Penyusun: Haji Mohd Ghani Salleh
Pendahuluan
(1) Menulis ialah menyatakan isi hati dan buah fikiran melalui tulisan.
(2) Setiap orang yang boleh bercakap, boleh membaca dan mempunyai perbendaharaan kata berpotensi menjadi penulis.
(3) Da’wah lebih berkesan apabila ada gabungan lisan dan tulisan seperti yang dilakukan oleh tokoh-tokoh dakwah, misalnya Hasan Al-Banna dan Yusuf Al-Qardhawi.
Proses Menulis
(1) Menentukan Masalah
Ini diperolehi melalui mendengar, membaca, berbincang, bertanya, menjawab soalan atau menanggapi permasalahan sesebuah organisasi.
(2) Menetapkan Tema
Membatasi masalah yang luas dengan tema-tema tertentu, seperti kepentingan taqwa, cara-cara mencapai taqwa dan keuntungan taqwa.
(3) Merumuskan Idea Pokok
Menentukan sistem penulisan dengan kerangka penulisan atau ‘out line’ yang menjadi panduan dalam mengembangkan penulisan dan memudahkan ketika terputus dalam menulis sesuatu, kerana memberi tumpuan kepada urusan lain.
(4) Mengumpulkan Bahan
- Bahan-bahan terdiri daripada ayat al-Qur’an, hadith, buku, surat khabar, majalah, hasil pemerhatian, wawancara, soal selidik dan seumpamanya.
- Membuat analisis dan memasukkan bahannya ke dalam kerangka penulisan sebagaimana diperlukan.
- Penggunaan alat-alat semasa seperti komputer, penulisan menjadi lebih mudah.
(5) Menetapkan Tajuk Tulisan
Tajuk yang baik ialah tajuk yang pendek tetapi mencakupi isi, mengandungi kata kunci, konsisten dengan isi penulisan, menimbulkan rasa ingin tahu pembaca dan tidak terlalu umum.
(6) Pembuka Yang Baik
- Menarik, enak dibaca, menimbulkan rasa ingin tahu sehingga para pembaca ingin membaca isinya dan mudah difahami.
- Boleh dimulakan dengan pertanyaan, kes-kes aktual, kutipan pendapat, kalimah-kalimah penegasan, kisah, sejarah dan sebagainya.
- Contohnya: Kejayaan dan kemuliaan yang dicapai seseorang, individu, keluarga, masyarakat atau bangsa tidak menghalang kemungkinan akan mengalami kehancuran. Kehancuran akan berlaku apabila manusia tidak patuh kepada peraturan Allah SWT dan Rasul-Nya. Kehancuran mesti dicegah dengan menuruti peraturan Allah SWT dan Rasul-Nya.
(7) Menggunakan Perkataan Yang Mudah
Jika menggunakan istilah asing, berikan terjemahannya seperti terjemahan yang diletakkan dalam kurungan.
(8) Catatan Nota Kaki
- Nota kaki dibuat bagi petikan daripada sumber lain.
- Petikan secara terus daripada teks, dimasukkan ke dalam kurungan “…….”
- Menyatakan senarai sumber rujukan – nama pengarang, tajuk, penerbit, nama bandar, tahun terbit, cetakan dan nombor jilid.
(9) Membuat Kesimpulan
Akhiri penulisan dengan penegasan mesej yang disampaikan supaya difahami oleh pembaca.
(10) Mengulang Baca
- Mengulang baca hasil penulisan adalah untuk tujuan pembetulan.
- Lebih baik jika ada orang lain membaca dan menilainya.
(11) Memperanyakkan Latihan
Untuk mencapai tahap kompeten dalam penulisan, ia memerlukan banyak latihan yang berulang kali agar lebih berkemahiran dalam menggunakan istilah dan membuat ayat.