Mutiara Al QuranPoster Mutiara

Nabi Isa a.s bukan nabi terakhir yang diutus oleh Allah swt

 

وَإِذْ قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُم مُّصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ التَّوْرَاةِ وَمُبَشِّرًا بِرَسُولٍ يَأْتِي مِن بَعْدِي اسْمُهُ أَحْمَدُ فَلَمَّا جَاءَهُم بِالْبَيِّنَاتِ قَالُوا هَٰذَا سِحْرٌ مُّبِينٌ

Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku – bernama: Ahmad”. Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: “Ini ialah sihir yang jelas nyata!”

As- Saff : 6

Pedoman

1. Nabi Isa beritahu kaumnya akan ada Rasul diutuskan selepas beliau bernama Ahmad (Muhammad saw)

2. Ayat ini salah satu dalil mengesahkan Nabi Isa bukan nabi terakhir sepertimana yg dipegang oleh orang kristian.

Print Friendly, PDF & Email

Afiq Nashiron

Pengurus Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button