Berikut dikemukakan beberapa definisi Islam.
Definisi pertama
Definisi pertama berdasarkan sebuah hadits. Diceritakan bahawa pada suatu hari malaikat Jibril yang merupa seorang arab badwi telah menemui Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, di hadapan sahabat-sahabat baginda. Salah satu pertanyaan malaikat kepada baginda ialah mengenai apakah itu Islam:
:يا محمد أخبرني عن الاسلام فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم
الاسلام أن تشهد أن لااله الاالله وأن محمدا رسول الله وتقيم الصلاة وتؤ تي الزكاة وتصوم ومضان وتحج البيت ان استطعت اليه سبيلا
Wahai Muhammad, khabarkanlah kepadaku tentang Islam? Berkata Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam: Engkau mengakui bahawa tiada ilah melainkan Allah dan bahawa Muhammad Rasulullah, mendirikan solah, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah jika berkuasa.
(Riwayat Muslim)[1]
Definisi kedua
Islam bererti tunduk, menyerah dan mentaati Allah Subhanahuwata’ala, Rabbul’alamin. Ketundukan itu mestilah lahir dari kesedaran dan kerelaan bukan paksaan. Tunduk kerana terpaksa adalah sifat semulajadi bagi setiap makhluk Allah. Tunduk seperti ini tidak mengakibatkan timbulnya pahala atau siksa. Allah Subhanahuwata’ala berfirman:
أَفَغَيۡرَ دِينِ ٱللَّهِ يَبۡغُونَ وَلَهُۥٓ أَسۡلَمَ مَن فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ طَوۡعٗا وَكَرۡهٗا وَإِلَيۡهِ يُرۡجَعُونَ
Maka apakah mereka mencari agama (din) yang lain daripada din Allah, padahal kepada-Nya-lah menyerahkan diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka mahupun terpaksa dan hanya kepada Allah-lah mereka dikembalikan
(Surah Ali-Imran: 83)
Kesemua makhluk tunduk di bawah ketentuan Allah, baik dari segi kejadian, kekekalan mahupun kefanaannya. Dalam aspek ini manusia sama dengan makhluk-makhluk yang lain.
Adapun tunduk dengan kesedaran adalah hakikat Islam. Ketundukan seperti ini akan mengakibatkan pahala dan dosa. Sebagai bukti seseorang itu tunduk kepada Allah ialah menerima din-Nya dengan penuh kesederan.
Islam dalam pengertian ini merupakan satu-satunya din yang Allah redhai. Din yang diwahyukan kepada Rasul-Nya untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia. Allah Subhanahuwata’ala berfirman:
إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلۡإِسۡلَٰمُۗ ٓ
Sesungguhnya din (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.
(Surah Ali-Imran : 19)
وَمَن يَبۡتَغِ غَيۡرَ ٱلۡإِسۡلَٰمِ دِينٗا فَلَن يُقۡبَلَ مِنۡهُ وَهُوَ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَٰسِرِينَ
Barangsiapa mencari agama selain din Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang yang rugi.
(Surah Ali-Imran : 85)
۞وَمَن يُسۡلِمۡ وَجۡهَهُۥٓ إِلَى ٱللَّهِ وَهُوَ مُحۡسِنٞ فَقَدِ ٱسۡتَمۡسَكَ بِٱلۡعُرۡوَةِ ٱلۡوُثۡقَىٰۗ وَإِلَى ٱللَّهِ عَٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ
Dan barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang kukuh dan hanya kepada Allah-lah kesudahan segala urusan.
(Surah Luqman : 22)
وَوَصَّىٰ بِهَآ إِبۡرَٰهِۧمُ بَنِيهِ وَيَعۡقُوبُ يَٰبَنِيَّ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصۡطَفَىٰ لَكُمُ ٱلدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ ١٣٢ أَمۡ كُنتُمۡ شُهَدَآءَ إِذۡ حَضَرَ يَعۡقُوبَ ٱلۡمَوۡتُ إِذۡ قَالَ لِبَنِيهِ مَا تَعۡبُدُونَ مِنۢ بَعۡدِيۖ قَالُواْ نَعۡبُدُ إِلَٰهَكَ وَإِلَٰهَ ءَابَآئِكَ إِبۡرَٰهِۧمَ وَإِسۡمَٰعِيلَ وَإِسۡحَٰقَ إِلَٰهٗا وَٰحِدٗا وَنَحۡنُ لَهُۥ مُسۡلِمُونَ
Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya’qub. (Ibrahim berkata): “Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih din ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk din Islam. Adakah kamu hadir ketika Ya’qub kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: “Apa yang kamu sembah sepeninggalku?” Mereka menjawab: “Kami akan menyembah Ilahmu dan Ilah nenek moyangmu, Ibrahim, Ismail dan Ishaq, (yaitu) Ilah yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya”.
(Surah Al-Baqarah : 132-133)
Kalimah Islam dikhususkan untuk menamakan din yang diturunkan oleh Allah Subhanahuwata’ala kepada nabi Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam, yang bererti ketundukan dan ketaatan sepenuhnya kepada Allah.
Oleh itu nyatalah bahawa ketundukan manusia kepada Allah bukanlah kerana terpaksa.
Islam, dalam erti yang lebih khusus diterangkan di dalam firman Allah:
ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ نِعۡمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَٰمَ دِينٗاۚ
Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu din kamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu menjadi din bagimu.
(Surah Al-Maidah : 3)
Dapatlah dikatakan bahawa definisi Islam yang sesuai dengan pengertian di atas ialah: Islam adalah tunduk dan patuh dengan penuh kesedaran kepada Allah. Bukti kesedaran itu ialah dengan mematuhi peraturan-peraturan Allah yang diwahyukan-Nya kepada Rasul-Nya. Manakala Rasul-Nya telah diperintahkan agar menyampaikan ajaran Islam kepada umat manusia.
Definisi ketiga
Islam adalah way of life atau peraturan hidup bersifat menyeluruh yang mengatur kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak mulia, yang dibawa oleh Nabi Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam untuk disampaikan kepada manusia. Sesiapa yang mentaatinya akan diberi pahala dan sesiapa yang mengingkarinya akan dikenakan siksa. Allah Subhanahuwata’ala berfirman:
وَمَن يَبۡتَغِ غَيۡرَ ٱلۡإِسۡلَٰمِ دِينٗا فَلَن يُقۡبَلَ مِنۡهُ وَهُوَ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَٰسِرِينَ
Barangsiapa mencari agama selain din Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang yang rugi.
(Surah Ali-Imran : 85)
Agama yang dimaksudkan di sini ialah din Islam, sepertimana yang telah kami terangkan di atas, iaitu din Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam.
Definisi keempat
Islam ialah kumpulan peraturan yang diturunkan oleh Allah kepada Rasul-Nya. Iaitu peraturan-peraturan yang berbentuk kepercayaan, ahklak, ibadah, muamalat dan sejarah yang terkandung didalam al-Quran dan as-Sunnah serta diperintahkan untuk disampaikan kepada umat manusia.
Allah berfirman:
۞يَٰٓأَيُّهَا ٱلرَّسُولُ بَلِّغۡ مَآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ مِن رَّبِّكَۖ وَإِن لَّمۡ تَفۡعَلۡ فَمَا بَلَّغۡتَ رِسَالَتَهُۥۚ وَٱللَّهُ يَعۡصِمُكَ مِنَ ٱلنَّاسِۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡكَٰفِرِينَ
Wahai rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu daripada Rabmu dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, bererti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah memelihara kamu daripada (gangguan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang kafir
(Surah Al-Maidah : 67)
Allah telah menurunkan al-Quran dan as-Sunnah kepada Rasul-Nya. Di dalam al-Quran dan as-Sunnah terkandung peraturan-peraturan. Itulah Islam.
Definisi kelima
Islam merupakan jawapan yang benar terhadap tiga persoalan yang selalu dihadapi oleh manusia semenjak dahulu hingga kini. Tiga persoalan itu selalu mempengaruhi pemikiran manusia dalam hidupnya atau timbul ketika menghantar si mati ke tanah perkuburan atau apabila melihat tanah perkuburan. Persoalan-persoalan itu ialah:
- Dari manakah manusia datang?
- Apakah tujuan kehidupan manusia?
- Ke manakah akhirnya kesudahan manusia?
Jawapan yang tepat daripada tiga persoalan di atas telah dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, samada secara umum ataupun secara terperinci, di dalam ajaran Islam.
Pertanyaan pertama dijawab oleh Allah di dalam firman-Nya:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِن كُنتُمۡ فِي رَيۡبٖ مِّنَ ٱلۡبَعۡثِ فَإِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن تُرَابٖ ثُمَّ مِن نُّطۡفَةٖ ثُمَّ مِنۡ عَلَقَةٖ ثُمَّ مِن مُّضۡغَةٖ مُّخَلَّقَةٖ وَغَيۡرِ مُخَلَّقَةٖ لِّنُبَيِّنَ لَكُمۡۚ وَنُقِرُّ فِي ٱلۡأَرۡحَامِ مَا نَشَآءُ إِلَىٰٓ أَجَلٖ مُّسَمّٗى ثُمَّ نُخۡرِجُكُمۡ طِفۡلٗا ثُمَّ لِتَبۡلُغُوٓاْ أَشُدَّكُمۡۖ وَمِنكُم مَّن يُتَوَفَّىٰ وَمِنكُم مَّن يُرَدُّ إِلَىٰٓ أَرۡذَلِ ٱلۡعُمُرِ لِكَيۡلَا يَعۡلَمَ مِنۢ بَعۡدِ عِلۡمٖ شَيۡٔٗاۚ وَتَرَى ٱلۡأَرۡضَ هَامِدَةٗ فَإِذَآ أَنزَلۡنَا عَلَيۡهَا ٱلۡمَآءَ ٱهۡتَزَّتۡ وَرَبَتۡ وَأَنۢبَتَتۡ مِن كُلِّ زَوۡجِۢ بَهِيجٖ
Wahai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu daripada tanah, kemudian daripada setitis mani, kemudian daripada segumpal darah, kemudian daripada segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan. Kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatu pun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah.
(Surah Al-Hajj : 5)
وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَٰنَ مِن سُلَٰلَةٖ مِّن طِينٖ ١٢ ثُمَّ جَعَلۡنَٰهُ نُطۡفَةٗ فِي قَرَارٖ مَّكِينٖ ١٣ ثُمَّ خَلَقۡنَا ٱلنُّطۡفَةَ عَلَقَةٗ فَخَلَقۡنَا ٱلۡعَلَقَةَ مُضۡغَةٗ فَخَلَقۡنَا ٱلۡمُضۡغَةَ عِظَٰمٗا فَكَسَوۡنَا ٱلۡعِظَٰمَ لَحۡمٗا ثُمَّ أَنشَأۡنَٰهُ خَلۡقًا ءَاخَرَۚ فَتَبَارَكَ ٱللَّهُ أَحۡسَنُ ٱلۡخَٰلِقِينَ ١٤
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada suatu saripati (berasal) daripada tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta yang paling baik
(Surah Al-Mu’minun : 12-14)
ٱلَّذِيٓ أَحۡسَنَ كُلَّ شَيۡءٍ خَلَقَهُۥۖ وَبَدَأَ خَلۡقَ ٱلۡإِنسَٰنِ مِن طِينٖ ٧ ثُمَّ جَعَلَ نَسۡلَهُۥ مِن سُلَٰلَةٖ مِّن مَّآءٖ مَّهِينٖ ٨ ثُمَّ سَوَّىٰهُ وَنَفَخَ فِيهِ مِن رُّوحِهِۦۖ وَجَعَلَ لَكُمُ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡأَبۡصَٰرَ وَٱلۡأَفِۡٔدَةَۚ قَلِيلٗا مَّا تَشۡكُرُونَ ٩
Yang membuat segala sesuatu, yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai penciptaan manusia daripada tanah. Kemudian Dia menjadikan keturunannya daripada saripati air yang hina. Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur
(Surah As-Sajadah : 7-9)
هَلۡ أَتَىٰ عَلَى ٱلۡإِنسَٰنِ حِينٞ مِّنَ ٱلدَّهۡرِ لَمۡ يَكُن شَيۡٔٗا مَّذۡكُورًا ١ إِنَّا خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَٰنَ مِن نُّطۡفَةٍ أَمۡشَاجٖ نَّبۡتَلِيهِ فَجَعَلۡنَٰهُ سَمِيعَۢا بَصِيرًا ٢
Bukankah telah datang atas manusia satu waktu dari masa, sedang dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut?. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis mani yang bercampur, yang kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.
(Surah Al-Insan : 1-2)
فَلۡيَنظُرِ ٱلۡإِنسَٰنُ مِمَّ خُلِقَ ٥ خُلِقَ مِن مَّآءٖ دَافِقٖ ٦ يَخۡرُجُ مِنۢ بَيۡنِ ٱلصُّلۡبِ وَٱلتَّرَآئِبِ
Maka hendaklah manusia memperhatikan daripada apakah dia diciptakan? Dia diciptakan daripada air yang dipancarkan. Yang keluar daripada antara tulang sulbi laki-laki dan tulang dada perempuan.
(Surah At-Thariq : 5-7)
Dalam ayat-ayat di atas telah dijelaskan bahawa dahulu manusia tidak wujud, kemudian Allah menciptakan manusia daripada tanah dan keturunannya daripada air mani yang hina. Manusia yang pertama diciptakan daripada tanah ialah Adam Alaihissalam. Daripada Adam Alaihissalam dikembang-biakkan sekelian manusia.
Pertanyaan kedua dijawab oleh Allah dalam firman-Nya:
وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah (menyembah) kepada-Ku.
(Surah Adz-Zariyat : 56)
Ibadah (seperti yang dinyatakan dalam ayat atas), mengandungi erti mengenali Allah Subhanahuwata’ala serta tunduk dan patuh kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan-Nya untuk manusia. Ini bertujuan agar manusia mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Oleh itu manusia diciptakan untuk beribadah dalam erti kata yang luas.
Pertanyaan ketiga dijawab oleh Allah di dalam firman-Nya:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡإِنسَٰنُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَىٰ رَبِّكَ كَدۡحٗا فَمُلَٰقِيهِ
Wahai manusia, sesungguhnnya kamu telah bekerja dengan sungguh–sungguh menuju Rabmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya.
(Surah Al-Insyiqaq : 6)
ٱللَّهُ يَبۡدَؤُاْ ٱلۡخَلۡقَ ثُمَّ يُعِيدُهُۥ ثُمَّ إِلَيۡهِ تُرۡجَعُونَ
Allah menciptakan (manusia) daripada permulaan, kemudian mengembalikan (menghidupkan)nya kembali, kemudian kepada-Nyalah kamu dikembalikan.
(Surah Ar-Rum : 11)
ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّكُم مَّرۡجِعُكُمۡ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَۚ
Kemudian kepada Rabmulah kembalimu, lalu Dia memberitakan kepadamu apa-apa yang telah kamu kerjakan.
(Surah Az-Zumar : 7)
وَأَنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلۡمُنتَهَىٰ
Dan bahawasanya kepada Rabmu-lah kesudahan (segala sesuatu)
(Surah An-Najm : 42)
إِنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلرُّجۡعَىٰٓ
Sesungguhnya kepada Rabmu-lah kembalimu.
(Surah Al-Alaq : 8)
Ayat-ayat di atas menerangkan bahawa kesudahan manusia sesudah mati ialah kembali kepada Penciptanya untuk dinilai segala amalannya semasa hidup di dunia. Kemudian manusia akan dimasukkan ke tempat yang sesuai dengan ganjaran yang diterimanya. Jika beliau melakukan amalan soleh iaitu beribadah, maka dengan rahmat Allah, beliau akan ditempatkan bersama mereka yang mendapat ganjaran syurga. Tetapi, jika beliau melakukan amalan kejahatan, maka beliau akan ditempatkan ke dalam neraka.
Definisi keenam
Islam adalah petunjuk sebenar dalam kehidupan dan penawar bagi mengatasi segala kerosakan pada masyarakat, sekiranya mahu mengikuti ajarannya. Allah Subhanahuwata’ala berfirman:
وَكَذَٰلِكَ أَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡكَ رُوحٗا مِّنۡ أَمۡرِنَاۚ مَا كُنتَ تَدۡرِي مَا ٱلۡكِتَٰبُ وَلَا ٱلۡإِيمَٰنُ وَلَٰكِن جَعَلۡنَٰهُ نُورٗا نَّهۡدِي بِهِۦ مَن نَّشَآءُ مِنۡ عِبَادِنَاۚ وَإِنَّكَ لَتَهۡدِيٓ إِلَىٰ صِرَٰطٖ مُّسۡتَقِيمٖ ٥٢ صِرَٰطِ ٱللَّهِ ٱلَّذِي لَهُۥ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۗ أَلَآ إِلَى ٱللَّهِ تَصِيرُ ٱلۡأُمُورُ ٥٣
Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al-Quran) dengan perintah Kami, sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al-Kitab (Al-Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al-Quran itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus. (Iaitu) jalan Allah yang kepunyaan-Nya segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Ingatlah, bahawa kepada Allah-lah kembali semua urusan.
(Surah Asy-Syura : 52-53)
وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلۡقُرۡءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٞ وَرَحۡمَةٞ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ
Dan kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman.
(Surah Al-Isra’: 82)
قُلۡ هُوَ لِلَّذِينَ ءَامَنُواْ هُدٗى وَشِفَآءٞۚ
Katakanlah! Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang yang beriman.
(Surah Fushilat : 44)
Definisi-definisi lain
Definisi-definisi yang telah dikemukakan di atas hanya merupakan contoh sahaja. Kemungkinan dapat ditambah lagi dengan beberapa buah definisi lain, jika definisi itu bersesuaian dengan pengertian Islam dan sifat-sifatnya.
Islam juga boleh didefinisikan sebagai din fitrah, berdasarkan firman Allah Subhanahuwata’ala:
فَأَقِمۡ وَجۡهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفٗاۚ فِطۡرَتَ ٱللَّهِ ٱلَّتِي فَطَرَ ٱلنَّاسَ عَلَيۡهَاۚ لَا تَبۡدِيلَ لِخَلۡقِ ٱللَّهِۚ ذَٰلِكَ ٱلدِّينُ ٱلۡقَيِّمُ وَلَٰكِنَّ أَكۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ
Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada din (Allah), tetaplah di atas fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu, tidak ada perubahan pada fitrah Allah, (itulah) agama (din) yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui
(Surah Ar-Rum : 30)
Islam juga boleh didefinisikan sebagai din tauhid daripada Allah Subhanahuwata’ala.
Islam mengandungi pelbagai sifat atau ciri-ciri sempurna yang lain seperti ilmu pengetahuan dan persamaan hak. Oleh itu Islam boleh didefinisikan dengan merujuk kepada sifat-sifatnya yang pelbagai rupa.
Definisi-definisi ini tidak bertentangan
Jika diperhatikan kepada definisi-definisi dikemukakan di atas, akan didapati bahawa semuanya tidak bertentangan. Ini kerana pengertian dalam sesebuah definisi adalah bersesuaian dengan pengertian dalam definisi yang lain. Meskipun terdapat perbezaan-perbezaan kalimah, namun ertinya adalah sama. Perbezaan dalam gaya penulisan atau bahasa dalam mengungkapkan pengertian Islam tidak akan membawa perubahan isinya yang sebenar.
Faedah dengan adanya beberapa definisi
Tujuan dikemukakan beberapa definisi Islam ialah supaya penda’wah dapat memilih salah satu definisi yang sesuai dengan keadaan masyarakat yang menerima da’wahnya. Definisi yang diketengahkan mengambil kira taraf pemikiran, permasalahan dan hajat penerima da’wah.
Kepada orang yang mempelajari dan mendalami falsafah, maka boleh dikemukakan definisi kelima sebagai jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan mereka (iaitu Islam menjawab tiga persoalan – permasalahan asal kejadian manusia, tujuannya dan kesudahannya).
Kepada orang yang terlibat dalam bidang hukum atau kemasyarakatan, maka boleh dikemukakan definisi yang ketiga.
Kepada orang yang bukan Islam, maka boleh dikemukakan definisi yang pertama, iaitu Islam bermakna mengakui tiada Ilah selain Allah dan Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah.
Rujukan:
Dasar-dasar Ilmu Da’wah (Terjemahan kitab Usul Da’wah) oleh: Doktor Abdul Karim Zaidan.
[1] Sahih Muslim, no.hadits : 8