عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: “إِذَا حَضَرْتُمُ الْمَرِيضَ أَوِ الْمَيِّتَ فَقُولُوا خَيْرًا فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَ
Daripada Ummu Salamah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:“Apabila kamu menghadiri (menziarahi) orang sakit, maka katakanlah perkara-perkara yang baik. Ini kerana, malaikat akan mengaminkan setiap yang kamu ucapkan.”
[Riwayat Muslim No:919] Status: Hadis Sahih
Pedoman
1. Salah satu hak yang wajib ditunaikan oleh setiap muslim adalah menziarahi saudaranya yang sakit.
2. Imam an-Nawawi mensyarahkan bahawa sunat ketika menziarahi pesakit mengucapkan perkara yang baik seperti berdoa kepadanya (kepada orang sakit), beristighfar kepadanya, meminta kelembutan dan keringanan kepadanya serta yang seumpama dengannya [al-Minhaj, 222/6]
#mutiarahadith