KOMPETENSI PENDA’WAH – PANDUAN PENGUCAPAN AWAM

Penyusun: Haji Mohd Ghani Salleh

KOMPETENSI ASAS PENDAKWAH

PADA asasnya kompetensi penda’wah, seperti yang dinyatakan oleh Dr. Abdul Karim Zaidan dalam bukunya Usul Da’wah, ialah:

  1. Ilmu Pengetahuan.
  2. Iman yang Kuat.
    Hasil daripada iman kuat ialah:

    – Cintakan Allah Subhanahuwata’ala.
    – Takutkan Allah Subhanahuwata’ala.
    – Mengharapkan Allah Subhanahuwata’ala.
    – Hubungan yang berterusan dengan Allah Subhanahuwata’ala.
  3. Akhlak
    Antara ciri-ciri akhlak ialah:

    – Benar
    – Sabar
    – Kasih Sayang
    – Rendah Diri (Tawadhu’)
    – Bergaul dan Beruzlah.

KOMPETENSI KHUSUS BAGI SEORANG PENDA’WAH IALAH:

  1. Pengucapan awam da’wah.
  2. Komunikasi da’wah.
  3. Penyediaan bahan penyampaian.
  4. Kemahiran diskusi.
  5. Teknik penulisan.

PENGUCAPAN AWAM DA’WAH

DEFINISI

Kemahiran menyampaikan ajaran Islam secara lisan dengan tujuan mewujudkan situasi Islami.

PELAKSANAAN PENGUCAPAN AWAM

PERSIAPAN

  1. Persiapan Mental
    – Da’wah adalah tanggungjawab mulia untuk penerusan risalah anbiya’.
    – Da’wah sangat penting dan diperlukan oleh masyarakat untuk hidup secara Islam.
    – Penda’wah hendaklah yakin perkara hendak disampaikan adalah al-haq.
    – Penda’wah paling berhak sampaikan Islam kerana syakhsiahnya tidak bercanggah dengan apa hendak disampaikan.
    – Penda’wah hendaklah yakin diri dan mampu untuk berda’wah, InsyaAllah.
  2. Memahami Latar Belakang Pendengar
    – Mengetahui keadaan pendengar.
    – Apabila penda’wah mengetahui latarbelakang pendengar maka beliau dapat tentukan perkara akan disampaikan.
    – Penda’wah boleh mendapat maklumat daripada penganjur atau kenalannya yang mengenali latarbelakang pendengar.
  3. Menentukan Masalah
    – Apabila penda’wah dapat menentukan masalah, maka beliau dapat memahami sasaran penyampaian.
    – Tentukan skop/tajuk penyampaian dengan mengambilkira masalah yang dikenalpasti.
  4. Menyediakan Bahan
    – Bahan diperolehi dari al-Quran, hadis, buku-buku fikrah dan, jika perlu, artikel dari surat khabar dan majalah.
  5. Menyusun Kandungan Ceramah
    Pendahuluan:
    — Kalimah hamdalah
    — Intisari kandungan ucapan.
    Isi Kandungan:
    — Isi kandungan ucapan

    — Dalil-dalil al-Quran dan hadis – ditulis atau dihafal.
    Penutup:
    — Kesimpulan bahan

    — Saranan untuk beramal
    — Permohonan maaf di atas kesilapan
    Catatan:
    – Penyediaan bahan perlu dicatatkan terutama di peringkat awal.
    – Biasa terjadi penda’wah terlupa walaupun ayat-ayat telah dihafal.
  6. Persiapan Fizikal
    – Tubuh badan segar dan bertenaga.
    – Pakaian sesuai, kemas dan menyenangkan.
  7. Analisis Pendengar:
    – Penda’wah mampu membaca realiti pendengar dengan sekilas pandang.
    – Jika bahan tidak sesuai dengan pendengar, maka serta merta ubahkan tema ucapan.
    – Perlu ada catatan khusus bahan ceramah, terutama di peringkat awal.

PELAKSANAAN UCAPAN

  1. Penampilan Mengesankan.
  2. Pakaian kemas, wajah ceria, pandangan mata yang ramah dan tutur kata yang baik.
  3. Pandangan pertama sangat mempengaruhi konsentrasi pendengar.
  4. Menguasai diri:
    – Kuasai diri supaya tidak gugup.
    – Memerhatikan seluruh sudut ruang.
    – Membetulkan posisi kedudukan.
    – Uji pembesar suara agar sesuai.
    – Jika sesuai tanya pendengar – adakah boleh dimulakan ?
  5. Jangan Menyimpang:
    – Kawal pengucapan supaya menfokus kepada skop tajuk yang telah ditentukan.
    – Pengagihan masa seimbang terhadap isi.
    – Respon penda’wah kepada pendengar tidak akan menjejaskan tumpuan terhadap tema.
  6. Gaya Original
    – Gaya tersendiri, jangan meniru gaya orang lain (untuk menjaga kewibawaan).
    – Gaya sekadar perlu dan tidak berlebihan.
    – Berikan tumpuan kepada isi ceramah.
  7. Bersikap Setaraf
    – Bagi pendengar senior dan intelektual – jangan terlalu seperti hendak mengajar.
    – Gunakan istilah kita bukan anda/kamu/engkau – istilah kita boleh diterima oleh semua kategori hadirin.
    – Contoh:
    — Kalimah kita – Sebagai muslim sebenar, kita seharusnya dapat membaca al-Quran dengan baik dan kita harus berusaha untuk rajin membacanya.
    — Kalimah mengajar – Sebagai muslim sebenarnya anda seharusnya dapat membaca al-Quran dengan baik dan anda harus berusaha untuk rajin membacanya.
  8. Mengatur Intonasi
    – Ceramah menarik dan nada suara turun naik serta tidak mendatar.
  9. Mengatur Tempo
    – Tidak terlalu cepat atau lambat.
    – Ada jarak masa antara isi – perhatikan nokhtah, koma dan sebagainya.
  10. Memberi Tekanan
    – Isi penting diberikan tekanan dengan cara mengulang-ulang.
    – Ia boleh dibantu dengan gerak tangan seperti jumlah jari sebagai isyarat bagi jumlah masalah yang dibincangkan.
    – Gaya badan berperanan untuk memperjelaskan, memudahkan kefahaman, meningkatkan daya tarik dan lebih komunikatif.
  11. Memelihara Kontak dengan Pendengar.
    – Biasanya ceramah lebih 30 minit akan melelahkan. Justeru itu memelihara kontak yang baik dengan pendengar akan mengelakkan kejemuan.
    – Contoh kontak: bertanya, memberi contoh-contoh berdata, humor yang segar dan relevan.

  12. Pengembangan Ucapan.

    Untuk menambah daya tarik ucapan: 
  • Memberi penjelasan, keterangan tambahan yang sederhana dan tidak terlalu detail.
    – Contohnya:

    — Sebagai muslim kita tahu bahawa taqwa itu ialah melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangannya dalam apa keadaan sekali pun. Tidak dikatakan bertaqwa jika kita melaksanakan perintahNya dan melaksanakan juga laranganNya….
    – Memberi contoh yang relevan supaya lebih jelas dan konkrit sesuatu konsep.
    – Contohnya:

    — Untuk menzahirkan taqwa kepada Allah, maka ketika Allah mengharamkan arak, para sahabat membuang minuman keras dari dalam rumah mereka ke jalan sehingga kota Madinah menjadi banjir dengan air arak.
    – Memberi analogi atau perbandingan antara dua perkara untuk menunjukkan persamaan atau perbezaan.
    – Contohnya:

    — Orang beriman itu bergetar hatinya apabila disebut nama Allah, kerana Allah sangat dicintainya, sama seperti yang orang kita cintai, jika disebut namanya dalam ucapan orang lain, maka kita akan memberi perhatian kepada ucapannya. Untuk membuktikan hati kita bergetar bila nama Allah disebut dalam azan, kita segera menunaikan solat.
  • Memberikan testimoni – kemukakan ayat, hadis, kata-kata mutiara, keterangan pakar, petikan buku, surat khabar, majalah atau bulletin. 
  • Statistik – kemukakan angka-angka menunjukkan sesuatu kes, seperti data kes rogol dikalangan juvana yang semakin meningkat.

13. Membuat Kesimpulan.
– Ringkasan terhadap keseluruhan isi ucapan.
– Kemukakan pesanan dan harapan daripada isi ceramah.
– Akhiri dengan mohon ma’af dan salam.

LANGKAH-LANGKAH SESUDAH UCAPAN 

  1. Turun dari podium dan berjalan dengan tenang ke tempat duduk. 
  2. Dapatkan maklumat feed back untuk tujuan eveluasi bukan mendapat pujian. 
  3. Muhasabah ceramah disampaikan seperti dengar semula rakaman.

KESIMPULAN

  1. Untuk kompeten dalam berceramah, perlulah banyak berlatih samada secara individu mahupun secara berkumpulan. 
  2. Untuk mudah berucap mesti memiliki banyak perbendaharaan kata-kata – banyak membaca dan mendengar ceramah.
  3. Keraplah berdamping dan berdoa kepada Allah SWT. Ini kerana kesan positif daripada pengucapan awam adalah bergantung kepada hidayah dan taufik daripada Allah SWT. Allah SWT lah yang menguasai dan membolak-balikkan hati manusia.

 

Print Friendly, PDF & Email

About Abu Taqiy Hussein

Ketua Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *