عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَحَبُّ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ وَأَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ سُرُورٌ تُدْخِلُهُ عَلَى مُسْلِمٍ أَوْ تَكْشِفُ عَنْهُ كُرْبَةً أَوْ تَقْضِي عَنْهُ دِينًا أَوْ تَطْرُدُ عَنْهُ جُوعًا وَلَأَنْ أَمْشِيَ مَعَ أَخِيهِ فِي حَاجَةٍ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ أَعْتَكِفَ فِي هَذَا الْمَسْجِدِ يَعْنِي مَسْجِدَ الْمَدِينَةِ شَهْرًا .
Daripada Ibnu ‘Umar R.a; bahawa Nabi SAW bersabda (mafhumnya):
“Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling memberikan manfaat bagi sesama manusia. Adapun amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah membuat muslim yang lain bahagia, mengangkat kesusahan dari orang lain, melangsaikan hutangnya atau menghilangkan rasa laparnya. Sungguh aku berjalan bersama saudaraku yang muslim untuk sesuatu keperluan lebih aku cintai daripada beri’tikaf di masjid ini, iaitu masjid Nabawi, selama sebulan penuh.”
(HR at-Thabrani).
Pedoman
1. Saat bahagia seorang mukmin apabila dapat membantu saudaranya di dalam keadaan susah dan amat memerlukan bantuan,
2. Marilah kita demonstrasikan keimanan kita dengan melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah SWT.
#mutiarahadith