MENUJU KETINGGIAN TAQWA
Pengertian Taqwa
1. Kata asal taqwa adalah وقاية (pelindung), yakni seorang hamba meletakkan pelindung di antara dirinya dengan sesuatu yang ia takutkan dan khuatirkan.
2. Oleh itu taqwa seorang hamba kepada Allah SWT bermakna ia meletakkan antara dirinya dan apa yang ia takut ditimpa daripada Allah SWT yang berupa kemarahan dan hukuman-Nya, sebuah pelindung yang melindungi dirinya, iaitu mengerjakan ketaatan kepada-Nya dan menjauhi maksiat.
3. Taqwa juga adalah satu pengawasan. Untuk sampai ke peringkat taqwa seperti ini, maka seseorang itu perlulah melalui jalan iman dan memahami benar-benar akan Islam terutama perkara-perkara yang fardhu dan wajib difahami. Kalau tidak melalui jalan ini maka seseorang tidak boleh menjadi seorang yang bertaqwa pada Allah SWT dalam ertikata yang sebenarnya. Dia tidak akan tahu mengawasi diri, dia akan terpijak duri dosa dan tidak tahu mengikuti nilai Allah SWT. Justeru itu seseorang mestilah terlebih duhulu beriman pada Allah dan Islam sepenuhnya.
4. Ubai bin Kaab telah memberi gambaran taqwa. Suatu hari Syaidina Umar RA pernah bertanya kepada Ubai bin Kaab tentang taqwa, “Apakah yang dimaksudkan tentang taqwa ya Ubai?”. Kata Ubai, “Tidakkah engkau pernah melalui satu jalan yang banyak duri?”. Jawab Umar, “Ya, saya pernah”. Kata Ubai, “Apakah yang engkau buat?”. Kata Umar, “Saya angkat kain dan saya berhati-hati melangkah”. Kata Ubai, “Itulah taqwa.” Jadi taqwa di sini bermakna mengawasi diri supaya tidak terkena duri (perkara-perkara berdosa)
Taqwa Lahir Daripada Perasaan Takutkan Allah
Takutkan Allah SWT akan melahirkan taqwa kepada-Nya:
1. Takut kepada Allah SWT bermakna bahawa kita mematuhi dan mendampingi Allah SWT dalam semua urusan.
2. Rasulullah SAW ada bersabda bahawa baginda adalah orang yang paling takut kepada Allah SWT.
3. Rasulullah SAW juga ada bersabda bahawa baginda adalah orang paling mengenali Allah SWT dan takut kepada-Nya.
4. Orang yang takut kepada Allah SWT akan berjaga-jaga dan berhati-hati agar tidak melakukan sesuatu yang dimurkai-Nya. Dia berjaga-jaga agar tidak terjatuh ke dalam perkara yang diharamkan oleh Allah SWT. Allah SWT mencampakkan ke dalam hatinya sifat berani dan ‘izzah (rasa mulia) dengan iman.
5. Orang yang takut kepada Allah SWT, tidak akan takut kepada musuh-musuh Allah SWT. Dia tidak merasa teragak-agak atau segan silu dalam memperkatakan kebenaran.
6. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah SAW bahawa sesiapa takut kepada Allah SWT maka semua yang lain akan takut kepadanya. Tetapi sesiapa yang takut kepada selain daripada Allah SWT, maka dia akan takut kepada selain daripada Allah SWT.
7. Sesiapa yang takutkan Allah SWT, dia akan dapat mengawal nafsu syahwat. Maksiat akan dapat ditinggalkannya. Maksiat itu umpama madu yang telah bercampur dengan racun. Dia akan meninggalkannya setelah diketahuinya.
8. Dengan rasa takut kepada Allah SWT, maka anggota zahir seseorang itu akan terbentuk dengan baik, termasuklah tingkah lakunya. Sifat angkuh, ‘ujub dan riya’ akan hilang. Lahirlah rasa khusyu’ dan tawadhu’ kepada Allah SWT.
9. Dengan takut, hatinya menjadi bersih serta suci, jiwanya luhur, matanya mudah mengeluarkan air mata dan tangannya menjadi pemurah. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa baginda berdo’a (yang bermaksud):
“Ya Allah kurnialah kepadaku kedua mata yang mudah mengeluarkan air mata, yang mana lelehan air mata itu adalah kerana takut kepada-Mu sebelum lelehan darah”.
10. Orang yang takut kepada Allah SWT juga akan sentiasa sedar bahawa Allah SWT memerhatikannya. Dia tidak merasa mudah untuk selamat daripada azab dan tindakan Allah SWT. Firman Allah SWT:
وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُۥ شَيۡطَٰنٗا فَهُوَ لَهُۥ قَرِينٞ
“Barangsiapa yang tidak ingat kepada Ar-Rahman (Allah) maka Kami akan adakan baginya syaitan, maka syaithan itu sebagai teman karibnya.”. Surah az-Zukhruf: ayat 36.
11. Sifat-sifat orang muslim yang mulia dijelaskan oleh Allah SWT di dalam firman-Nya:
إِنَّ ٱلَّذِينَ هُم مِّنۡ خَشۡيَةِ رَبِّهِم مُّشۡفِقُونَ ٥٧ وَٱلَّذِينَ هُم بَِٔايَٰتِ رَبِّهِمۡ يُؤۡمِنُونَ ٥٨ وَٱلَّذِينَ هُم بِرَبِّهِمۡ لَا يُشۡرِكُونَ ٥٩ وَٱلَّذِينَ يُؤۡتُونَ مَآ ءَاتَواْ وَّقُلُوبُهُمۡ وَجِلَةٌ أَنَّهُمۡ إِلَىٰ رَبِّهِمۡ رَٰجِعُونَ ٦٠ أُوْلَٰٓئِكَ يُسَٰرِعُونَ فِي ٱلۡخَيۡرَٰتِ وَهُمۡ لَهَا سَٰبِقُونَ ٦١
Sesungguhnya orang yang berhati-hati karena takut akan (azab) Rabb mereka. Dan orang yang beriman dengan ayat-ayat Rabb mereka. Dan orang yang tidak mempersekutukan dengan Rabb mereka (sesuatu apapun). Dan orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut, (karena mereka tahu bahawa) sesungguhnya mereka akan kembali kepada Rabb mereka. Mereka itu bersegera untuk mendapat kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang yang segera memperolehnya. [Al-Mu’minun :57-61]
12. Rasulullah SAW telah bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari bahawa baginda bersumpah, yang bermaksud:
“Demi Allah, sekiranya kamu sedar sepertimana apa yang aku tahu nescaya kamu akan ketawa sedikit dan menangis banyak (Bererti kamu akan menangis panjang jika kamu tahu terhadap apa yang akan menungguh kamu di masa hadapan).”
Inilah jiwa yang sentiasa takut kepada Allah SWT. Jiwa yang berkesan takut kepada Allah SWT.
13. Contoh sifat taqwa para sahabat, antara lain, ialah – pada suatu hari Abu Bakr as-Siddiq telah pergi ke sebuah taman dan ia melihat seekor burung sedang bersiul-siul. Dia berkata:
“Wahai burung sungguh bertuah kamu. Kamu makan, minum dan berterbangan di bawah pokok tanpa sebarang takut kepada hari perkiraan (Hisab). Aku ingin menjadi seperti kamu”.
Contoh sifat taqwa lagi ialah, pada suatu hari berlaku perselisihan antara Abu Dzar al-Ghifari dan Bilal Ibn Rabbah. Dalam perselisihan itu Abu Dzar telah memanggil Bilal dengan dengan panggilan, “Hai anak orang hitam”. Bilal telah mengadu kepada Rasulullah SAW tentang kata-kata Abu Dzar tersebut. Nabi berkata, yang bermaksud:
“Sesungguhnya pada diri kamu (Abi Dzar) masih terdapat saki-baki Jahiliyah”.
Mendengar berita ini Abu Dzar terus tunduk melutut agar Bilal memijak kepalanya. Begitulah gambaran ketaqwaan yang telah ditunjukkan oleh beberapa orang sahabat nabi.
Firman Allah SWT:
إِنَّمَا يَخۡشَى ٱللَّهَ مِنۡ عِبَادِهِ ٱلۡعُلَمَٰٓؤُاْۗ
“Sesungguhnya orang yang paling takut kepada-Ku ialah golongan ulama.” Surah al-Fatir: ayat 28.
Semakin kukuh iman seseorang maka akan semakin bertambah takutnya kepada Allah SWT. Allah SWT akan memberi pertunjuk kepadanya. Bila dia melakukan kebaikan, Allah SWT akan memberikan berbagai-bagai kemudahan kepadanya.
Kedudukan Taqwa
1. الوَصِيَّةُ لكل أمةٍ (Wasiat Untuk Seluruh Umat)
وَلِلَّهِ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۗ وَلَقَدۡ وَصَّيۡنَا ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ مِن قَبۡلِكُمۡ وَإِيَّاكُمۡ أَنِ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ وَإِن تَكۡفُرُواْ فَإِنَّ لِلَّهِ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۚ وَكَانَ ٱللَّهُ غَنِيًّا حَمِيدٗا
Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan demi sesungguhnya, Kami telah perintahkan orang yang diberi Kitab dahulu daripada kamu dan juga (perintahkan) kamu, iaitu hendaklah bertakwa kepada Allah dan jika kamu kufur ingkar, maka (ketahuilah) sesungguhnya Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. (4:131)
2. الهَدْفُ مُشْتَرَكٌ (Tujuan Bersama)
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱعۡبُدُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِي خَلَقَكُمۡ وَٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ
Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang yang) bertakwa. (2:21)
3. مِقْيَاسًا لِلْقُرْبِ وَالْبُعْدِ عَنْهُ (Ukuran Dekat-Jauh Dengan Allah)
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (49:13)
4. خَيْرُ زَادٍ (Sebaik-Baik Bekalan)
وَتَزَوَّدُواْ فَإِنَّ خَيۡرَ ٱلزَّادِ ٱلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُونِ يَٰٓأُوْلِي ٱلۡأَلۡبَٰبِ
Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepada-Ku hai orang yang berakal. (2:197)
5. خير اللِّبَاسِ (Sebaik-Baik Pakaian)
يَٰبَنِيٓ ءَادَمَ قَدۡ أَنزَلۡنَا عَلَيۡكُمۡ لِبَاسٗا يُوَٰرِي سَوۡءَٰتِكُمۡ وَرِيشٗاۖ وَلِبَاسُ ٱلتَّقۡوَىٰ ذَٰلِكَ خَيۡرٞۚ ذَٰلِكَ مِنۡ ءَايَٰتِ ٱللَّهِ لَعَلَّهُمۡ يَذَّكَّرُونَ
Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah daripada tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (7:26)
6. أَسَاسُ الْبِنَاءِ (Asas Bangunan)
أَفَمَنۡ أَسَّسَ بُنۡيَٰنَهُۥ عَلَىٰ تَقۡوَىٰ مِنَ ٱللَّهِ وَرِضۡوَٰنٍ خَيۡرٌ أَم مَّنۡ أَسَّسَ بُنۡيَٰنَهُۥ عَلَىٰ شَفَا جُرُفٍ هَارٖ فَٱنۡهَارَ بِهِۦ فِي نَارِ جَهَنَّمَۗ وَٱللَّهُ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّٰلِمِينَ
Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar takwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan orang yang membangunkannya ke dalam api Neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayat petunjuk kepada orang yang zalim. (9:109)
Jalan-Jalan Menuju Ketinggian Taqwa
Pertama: Mu’ahadah (Mengingat Perjanjian)
Kalimah ini diambil daripada firman Allah Yang Maha Tinggi:
وَأَوۡفُواْ بِعَهۡدِ ٱللَّهِ إِذَا عَٰهَدتُّمۡ
“Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji…” [An-Nahl: 91]
Hendaklah seorang mukmin, pada ketika tertentu, menyendiri antara dia dan Allah SWT untuk mengintrospeksi dirinya. Apakah status perjanjiannya dengan Allah SWT.
Perjanjian terbesar ialah syahadah yang kita persaksikan di hadapan Allah SWT:
شهادة أن لا إله إلا الله, وأن محمدا رسول الله
Syahadah ini sebenarnya menuntut kita setiap masa menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah SWT, dengan cara pengabdian yang ditunjukajar oleh Rasulullah SAW dalam semua lapangan hidup tanpa kecuali.
Contoh perjanjian yang lain, setiap kali kita membaca al-fatihah kita menyebut:
إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ
Hanya kepada Engkau kami beribadah dan hanya kepada Engkau kami mohon bantuan.
Ini pun satu perjanjian kita dengan Allah SWT di mana kita berjanji untuk beribadah kepada-Nya sahaja dan memohon pertolongan kepada-Nya sahaja.
Wahai saudaraku, bila anda berpegang dan iltizam (komited) dengan janji-janji yang diikrarkan itu, maka bermakna anda sedang meniti tangga menuju ketinggian takwa, anda sudah menyusuri jalan rohani, dan pada akhirnya anda akan sampai ke tempat tujuan, yakni ke darjat para muttaqin (orang yang bertakwa).
Kedua: Muraqabah (Merasakan Kehadiran Allah SWT)
Muraqabah sebagaimana diisyaratkan oleh al-Quran dan hadis, ialah – merasakan keagungan Allah Azza Wa Jalla di setiap waktu dan keadaan serta merasakan kehadiran-Nya di kala bersendirian ataupun di khalayak ramai.
Dasar muraqabah dapat anda temukan dalam surah Asy-Syura, iaitu firman Allah SWT:
ٱلَّذِي يَرَىٰكَ حِينَ تَقُومُ ٢١٨ وَتَقَلُّبَكَ فِي ٱلسَّٰجِدِينَ ٢١٩
Yang melihat kamu ketika kamu berdiri (untuk solat) dan melihat pula perubahan gerak badanmu di antara orang yang sujud. [Asy-Syu’ara’: 218-219]
Dalam sebuah hadis, ketika nabi SAW ditanya tentang ihsan, baginda menjawab: “Hendaklah kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, dan jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Allah melihat kamu.”
Antara bentuk Muraqabah
1. Muraqabah dalam melaksanakan ketaatan adalah dengan ikhlas kepada-Nya.
2. Muraqabah dalam kemaksiatan adalah dengan taubat, penyesalan dan meninggalkannya secara total.
3. Muraqabah dalam hal-hal yang mubah (harus) adalah dengan menjaga adab-adab terhadap Allah SWT dan bersyukur di atas segala nikmat-Nya.
4. Muraqabah dalam musibah adalah dengan redha kepada ketentuan Allah SWT serta memohon pertolongan-Nya dengan penuh kesabaran.
Saudaraku, sekiranya anda telah bermuraqabah kepada Allah SWT dengan tingkat muraqabah yang telah dinyatakan, kemudian anda dapat tetap melaksanakannya (konsisten), maka tidak syak lagi bahawa anda telah meniti tangga menuju ketinggian takwa. Anda sudah menapaki jalan rohani. Dan pada akhirnya anda akan sampai ke darjat para muttaqin yang mulia.
Ketiga: Muhasabah (Introspeksi diri)
Dasarnya terkandung di dalam Al-Quran:
ٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَلۡتَنظُرۡ نَفۡسٞ مَّا قَدَّمَتۡ لِغَدٖۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ
Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. [Al-Hasyr: 18]
Makna muhasabah sebagaimana diisyaratkan oleh ayat ini ialah- hendaknya seorang mukmin menghisab dirinya ketika selesai melakukan amal perbuatan. Apakah tujuan amalnya untuk mendapatkan redha Allah SWT atau apakah amalnya dicemari sifat riya’?
Ketahuilah, seorang mukmin setiap pagi hendaklah mewajibkan diri untuk memperbaiki niat, melaksanakan ketaatan, memenuhi segala kewajiban, dan membebaskan drii daripada riya’. Demikian juga di petang hari, semestinya dikhususkan waktu untuk bersendirian dengan dirinya untuk memperhitungkan semua yang telah dilakukan. Apabila yang dilakukannya itu kebaikan, maka hendaklah memanjatkan puji syukur kepada-Nya atas taufik-Nya, seraya memohon keteguhan dan tambahan kebaikan. Apabila yang dilakukan itu bukan kebaikan, maka hendaklah ia bertaubat dan kembali ke jalan yang lurus, seraya menyesal, memohon ampun, berjanji untuk tidak mengulangi serta memohon perlindungan dan husnul khatimah kepada-Nya.
Saudaraku, jika saudara telah menghisab diri dalam urusan yang besar maupun yang kecil, dan berusaha keras melakukan khalwat di malam hari dengan Allah SWT untuk melihat apa yang akan dipersembahkan pada hari Kiamat kelak, maka saudara telah melangkah menuju ketinggian takwa dan menapaki perjalanan rohani bahkah akhirnya saudara akan sampai ke darjat para muttaqin.
Keempat: Mu’aqabah (Menghukum )
Asas bagi mu’aqobah adalah firman Allah Azza Wa Jalla:
وَلَكُمۡ فِي ٱلۡقِصَاصِ حَيَوٰةٞ يَٰٓأُوْلِي ٱلۡأَلۡبَٰبِ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ ١٧٩
Dan dalam qisas itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu, wahai orang yang berakal, supaya kamu bertakwa. [Al-Baqarah: 178]
Hukuman yang dimaksudkan sebagaimana yang diisyaratkan oleh ayat tersebut adalah – apabila seorang Mukmin melakukan kesalahan, maka tidak wajar baginya membiarkannya. Sebab membiarkan sesuatu kesalahan berlalu tanpa melakukan apa-apa akan mempermudah terlanggarnya kesalahan-kesalahan yang lain dan akan menjadikan sukar untuk ditinggalkan. Sepatutnya dia memberikan hukuman kepada dirinya dengan hukuman yang mubah (harus) sebagaimana memberikan hukuman atas isteri dan anak-anaknya. Ini adalah agar ia menjadi peringatan bagi dirinya agar tidak menyalahi ikrar, di samping merupakan dorongan untuk lebih bertakwa dan bimbingan menuju hidup yang lebih mulia.
Hukuman ini harus dengan sesuatu yang mubah, tidak boleh dengan sesuatu yang haram, seperti membakar salah satu anggota tubuh, mandi di tempat terbuka pada musim dingin, meninggalkan makan dan minum sampai membahayakan diri dan sebagainya. Hukuman-hukuman ini dan yang sepertinya adalah haram hukumnya sebab termasuk dalam larangan yang tercantum dalam Al-Quran:
وَلَا تُلۡقُواْ بِأَيۡدِيكُمۡ إِلَى ٱلتَّهۡلُكَةِ
…dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan. [Al-Baqarah: 195]
وَلَا تَقۡتُلُوٓاْ أَنفُسَكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُمۡ رَحِيمٗا
…dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu. [An-Nisa: 29]
Generasi salaf yang soleh telah memberikan teladan kepada kita tentang ketakwaan, muhasabah, menjatuhkan hukuman pada diri sendiri jika bersalah dan bertekad untuk lebih taat jika mendapati dirinya lalai atas kewajipan. Berikut ini diutarakan beberapa contoh:
Dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Umar bin Khattab RA pergi ke kebunnya. Ketika pulang didapatinya orang sudah selesai melaksanakan solah Asar. Maka beliau berkata: “Aku pergi hanya untuk sebuah kebun, aku pulang orang sudah solah Asar! Kini kebunku aku jadikan sedekah untuk orang miskin.”
Menanggapi masalah ini, al-Laits berkata; “Padahal beliau hanya ketinggalan solah berjemaah!”
Satu ketika, Umar RA pernah disibukkan oleh suatu urusan sehingga waktu Maghrib lewat sampai muncul dua bintang. Maka setelah melaksanakan solah Maghrib, beliau memerdekakan dua orang hamba.
Ada baiknya bila setiap Mukmin mengikuti jejak generasi salaf dalam muhasabah diri dan menjatuhkan hukuman apabila dia menemui kelalaian dalam memikul tanggunggjawab atau meninggalkan kewajiban terhadap Allah SWT dan sesama manusia.
Misalnya dengan menginfakkan sejumlah wang tatkala meninggalkan solah berjemaah, ataupun dengan mengerjakan beberapa rakaat solah sunat.
Jika seorang mukmin sudah biasa menjatuhkan hukuman kepada dirinya ketika melakukan kesalahan, maka dia telah melangkah menuju ketingggian takwa, dan telah menapaki jalan ketinggian rohani, dan dengan pasti dia akan sampai ke darjat orang-orang yang bertakwa.
Kelima: Mujahadah (Melawan Dorongan Nafsu)[1]
Dasar mujahadah adalah firman Allah SWT di dalam Al-Quran:
وَٱلَّذِينَ جَٰهَدُواْ فِينَا لَنَهۡدِيَنَّهُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ ٦٩
Dan orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang yang berbuat baik. [Al-Ankabut: 69]
Makna mujahadah sebagaimana disyariatkan oleh ayat tersebut adalah: apabila seorang mukmin terseret dalam kemalasan, santai, cinta dunia dan tidak lagi melaksanakan amal-amal sunnah serta ketaatan yang lainnya tepat pada waktunya, maka ia harus memaksa dirinya melakukan amal-amal sunat lebih banyak daripada sebelumnya. Dalam hal ini, harus tegas, serius dan penuh semangat sehingga pada akhirnya ketaatan merupakan kebiasaan yang mulia bagi dirinya dan menjadi sikap yang melekat pada dirinya.
Dalam hal ini, cukuplah Rasulullah Sallallahu’alaihiwsallam menjadi qudwah (contoh ikutan) yang patut diteladani sebagaimana diriwayatkan oleh Aisyah RA (antara lain):
“Rasulullah Sallallahu’alaihiwsallam melakukan solah malam hingga kedua tumitnya bengkak. Ketika Aisyah RA bertanya: “Mengapa engkau lakukan hal itu? Bukankah Allah sudah mengampuni dosamu yang sudah lalu dan yang akan datang? Rasulullah Sallallahu’alaihiwsallam menjawab: “Bukankah seharusnya aku menjadi seorang hamba yang bersyukur?” [Riwayat Bukhari dan Muslim]
Dalam riwayat Bukhari dan Muslim, Aisyah RA berkata;
“Apabila Raslulullah Sallallahu’alaihiwsallam memasuki sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, beliau menghidupkan malam (dengan ibadah), membangunkan keluarganya, bersungguh-sungguh dan mengetatkan ikat pinggangnya.”
Jika anda – wahai saudaraku – sudah berusaha melakukan mujahadah, mencontohi Rasulullah Sallallahu’alaihiwsallam dan mengikuti jejak generasi para salaf, maka anda telah melangkah menuju ketinggian takwa, menapaki perjalanan rohani dan akan sampai ke darjat para muttaqin.
Oleh itu, dengan mu’ahadah anda dapat beristiqamah di atas syariat Allah dan dengan muraqabah, anda dapat merasakan keagungan Allah baik di kala bersendirian maupun di khalayak ramai.
Dengan muhasabah anda dapat bebas daripada tarikan hawa nafsu yang selalu memberontak, dan dapat memenuhi hak-hak Allah dan hak-hak sesama manusia. Dengan mua’qabah anda dapat menyelamatkan diri anda daripada penyimpangan.
Dengan mujahadah anda dapat memperbaiki aktiviti anda dan sekaligus menundukkan sifat malas dan lalai. Dengan cara tersebut, takwa akan menjadi sebati dan mendarah daging (malakah) dengan diri anda.
Pesanan Allah SWT Agar Bertaqwa Dengan Bersungguh-Sungguh
Allah SWT menyeru hamba-hamba-Nya yang beriman supaya bersungguh-sungguh memelihara taqwa. Seorang mukmin perlulah meningkatkan taqwanya ke tahap setinggi-tinggi taqwa sehinggalah pada akhirnya beliau bertemu Allah SWT dalam keadaan benar-benar bertaqwa kepada-Nya.
Firman Allah SWT:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ
0Wahai orang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. [Ali Imran: 102]
Firman Allah SWT lagi:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَلۡتَنظُرۡ نَفۡسٞ مَّا قَدَّمَتۡ لِغَدٖۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ
Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan (daripada amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat) dan (sekali lagi diingatkan): Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. [Al-Hasyr : 18]
Ketinggian taqwa akan dapat dilihat pada tanda-tandanya atau hasil-hasilnya sama ada di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat.
Hasil-Hasil Daripada Taqwa
1. Al-Quran akan berfungsi dan berperanan sebagai pedoman dan petunjuk dalam hidupnya. Bermakna dia hidup di bawah naungan al-Quran. Firman Allah SWT:
الٓمٓ ١ ذَٰلِكَ ٱلۡكِتَٰبُ لَا رَيۡبَۛ فِيهِۛ هُدٗى لِّلۡمُتَّقِينَ ٢
Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya; ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang bertakwa. [Al-Baqarah:1-2]
Kemuncak taqwa bagi para muttaqin ialah apabila setiap detik hidupnya dipandu oleh sumber Rabbani (al-Quran dan as-Sunnah).
2. Allah SWT akan membuka untuknya pintu ilmu ( العلم ) atau Allah SWT akan mengajar ilmu kepadanya. Firman Allah SWT
وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ وَيُعَلِّمُكُمُ ٱللَّهُۗ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَيۡءٍ عَلِيمٞ ٢٨٢
Dan bertakwalah kepada Allah, Allah mengajarmu, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. [Al-Baqarah :282]
3. Allah SWT akan membuka pintu rezeki dan keberkatan ( البركة ). Firman Allah SWT:
وَلَوۡ أَنَّ أَهۡلَ ٱلۡقُرَىٰٓ ءَامَنُواْ وَٱتَّقَوۡاْ لَفَتَحۡنَا عَلَيۡهِم بَرَكَٰتٖ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَٰكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذۡنَٰهُم بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ
Dan (Allah berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab siksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. [Al-A’raf : 96]
4. Bagi orang yang bertaqwa, Allah SWT akan sediakan furqan (الفرقان ) (kekuatan dalam jiwa yang dapat membezakan antara hak dan bati) kepada-Nya
Firman Allah SWT:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَتَّقُواْ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّكُمۡ فُرۡقَانٗا وَيُكَفِّرۡ عَنكُمۡ سَئَِّاتِكُمۡ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡۗ وَٱللَّهُ ذُو ٱلۡفَضۡلِ ٱلۡعَظِيمِ
Wahai orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu al-furqan (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar [Al-Anfal :29]
5. Allah SWT menjanjikan pengampunan.
Firman Allah SWT:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَتَّقُواْ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّكُمۡ فُرۡقَانٗا وَيُكَفِّرۡ عَنكُمۡ سَئَِّاتِكُمۡ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡۗ وَٱللَّهُ ذُو ٱلۡفَضۡلِ ٱلۡعَظِيمِ
Wahai orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu al-furqan (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar [Al-Anfal :29]
6. Allah SWT akan kurniakan jalan keluar ( المخرج ) bagi permasalahan yang dihadapi.
Firman Allah SWT:
وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُۥ مَخۡرَجٗا
…dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya). [At Talaq :2]
7. Allah SWT akan kurniakan rezeki ( الرزق ) melalui jalan yang tidak disangka-sangka. Firman-Nya:
وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَٰلِغُ أَمۡرِهِۦۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَيۡءٖ قَدۡرٗا
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. [At Talaq :3]
8. Allah SWT kurniakan kemudahan (اليسر ) dalam segala urusan.
Firman-Nya:
وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُۥ مِنۡ أَمۡرِهِۦ يُسۡرٗا
Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya. [At-Talaq :4]
9. Allah SWT menutupi/menghapuskan kesalahan-kesalahan-nya ( تكفير السيئات )
Firman Allah SWT:
ذَٰلِكَ أَمۡرُ ٱللَّهِ أَنزَلَهُۥٓ إِلَيۡكُمۡۚ وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يُكَفِّرۡ عَنۡهُ سَئَِّاتِهِۦ وَيُعۡظِمۡ لَهُۥٓ أَجۡرًا
Peraturan-peraturan yang demikian adalah hukum-hukum Allah yang diturunkan dan diterangkanNya kepada kamu dan (ingatlah), sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya dan akan membesarkan pahala balasannya. [At-Talaq :5]
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَتَّقُواْ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّكُمۡ فُرۡقَانٗا وَيُكَفِّرۡ عَنكُمۡ سَئَِّاتِكُمۡ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡۗ وَٱللَّهُ ذُو ٱلۡفَضۡلِ ٱلۡعَظِيمِ
Wahai orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar. [Al-Anfal :29]
10. Allah SWT akan anugerahkan pahala yang agung ( تعظيم الأجر ).
Firman Allah SWT:
وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يُكَفِّرۡ عَنۡهُ سَئَِّاتِهِۦ وَيُعۡظِمۡ لَهُۥٓ أَجۡرًا
…dan (ingatlah), sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya dan akan membesarkan pahala balasannya. [At-Talaq :5]
11. Memperolehi cinta yang paling agung, iaitu cinta Allah SWT ( محبة الله ).
Firman Allah SWT:
بَلَىٰۚ مَنۡ أَوۡفَىٰ بِعَهۡدِهِۦ وَٱتَّقَىٰ فَإِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُتَّقِينَ
Bahkan (mereka berdosa memakan hak orang kerana) sesiapa yang menyempurnakan janjinya (mengenai hak orang lain) dan bertakwa, maka sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertakwa. [Ali-‘Imran :76]
12. Mendapat pertolongan Allah SWT ( معية الله ).
Firman Allah SWT:
وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلۡمُتَّقِينَ
Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah, bahawa Allah beserta orang yang bertakwa. [2 :194]
13. Dipelihara daripada tipu daya ( الحرس عن الكيد ).
Firman Allah SWT:
وَإِن تَصۡبِرُواْ وَتَتَّقُواْ لَا يَضُرُّكُمۡ كَيۡدُهُمۡ شَيًۡٔاۗ إِنَّ ٱللَّهَ بِمَا يَعۡمَلُونَ مُحِيطٞ
Dan jika kamu bersabar dan bertakwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikit pun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuan-Nya akan apa yang mereka lakukan. [Ali-‘Imran :120]
14. Dipelihara oleh Allah SWT daripada keturunan yang lemah ( الحرس عن ضعف الذرية ).
Firman Allah SWT:
وَلۡيَخۡشَ ٱلَّذِينَ لَوۡ تَرَكُواْ مِنۡ خَلۡفِهِمۡ ذُرِّيَّةٗ ضِعَٰفًا خَافُواْ عَلَيۡهِمۡ فَلۡيَتَّقُواْ ٱللَّهَ وَلۡيَقُولُواْ قَوۡلٗا سَدِيدًا
Dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatim oleh) orang (yang menjadi penjaganya), yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak yang daif (yatim) di belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka, oleh itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran). [An-Nisa’ :9]
15. Taqwa menjadi sebab agar amal-amal diterima oleh Allah SWT ( سبب قبول العمل ).
Firman-Nya:
إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ ٱللَّهُ مِنَ ٱلۡمُتَّقِينَ
Sesungguhnya amal ibadah yang diterima Allah ialah daripada orang yang bertaqwa. [Al Maidah: 27]
16. Allah SWT akan mewariskan syurga kepada orang bertaqwa.
Firman-Nya:
تِلۡكَ ٱلۡجَنَّةُ ٱلَّتِي نُورِثُ مِنۡ عِبَادِنَا مَن كَانَ تَقِيّٗا
Itulah taman syurga yang Kami akan berikan sebagai warisan pusaka kepada orang. yang bertakwa daripada hamba-hamba Kami. [Maryam :63]
17. Allah SWT akan kumpulkan orang bertaqwa pada hari akhirat umpama perutusan atau delegasi yang terhormat ( الحرمة ).
Firman-Nya:
يَوۡمَ نَحۡشُرُ ٱلۡمُتَّقِينَ إِلَى ٱلرَّحۡمَٰنِ وَفۡدٗا
(Ingatlah) hari (ketika) Kami mengumpulkan orang yang bertakwa kepada Rabb Yang Maha Pemurah sebagai perutusan yang terhormat, [Maryam : 85] □
Daftar rujukan:
1. Kuliah Ustaz Omar Hj Salleh
2. Risalah At-Ta’rif.
3. Risalah Rasmul Bayan
[1] Imam Ibnu Qayyim ketika memperkatakan tentang tahap-tahap jihad, memulakannya dengan jihad melawan nafsu untuk mempelajari kebenaran, kemudian jihad beramal dengan kebenaran, kemudian jihad menyebarkan kebenaran, kemudian jihad untuk bersabar di atas bebanan amal tersebut.