Home / Jalan Dakwah & Tarbiah / Fiqh Harakah / Kewajipan Para Da’i Untuk Melancarkan Perjalanan Gerakan Organisasi
WhatsApp Image 2018-05-21 at 3.46.37 PM

Kewajipan Para Da’i Untuk Melancarkan Perjalanan Gerakan Organisasi

Wajiblah atas para da’i agar:

1. Bersifat teguh pendirian, patuh dan taat kepada Allah Subhanahuwata’ala

وَمَن يَعۡصِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ فَقَدۡ ضَلَّ ضَلَٰلٗا مُّبِينٗا ٣

dan barang siapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya, maka dia telah sesat, sesat yang jauh.

(Surah al-Ahzab : 36)

2. Bersatu dalam satu barisan jama’ah untuk memelihara  diri bagi menghadapi tipu helah dan perencanaan musuh.

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda maksudnya:

Allah Subhanahuwata’ala tidak akan menghimpunkan umatmu (atau beliau bersabda: umat Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam) atas kesesatan. Pertolongan Allah (Yad Allah) berada bersama-sama jama’ah, dan siapa yang menyendiri maka ia menyendiri ke neraka.[1]

3. Bersifat sabar dalam meneruskan perjalanan dan menjauhi sifat berputus asa kerana orang yang beriman (para da’i) yang sebenarnya tidak akan berputus asa daripada pertolongan dan rahmat Allah Subhanahuwata’ala.[2]

لَا تَقۡنَطُواْ مِن رَّحۡمَةِ ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِيعًاۚ

janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya

(Surah al-Zumar : 53)

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam telah berpesan dengan sabdanya yang bermaksud:

Tidak ada pemberian Allah kepada seorang hamba, lebih baik dan lebih luas daripada sabar.[3]

Jalan hidup para da’i ialah pengembaraan menuju Allah dan jalan untuk mencapai kemenangan menghadapi musuh Allah Subhanahuwata’ala. Jalan yang penuh kesukaran ini tidak mungkin mampu diharungi tanpa adanya kesabaran. Tidak ada anugerah Allah yang paling besar sesudah anugerah iman kecuali sabar.

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

Wahai orang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetapkanlah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah  supaya kamu beruntung.

(Surah Ali-Imran : 200)

4. Menghilangkan sifat mementingkan diri sendiri dan sedia berkorban untuk kepentingan masa depan Islam. Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam pernah mengingatkan, maksudnya:

Sama sekali tidak berhimpun debu (Jihad) di jalan Allah dan asap (neraka) jahannam dalam perut seorang hamba, serta sekali-kali tidak akan berhimpun sifat kikir (al-Syukh) dan iman di dalam hati seorang hamba. [4]

Firman Allah Subhanahuawataala:

وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفۡسِهِۦ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ ٩

Dan sesiapa yang dipelihara daripada kekikiran dirinya, mereka itulah orang yang beruntung.

(Surah al-Hasyr : 9)

5. Bersifat tinggi cita-cita, cekal hati dan mengikatkan masa depannya dengan Islam.

وَلَا تَهِنُواْ فِي ٱبۡتِغَآءِ ٱلۡقَوۡمِۖ إِن تَكُونُواْ تَأۡلَمُونَ فَإِنَّهُمۡ يَأۡلَمُونَ كَمَا تَأۡلَمُونَۖ وَتَرۡجُونَ مِنَ ٱللَّهِ مَا لَا يَرۡجُونَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا ١٠٤

Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar musuh mu, kerana jika kamu menderita sakit, maka sesungguhnya mereka pun menderita sakit, seperti kamu menderitanya, sedangkan kamu mengharap daripada Allah apa yang tidak mereka harapkan. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

(Surah al-Nisa’ : 104)

6. Melatih dan membiasakan diri supaya terus berusaha dan terikat (iltizam dan intizam) dengan siasah dan polisi gerakan organisasi Islam. Saidina ‘Umar bin al-Khattab pernah berkhutbah di al-Habiyah antara lain katanya:

Hendaklah kamu berada di dalam jama’ah dan berjaga-jagalah jangan berpecah, sesungguhnya syaitan itu bersama orang yang berseorangan dan jauh daripada orang yang berdua. Sesiapa yang inginkan taman (buhbuhah) syurga maka hendaklah ia sentiasa bersama jama’ah[5]


[1] Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi, Bahr al-Mazi Syarah Baqi Muhtasar Sahih al-Turmuzi, juz. 15, h. 21, 22 dan 23

 

[2] Syit Khattab, Mahmud, Baina al-Aqidah wa al-Qiyadah, cetakan pertama, (Beirut, Dar al-Fikr, 1392H), h. 112

 

[3][3] Lihat al-Munziri, al-Targhib Wa al-Tarhib Min Hadith al-Syarif, h. 513

 

[4] Lihat Ibnu Kathir, Tafsir Ibnu Kathir, j. 4, h. 339

 

[5] Muhammad Idris Abd Rauf al-Marbawi, Bahr al-Mazi Syarah Baqi Muhtasar Sahih al-Turmuzi, juz. 15, h. 20

 

Print Friendly, PDF & Email

Check Also

WhatsApp Image 2017-11-19 at 7.07.12 AM

Ciri-Ciri Keistimewaan Bergerak Secara Organisasi (Ciri 5)

CIRI 5: BERANSUR-ANSUR DAN BERPERINGKAT DI DALAM GERAKAN (AL-TADARRUJ FI AL-KHATAWAT) Oleh kerana perjalanan terlalu …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *