بَدَأَ الإِسْلاَمُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاء
“Islam muncul dalam keadaan asing dan akan kembali asing sebagaimana munculnya. Karena itu, beruntunglah orang-orang yang ‘asing’.”
(HR Muslim : 145)
Pedoman
1. Ketika Rasulullah SAW membawa Islam ke kota Mekah, Islam begitu asing kerana aqidah dan sistem hidup yang baginda bawa akan mengubah cara hidup jahiliah yang diamalkan;
2. Masa berlalu.. hasil jihad pendakwah-pendakwah, Islam begitu kuat sehingga hampir menguasai pentadbiran dunia;
3. Kemudian sebahagian manusia mula meninggalkan Islam dgn berkiblatkan cara hidup ciptaan manusia yg bertuhankan hawa nafsu dan kebendaan. Islam kembali asing/dagang di dalam kehidupan manusia.
4. Kecuali segelintir dari manusia yg Allah pilih utk berjuang bagi mengembalikan semula sistem dan peraturan Islam kembali seperti di zaman kegemilangannya.