul secara amali iaitu beriman kepada Allah SWT (tanpa mensyrikkan-Nya) dan menyembah-Nya semata-mata.

2. Taklif Rabbani yang paling mulia ialah menjadi pendakwah (da’i), yakni mewarisi tugas rasul menyeru manusia untuk beriman kepada Allah SWT dan memperhambakan diri kepada-Nya

3. Justeru, orang beriman sewajarnya terus membuat persediaan atau merekrut diri untuk menjadi da’i yang kuat dan istiqamah. Rekrut diri ini perlu disegerakan tanpa tangguh-tangguh, tanpa perlu dipantau, tanpa mengharapkan pujian dan juga jauh daripada mengharapkan insentif seperti ganjaran, gelaran atau apa jua ganjaran berbentuk kebendaan.

Da’i dan murabbi (pendidik) memahami bahawa tanggungjawabnya digerakkan oleh hati yang beriman kepada Allah SWT.

Kata Syed Qutb:
Konsep segera ini adalah dorongan sebenar fitrah suci yang penuh dengan iman, yang mana seseorang itu tidak boleh bertangguh-tangguh lagi, lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan realiti serba menakutkan ini.

Dorongan Iman Yang Subur

Apabila iman subur dalam hati seseorang, maka dia akan cergas, sensitif dan tidak lagi mampu berdiam diri melihat keadaan mungkar yang berlawanan dengan syari’at Allah SWT.

Prof Muhd Qutb berkata:

Bertindak cepat itu lahir daripada makrifah yang hidup (yakni benar-benar menenali Allah SWT), subur dan penuh kecergasan.

Makrifah yang hidup ini berlawanan dengan sifat jumud (statik), dangkal dan tidak berperanan.

Ada perbezaan antara makrifah nazhariyah (teori yang hanya bermain di fikiran sahaja) dan makrifah hayyah (makrifah yang hidup dan subur lahir dari dalam lubuk hati yang beriman). Mereka yang mempunyai makrifah hayyah memahami tuntutan dakwah yang benar dan yakin akan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Balasan syurga adalah untuk da’i yang ikhlas dan benar makrifahnya terhadap Allah SWT. Kegembiraan memperolehi syurga dizahirkan oleh pendakwah hujung kota itu:

Firman Allah SWT:

قِيلَ ٱدۡخُلِ ٱلۡجَنَّةَۖ قَالَ يَٰلَيۡتَ قَوۡمِي يَعۡلَمُونَ
26. (Setelah pendakwah hujung kota itu mati) lalu dikatakan kepadanya: Masuklah ke dalam syurga. Ia berkata: Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui. [Surah Yasin: 26]

Oleh itu, jika da’i mempunyai hati yang hidup dan subur dengan iman, maka memadailah kepimpinannya memberi isyarat sahaja, maka beliau sudah dapat melaksanakan segala tugas dengan betul, ikhlas dan bersungguh-sungguh. Beliau tidak perlu menunggu ada hamba Allah SWT lain yang menggerakkannya. Bahkan da’i bertindak sendiri tanpa perlu arahan, tanpa perlu menunggu suruhan dan tanpa perlu dorongan dari luar (seperti insentif, pujian dan lain-lain). Bagi orang yang yakin dengan janji-janji Allah SWT, balasan duniawi bukanlah pendorongnya yang sebenar. Pendorong yang sebenarnya ialah yakin kepada janji-janji Allah SWT dan mardhatillah ketika melaksanakan kerja-kerja Islam.

Namun ini bukanlah bermakna kita tidak memberi hak kepada naluri dan keinginan kita. Perut yang lapar perlu dikenyangkan. Ia perlu diberi hak mengikut syarak. Bahkan semua itu dikira ibadah kepada Allah SWT. Islam telah menggariskan jalan-jalan beribadah kepada Allah SWT untuk MENGAKHIRATKAN DUNIA.

Hati perlulah sentiasa dipujuk, diasuh dan dididik selalu seperti apa yang berlaku kepada para sahabat Rasulullah SAW. Apabila seorang hamba itu takut kepada Allah SWT melebihi segala yang lain, maka beliau akan berkhidmat untuk Islam dengan ikhlas kerana Allah SWT.

Perlulah kita memaksa sedikit jiwa kita supaya tunduk dan ikut apa yang disukai Allah SWT dan RasulNya.

Hadith Nabi SAW:

قال رسول االله : لا یؤمن أحدآم حتى یكون هواه تبعا لما جئت به
Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehinggalah hawa nafsunya tunduk menurut apa yang aku bawa.

Sahabat-sahabat Rasulullah SAW, mereka dididik dengan iman dahulu sebelum datang taklif (tanggungjawab) daripada al-Qur’an.

Ada disebut (dalam riwayat), bahawasanya adalah termasuk daripada petunjuk sahabat dan juga sunnah Rasulullah SAW mengajarkan tauhid (iman) duhulu kepada anak-anak dahulu sebelum al-Quran, malah bukan sebaliknya (yakni mengajar al-Quran dulu sebelum tauhid):

قال جندب بن جنادة رضي الله عنه: كنا مع النبي صلى الله عليه وسلم ونحن فتيان حزاورة فتعلمنا الإيمان قبل أن نتعلم القرآن ثم تعلمنا القرآن فازددنا به إيمانا، وأنتم اليوم تعلمون القرآن قبل الإيمان. رواه ابن ماجه وصححه الألباني

Jundub bin Junadah –radhiyallahu ‘anhu– berkata, “Kami telah bersama Nabi –shallallahu ‘alaihi wa sallam- ketika kami masih sangat muda. Kami mempelajari iman sebelum belajar al-Quran, kemudian barulah kami mempelajari al-Quran hingga bertambahlah keimanan kami kerananya. (HR Ibn Majah dan disahihkan oleh al-Albani)

وعن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما قال: لقد عِشنا بُرهةً من دهرنا وإن أحدنا ليؤتى الإيمان قبل القرآن، وتنزل السورة على محمدٍ صلى الله عليه وسلم فنتعلم حلالها وحرامها، وما ينبغي أن يُوقفَ عنده مِنها، كما تتعلّمون أنتم اليوم القُرآن، ولقد رأيت اليوم رِجالاً يُؤتى أحدهم القرآن قبل الإيمان، فيقرأ ما بين فاتحتِهِ إلى خاتمته، ما يدري ما آمره ولا زاجره ولا ما ينبغي أن يُوقف عنده منه وينثُرُه نثر الدقَلِ. رواه البيهقي والحاكم وصححه

Dan daripada ‘Abdullah bin ‘Umar –radhiyallahu ‘anhuma– dia berkata, “Kami menjalani hidup dalam ketiak waktu yang masing-masing daripada kami diberi (pengajaran) iman sebelum (pengajaran) al-Quran. (Bilamana) surah al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad –shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka kami pun mempelajari perkara halal dan haramnya, juga apa yang seharusnya difahami daripada al-Quran sebagaimana halnya kamu mempelajari al-Quran di saat ini. (Akan tetapi) sesungguhya pada hari ini aku telah melihat orang yang diberikan kepadanya (pengajaran) al-Quran sebelum (pengajaran) iman, lantas dia membaca dari mula hingga penutup, tanpa mengetahui perintah dan larangan yang terkandung di dalamnya dan juga bagaimana seharusnya dia memahami hal itu. Dia (tidak ubah) seperti orang yang mencampak buang kurma yang buruk (tidak mengambil faedah daripada al-Qur’an). (HR. Al-Baihaqi dan al-Hakim; dan al-Hakim mensahihkannya.)

قال ابن القيم: فإذا كان وقت نطقهم فليُلقنوا لا إله إلا الله محمد رسول الله، وليكن أول ما يقرع مسامعَهم معرفة الله سبحانه وتوحيده وأنه سبحانه فوق عرشه ينظر إليهم ويسمع كلامهم وهو معهم أينما كانوا … تحفة المولود ص ٢٣١

Ibn al-Qayyim berkata: Apabila mereka (anak-anak) telah mencapai masa berbicara, hendaklah mereka dibimbing untuk mengucapkan La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah, dan jadikan hal pertama yang mengetuk telinga mereka adalah Makrifatullah Subhanahu wa ta’ala dan keesaan-Nya, juga bahawa Dia yang Maha Suci berada di atas ‘Arsy-Nya melihat mereka dan mendengar perkataan mereka, dan Dia bersama mereka di mana saja mereka berada ….–Tuhfah al-Maulud (231)

Rujukan utama:
Kuliah Ustaz Omar Haji Salleh (8/1/2019)
Suntingan: Abu Taqiy Hussein

Print Friendly, PDF & Email

About Abu Taqiy Hussein

Ketua Editor

Check Also

WhatsApp Image 2018-07-12 at 12.18.45 PM (1)

SENI DA’WAH RASULULLAH SAW (3): BAGAIMANA RASULULLAH SAW BERDA’WAH KEPADA ORANG DEWASA

BAGAIMANA RASULULLAH SAW BERDA’WAH KEPADA ORANG DEWASA عن أبي هريرة أن رسولَ اللهِ صلى الله عليه …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *