Video

Syarah Usul ‘Isyrin (Hasan Al-Banna): Usul Ke 13

Syarah Usul Ke-13

Keramat boleh berlaku pada Wali-wali Allah, namun mereka tidak boleh memberi manfaat atau mudharat kepada diri mereka, apatah lagi kepada orang lain.

وَزِيَارَةُ اْلقُبُوْرِ أَيًّا كَانَتْ سُنَّةٌ مَشْرُوْعَةٌ بِالْكَيْفِيَّةِ اْلمَأْثُوْرَةِ ٬ وَلَكِنَّ الاِسْتِعَاْنَةَ بِالْمَقْبُوْرِيْنَ أَيًّا كَانُوْا وَنِدَاؤُهُمْ لِذَلِكَ وَطَلَبُ قَضَاءِ الْحَاجَاتِ مِنْهُمْ عَنْ قُرْبٍ أَوْ بُعْدٍ وَالنَّذَرُ لَهُمْ وَتَشْيِيْدُ القُبُوْرِ وَسَتْرُهَا وَإِضَاءَتُهَا وَالتَّمَسُّحُ بِهَا وَاْلحَلَفُ بِغَيْرِ اللهِ وَمَا يُلْحَقُ بِذَلِكَ مِنَ اْلمُبْتَدِعَاتِ كَبَائِرُ تَجِبُ مُحَارَبَتُهَا ٬ وَلاَ نَتَأَوَّلُ لِهَذِهِ الأَعْمَالِ سَدًّا لِلذَّرِيْعَةِ

Mencintai orang yang saleh, menghormati dan memberi pujian terhadap amalan-amalan baik yang mereka lakukan adalah jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Wali-wali Allah ialah mereka yang disebut oleh Allah di dalam Al-Qur’an iaitu orang yang beriman dan bertaqwa. Karamah yang berlaku ke atas mereka hendaklah terjadi dengan syarat-syarat yang bertepatan dengan dengan syara’ serta mempercayai bahawa mereka adalah hamba yang diredhai oleh Allah SWT. Mereka tidak mampu untuk memberi manfaat atau mendatangkan mudharat ketika hidup atau pun setelah mereka mati. Mereka juga tidak mampu memberikan kurniaan yang ada pada mereka itu kepada orang lain.

Print Friendly, PDF & Email

Ali Ahmad Foudzi

Editor dakwahdantarbiah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close