Dari Abu Musa r.a katanya, “Aku datang menemui Nabi bersama-sama dua orang laki2 anak pamanku. Yang seorang berkata, ‘Ya Rasulullah! Angkatlah aku jadi Amir (pembesar) di salah satu daerah yg telah dikuasakan Allah kpd anda.’ Dan yg seorang lagi berkata pula seperti itu.’
‘Jawab Rasulullah saw, “Demi Allah! Aku tidak akan mengangkat seseorang utk memangku suatu jawatan, orang yg meminta- minta supaya ia diangkat, bahkan tidak pula orang yg mengharap2 untuk itu.’
( HR Muslim)
1792
Pedoman
1. Sesuatu jawatan itu adalah amanah dan tanggungjawab yg wajib dilaksakan dengan ikhlas kerana Allah SWT,
2. Gunakanlah jawatan yang diamanahkan sebagai jalan untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT samada di dunia atau akhirat.
#mutiarahadith