Kompetensi

Tajuk Pilihan Pemantapan Pendakwah (9) : Jiddiyyah Dan Iltizam Dalam ‘Amal Islami

MUQADDIMAH

Islam tidak akan dapat ditegakkan kecuali dengan adanya ‘jiddiyyah’ dan ‘iltizam’ di kalangan penganutnya. Sesungguhnya umat ini tidak akan baik melainkan memiliki khazanah yang menyebabkan umat dahulu menjadi baik, tidak akan mulia melainkan dengan perkara yang menjadikan umat dahulu mulia.

Jiddiyyah dan iltizam merupakan tuntutan yang perlu dilaksanakan oleh setiap anggota organisasi. Ianya sebagai pra-syarat untuk mencapai kejayaan dalam penghayatan Islam secara individu, keluarga dan organisasi. Ianya menjadi pakaian dan sifat asasi bagi mereka yang bekerja di jalan Allah Subhanahuwata’ala. Jiddiyyah atau bersungguh-sungguh bermakna bersegera dalam menjalankan kerja, tanpa tangguh-tangguh, bahkan berlumba-lumba melaksanakan arahan Arahan Manakala Iltizam pula bermakna konsisten memikul amanah, tanpa merasa lemah.

Firman Allah Subhanahuwata’ala :

وَسَارِعُوٓاْ إِلَىٰ مَغۡفِرَةٖ مِّن رَّبِّكُمۡ وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا ٱلسَّمَٰوَٰتُ وَٱلۡأَرۡضُ أُعِدَّتۡ لِلۡمُتَّقِينَ
Dan bersegeralah kamu semua kepada pengampunan daripada Rabbmu dan bersegeralah untuk mendapat syurga yang lebarnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang bertaqwa. (Surah ali Imran : 133)

Firman Allah Subhanahuwata’ala:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ  يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ
Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. (Surah  Ali-Imran : 200)

Firman Allah Subhanahuwata’ala:

أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا يَأۡتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلِكُمۖ مَّسَّتۡهُمُ ٱلۡبَأۡسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلۡزِلُواْ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُۥ مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِۗ أَلَآ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِيبٞ  أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا يَأۡتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلِكُمۖ مَّسَّتۡهُمُ ٱلۡبَأۡسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلۡزِلُواْ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُۥ مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِۗ أَلَآ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِيبٞ
Apakah kamu menyangka kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya terdahulu sebelum kamu?. Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman bersamanya : Bilakah lagi datangnya pertolongan Allah?. Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (Surah al-Baqarah : 214)

RASULULLAH SALLALLAHU’ALAIHIWASALLAM SENTIASA MERANGSANG, MENGGESA DAN MENGINGATKAN SAHABATNYA SUPAYA BEKERJA BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN SENTIASA ILTIZAM DALAM MELAKSANAKAN PERINTAHNYA

Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam (bermaksud):

Adakah kamu menunggu hingga kekayaan yang terancam atau papa kedana atau sakit yang tidak ada harapan sembuh atau tua yang nyanyuk atau maut yang datang menjenguk atau dajal terkutuk hendak di tunggu atau Hari Qiamat, maka Hari Qiamat adalah ujian yang sangat pahit.

Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam (bermaksud):

Segeralah melakukan amal soleh sebab akan terjadi fitnah besar bagaikan gelap malam yang gulita. Ketika itu seorang beriman pada pagi hari tiba-tiba waktu petang kembali kafir, orang yang beriman pada waktu petang kembali kafir di waktu pagi kerana menjual dinnya dengan dunia yang remeh.

Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam :

سمعت خبا با يقول : أتيت النبي صلى الله وسلام و هو متو سد ببردة وهو في ظل الكعبة وقد لقينا من المشر كين شدة فقلت ألا تد عوالله ؟ فقعد وهو محمر الوجه فقال : قد كا من كا ن قبلكم لتمشط بأ مشا ط الحديد ما دون عظا مه من لحم أ و عصب ما يصرفه زلك عن دينه و يو ضعالمنشا ر على مفرق رأ سه فيشق با ثنتين ما يصر فه زلك عن دينيه و ليتمن الله هزا اللأ مر حتى يسير الرا كب من صنعا الى حضر موت لا يخاف الاالله عز وجل والز ئب على غنمه ولكنكم تستعجلو
Daripada Abi Abdullah Khabbab bin Al Arat r.a. berkata: Kami mengadu kepada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam ketika beginda sedang berbantalkan kain selimut daripada  bulu hitam di bawah naungan Kaabah. Maka kami pun berkata : Mengapa kamu tidak meminta pertolongan dan mendo’akan untuk kami?. Maka Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam pun berkata : Sesungguhnya orang sebelum kamu diambil seorang lelaki kemudian digali sebuah lubang dan dia dimasukkan ke dalamnya, kemudian diambil gergaji lalu digergaji kepalanya hingga terbelah dua, disikatnya badannya dengan sikat besi sehingga luruhlah daging dan tulangnya. Namun itu semua tidak menghalangnya daripada berpegang dengan din Allah. Demi Allah, Allah pasti akan menyempurnakan din ini sehingga seorang penunggang dapat berjalan dari San’a ke Hadhramaut dalam keadaan tidak takut selain daripada Allah dan serigala terhadap kambingnya. Tetapi kamu semua adalah tergesa-gesa.”

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam juga telah berwasiat kepada umatnya :

وعظنا رسول الله صلى الله وسلام مو عظة وجلت منها القلوب وزرفت منها العيون فقلنا يا رسولالله كأنها مو عظة مو دع فأوصنا قال : أوصيكم بقوىالله والسمع والطاعة وان تأ مر عنكم عبد وانه من يعش منكم فسيرى اختلافا كثيرا فعليكم بسنتى و سنة الخلفا ءالراشدين الممهد يين عضوا عليها بالنوا جد وايا كم ومحدثاتالأمور فاءن كلبدعة ضلالة
Saya berwasiat kepadamu agar tetap bertaqwa kepada Allah, dengar dan taat walaupun yang menjadi pemimpinmu seorang hamba. Sesungguhnya seorang yang lanjut usianya daripada kalangan kamu akan melihat berbagai-bagai perselisihan yang banyak sekali. Maka peganglah kamu dengan sunnahku, sunnah khulafah yang mendapat petunjuk. Gigitlah kuat-kuat dengan gerahammu dan berhati-hati dengan segala bid’ah dan setiap bid’ah itu sesat.

LEMAH JIDDIYYAH DAN ILTIZAM

TANDA-TANDANYA

Antara ciri-ciri atau tanda-tanda lemahnya jiddiyyah dan iltizam ialah :

1. Tidak menepati atau tidak menunaikan janji kepada Allah SWT, Rasul SAW, organisasi dan janji kepada diri sendiri.

2. Mengeluarkan peraturan yang tidak jelas, berbelit-belit, tidak berasas keadaan sebenar atau terlalu konseptual yang tidak yang sukar ditafsirkan dalam bentuk operasi.

3. Melampau dalam pertengkaran dan tidak beradab dalam menghadapi perselisihan pendapat. Mereka ini tidak mampu iltizam dengan kehendak-kehendak syara’ ketika marah.

4. Terlalu gemar berbicara dan mendengar isu-isu semasa, ‘issue oriented’. Perbincangan yang tidak menjuruskan kepada tindakan penyelesaian permasalahan Islam (QADHIYAH ISLAMIYAH).

5. Tidak pernah taat kecuali bila selaras dengan hawa nafsunya. Ketaatannya diperhitungkannya untuk kepentingan dan pencapaian maslahat diri sendiri.

6. Tidak mempunyai kesungguhan dan kemahuan yang tinggi untuk mengembalikan kehidupan rumahtangganya mengikut kehendak Islam. Lemah dalam menangani masalah-masalah rumahtangganya dan membiarkan suasana persekitaran mencorak kehidupan rumahtangganya.

7. Tidak mahu berkorban masa, tenaga, harta dan jiwa.

8. Malas dan tidak bersungguh-sungguh dalam membersihkan dirinya

9. Gopoh dalam menerima bantuan (daripada pihak musuh) tanpa mempunyai persiapan yang rapi terlebih dahulu. Keadaan ini akan menjerat individu atau organisasi berada dalam perangkap musuh.

10. Bersungguh-sungguh bukan pada tempatnya, tidak berpandu dan tidak mengikut keutamaan (aulawiyat) yang telah ditentukan oleh syara’ dan organisasi.

11.  Mengorbankan hak sahabat untuk kepentingan dirinya dan mengambil kesempatan dalam persahabatan.

12. Ikut campurtangan dalam urusan yang kurang berfaedah.

FAKTOR-FAKTOR LEMAHNYA JIDDIYYAH DAN ILTIZAM

1. Tidak Memahami Tanda-tanda Jiddiyyah dan Iltizam

Tidak memahami secara mendalam dan sedar terhadap tanda-tanda jiddiyyah dan iltizam menyebabkan tanpa disedari seseorang itu telah terkeluar daripada ruang lingkup tuntutan iltizam. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

بَلۡ كَذَّبُواْ بِمَا لَمۡ يُحِيطُواْ بِعِلۡمِهِۦ وَلَمَّا يَأۡتِهِمۡ تَأۡوِيلُهُۥۚ كَذَٰلِكَ كَذَّبَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡۖ فَٱنظُرۡ كَيۡفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلظَّٰلِمِينَ
Bahkan mereka pula terburu-buru mendustakan Al-Quran yang fahaman mereka tidak dapat meliputi segala isi pengetahuannya, dan belum datang kepada mereka kenyataan yang menjelaskan kebenarannya. Demikianlah juga orang sebelum mereka mendustakan (Kitab-kitab Allah yang diturunkan kepada mereka). Maka lihatlah bagaimana akibat orang yang zalim itu (berakhir dengan berbagai bencana yang membinasakan mereka). (Surah Yunus : 39)

Dengan kurang mendalamnya pemahaman terhadap tanda-tanda jiddiyyah dan iltizam, atau faham tetapi belum sampai ke dasar hati, menyebabkan pekerja (‘amilin) tidak mampu melaksanakan taklif yang dipertanggungjawab kepadanya. Sebenarnya dia hanya berada di pinggir kerja-kerja Islam. Dia belum memasuki medan amal Islami, bahkan mungkin berada di luar barisan muslimin dalam ertikata yang sebenarnya kerana jiddiyyah dan iltizam masih belum menjadi darah daging dalam jiwa dan fikirannya.

Faham dan wa’y (kesedaran) adalah rahsia yang membuka pintu jiddiyyah dan iltizam kepada kerja Islam hingga lahirlah tindakan-tindakan yang menterjemahkan jiddiyyah dan iltizam ke dalam kehidupan. Firman Allah Subhanahuwata’ala: 

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِي خَلَقَ  ١ خَلَقَ ٱلۡإِنسَٰنَ مِنۡ عَلَقٍ  ٢ ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ  ٣ ٱلَّذِي عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ  ٤ عَلَّمَ ٱلۡإِنسَٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ  ٥
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Rabmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Dia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku; Bacalah, dan Rabmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya. (Surah al ‘Alaq : 1 – 5)

Allah Subhanahuwata’ala telah menunjukkan dan menegaskan cara untuk mendapatkan kefahaman dalam apa perkara pun mestilah melalui pembacaan dan pembelajaran.

2. Kehilangan Contoh Jiddiyyah dan Iltizam

Terdapat mereka yang mempunyai sifat-sifat jiddiyyah dan iltizam tetapi tidak dapat berterusan kerana pengaruh persekitaran telah melemahkannya. Sekiranya amalan iltizam tidak bersungguh-sungguh di kalangan orang yang bertanggungjawab, maka ia akan memberi kesan negatif yang mendalam kepada saf organisasi. Perjalanan organisasi sebenarnya adalah dengan berkat dan pertolongan Allah Subhanahuwata’ala. Islam hanya dapat dibangunkan dengan contoh misali yang praktikal. Berdosalah mereka yang memberi contoh yang tidak baik. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

يَٰنِسَآءَ ٱلنَّبِيِّ لَسۡتُنَّ كَأَحَدٖ مِّنَ ٱلنِّسَآءِ إِنِ ٱتَّقَيۡتُنَّۚ فَلَا تَخۡضَعۡنَ بِٱلۡقَوۡلِ فَيَطۡمَعَ ٱلَّذِي فِي قَلۡبِهِۦ مَرَضٞ وَقُلۡنَ قَوۡلٗا مَّعۡرُوفٗا
Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). (Surah al Ahzab : 32)

Allah Subhanahuwata’ala akan melipat gandakan ganjaran kebaikan dan menambah siksa bagi kejahatan kerana isteri-isteri nabi yang hidup dalam bi’ah yang suci dan bebas daripada kemaksiatan. Mereka hidup dalam suasana bantu-membantu kepada ketaqwaan dan mereka menjadi contoh kepada orang lain. Sehingga apabila ada orang yang mendapat siksa kerana bercontohkan mereka, siksaan itu turut dirasai oleh mereka, begitulah sebaliknya.

Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam

من دعا الى هدى كا ن له من ا لأ جر مثل أجور من اتبعه من غيرأن ينقص من أجورهم شيء ومن دعا الى ضلا لة كا ن عليه من الورمثل أوزارمن اتبعه من غيرأن ينقص من أجور هم شيء
Barangsiapa yang mengajak kepada hidayah (pimpinan) maka dia akan mendapat pahala sebanyak pahala orang yang mengikutinya tanpa dikurangi sedikit pun daripada pahala-pahala mereka itu. Dan barangsiapa yang mengajak kepada dhalalah (kesesatan) maka dia akan mendapat dosa sebanyak dosa-dosa orang yang mengikutinya tanpa dikurangi sedikitpun daripada dosa-dosa mereka itu .

Diceritakan tentang Umar ibn Khattab r.a. bahawa ia melihat di tubuh Talhah bin Ubaidillah RA pakaian yang dicelup warna padahal ianya dilarang. Maka kata Umar:
Dicelup dengan apa pakaian itu wahai Talhah?.
Jawab Talhah: Amirulmukminin, ia dicelup dengan madar (warna tanah)
Umar berkata lagi: Kamu sekelian wahai umat menjadi ikutan. Seandainya ada orang awam melihat pakaian seperti ini tentu ia berkata ‘Sesungguhnya Talhah bin Ubaidillah memakai pakaian warna ketika ihram’. Oleh kerana itu janganlah kalian memakainya. (Riwayat Malik)

3. Lemah Iman

Kelemahan iman menyebabkan hilangnya sifat tawazun pada diri pekerja Islam. Imanlah sumber yang sentiasa memancarkan kekuatan baru. Ia akan menjaga dan melindungi pekerja daripada bersifat malas dan menjaganya daripada melakukan kesalahan yang berulang.

Datang seorang bertanya kepada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam:

حَدِيثُ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا : أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنِ الْوِصَالِ قَالُوا إِنَّكَ تُوَاصِلُ قَالَ إِنِّي لَسْتُ كَهَيْئَتِكُمْ إِنِّي أُطْعَمُ وَأُسْقَى
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Nabi Sallallahu’alaihiwasallam telah melarang daripada menyambung puasa. Para Sahabat bertanya: Bukankah kamu sendiri melakukan puasa seperti itu? Nabi Sallallahu’alaihiwasallam menjawab: Aku tidak seperti kamu. Aku diberi makan dan minum oleh Allah.

Ibnu Hajar menjelaskan: Ucapan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam itu dapat difahami sebagai…menjadikanku sibuk dalam memikirkan keagunganNya, merenungkan penyaksianNya, menghayati makrifat-makrifat kepadaNya, selalu indah dalam mencintaiNya, tenggelam dalam berbisik kepadaNya dan puas menerima makanan dan minuman daripadaNya.

Ibnu Qayyim berpendapat yang dimaksudkan: Diberi makan dan minum oleh Rabbku adalah diberi makrifat, dikurniakan kelazatan dalam bermunajat, bertaqarrub dan merindui-Nya.

Itulah perkara-perkara yang mampu menggerakkan hati, memberi kekuatan kepada tubuh dan memudahkan segala tindakan. Orang yang memiliki pengalaman hidup atau rasa takut kepada Allah Subhanahuwata’ala nescaya meyakini bahawa tubuh kita hanya mampu digerakkan oleh hati dan ruh yang baik. Ini selaras dengan sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam:

حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَزْنِي الزَّانِي حِينَ يَزْنِي وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَا يَسْرِقُ السَّارِقُ حِينَ يَسْرِقُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَا يَشْرَبُ الْخَمْرَ حِينَ يَشْرَبُهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ *
Tidak berzina seorang penzina sekiranya pada masa ia berzina dalam keadaan mukmin. Tidaklah seorang pencuri itu mencuri sekiranya pada masa ia mencuri dalam keadaan mukmin. Dan tidaklah seorang peminum arak itu meminum arak sekiranya pada masa ia meminumnya itu ia dalam keadaan mukmin.

Mukmin yang membiarkan imannya lemah tanpa berusaha untuk memperbaharuinya akan mengakibatkan lemahnya jiddiyyah dan iltizam dalam amal Islami.

Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam

ان الايمان ليخلق في جوف أحدكم كما يخلق الثوب فا سألو الله تعلي أن يجد د الايمان في قلو بكم
Sesungguhnya iman dalam dada seorang itu akan lusuh sebagaimana lusuhnya pakaian. Maka mohonlah kepada Allah Ta’ala agar Dia memperbaharui iman dalam hati kamu. (Hadis Riwayat al Haisani)

Dalam hadis lain baginda bersabda :

جددوا ايما نكم قيل يا رسول الله و كيف نجد د ايماننا ؟ قا ل اكئر و ا من قول لااله الا الله
Perbaharuilah iman kamu.
Beliau ditanya: Bagaimana cara memperbaharui iman kami?.
Jawab Baginda: Perbanyakkan mengucap لااله الا الله
(Hadis Riwayat Ahmad)

4. Kemewahan Hidup Dan Hati Terpaut Kepadanya

Kemewahan hidup di dunia dapat dilihat dalam pelbagai bentuk perhiasan seperti anak-anak, ijazah, pangkat, hartabenda dan sebagainya serta terpaut hati kepadanya.

Apabila dunia melimpah ruah dan hati terpaut kepada dunia, maka tidak ada ruang lagi dalam hati tersebut untuk memberi tumpuan kepada kerja-kerja Islam, jiddiyyah dan iltizam dengan Islam.

Firman Allah Subhanahuwata’ala lagi:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمۡ وَٱخۡشَوۡاْ يَوۡمٗا لَّا يَجۡزِي وَالِدٌ عَن وَلَدِهِۦ وَلَا مَوۡلُودٌ هُوَ جَازٍ عَن وَالِدِهِۦ شَيۡ‍ًٔاۚ إِنَّ وَعۡدَ ٱللَّهِ حَقّٞۖ فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا وَلَا يَغُرَّنَّكُم بِٱللَّهِ ٱلۡغَرُورُ
Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Rabb kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya daripada azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya daripada azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.  (Surah Luqman : 33)

Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam :

حَدِيثُ عَمْرِو بْنِ عَوْفٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ أَبَا عُبَيْدَةَ بْنَ الْجَرَّاحِ إِلَى الْبَحْرَيْنِ يَأْتِي بِجِزْيَتِهَا وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هُوَ صَالَحَ أَهْلَ الْبَحْرَيْنِ وَأَمَّرَ عَلَيْهِمُ الْعَلَاءَ بْنَ الْحَضْرَمِيِّ فَقَدِمَ أَبُو عُبَيْدَةَ بِمَالٍ مِنَ الْبَحْرَيْنِ فَسَمِعَتِ الْأَنْصَارُ بِقُدُومِ أَبِي عُبَيْدَةَ فَوَافَوْا صَلَاةَ الْفَجْرِ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا صَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انْصَرَفَ فَتَعَرَّضُوا لَهُ فَتَبَسَّمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ رَآهُمْ ثُمَّ قَالَ أَظُنُّكُمْ سَمِعْتُمْ أَنَّ أَبَا عُبَيْدَةَ قَدِمَ بِشَيْءٍ مِنَ الْبَحْرَيْنِ فَقَالُوا أَجَلْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ فَأَبْشِرُوا وَأَمِّلُوا مَا يَسُرُّكُمْ فَوَاللَّهِ مَا الْفَقْرَ أَخْشَى عَلَيْكُمْ وَلَكِنِّي أَخْشَى عَلَيْكُمْ أَنْ تُبْسَطَ الدُّنْيَا عَلَيْكُمْ كَمَا بُسِطَتْ عَلَى مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ فَتَنَافَسُوهَا كَمَا تَنَافَسُوهَا وَتُهْلِكَكُمْ كَمَا أَهْلَكَتْهُمْ *
Diriwayatkan daripada Umar bin Auf r.a katanya: Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam telah mengutuskan Abu Ubaidah bin al-Jarrah ke Bahrain. Dia pergi ke Bahrain untuk mengambil jizyah ahli Bahrain kerana Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam telah membuat perjanjian dengan penduduk Bahrain. Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam telah memerintahkan al-Ala’ bin al-Hadhrami untuk mengutip Jizyah daripada penduduk Bahrain. (Selepas itu) Abu Ubaidah pulang dari Bahrain dengan harta Jizyah. Orang Ansar telah mendengar (khabar) kepulangan Abu Ubaidah maka mereka (orang Ansar) datang bersembahyang subuh bersama Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam. Selesai sembahyang, Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam berpaling menghadap rombongan. Mereka menyerahkan wang kutipan jizyah kepada Baginda. Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam senyum ketika melihat ahli rombongan tersebut, kemudian Baginda bersabda: Aku kira kamu semua (orang Ansar) telah mendengar (khabar) kepulangan Abu Ubaidah dari Bahrain membawa sesuatu. Mereka menjawab: Memang benar wahai Rasulullah. Lalu Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: Maka beritahulah khabar gembira ini dan bercita-citalah apa yang mengembirakan kamu (dengan wang ini). Demi Allah. Aku tidak takut kefakiran menimpa kamu semua akan tetapi aku amat takut apabila dunia dihampar di hadapan kamu (diberikan kemudahan memiliki nikmat dunia) sebagaimana yang telah diberikan kepada mereka sebelum kamu, lalu kamu berlumba-lumba untuk memilikinya sebagaimana mereka. Dunia itu akan menghancurkan kamu sebagaimana ia menghancurkan mereka.

Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam lagi bermaksud:

Lihatlah orang yang di bawah kamu dan janganlah kamu melihat kepada orang di atas kamu. Maka ianya patut bagi kamu agar kamu tidak termasuk di kalangan orang yang meremehkan nikmat Allah. 
(Hadis Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam lagi :

انالدنيا حلو ة و ان الله مستخلفكم فيها فينظر كيف تعملون فا تقوا الدنيا وا تقوا النساء
Sesungguhnya dunia ini manis dan hijau, Allah menjadikan kamu sebagai khalifahNya di atas bumi. Maka Allah akan melihat bagaimana kamu menguruskannya. Oleh kerana itu berhati-hatilah terhadap dunia dan berhati-hatilah terhadap wanita. (Hadis Riwayat Muslim)

5. Ujian Dan Kesulitan

Ujian dan kesulitan sentiasa berlaku samada dari dalam organisasi atau dari luar organisasi. Perkara ini boleh menyebabkan lemahnya jiddiyyah dan iltizam. Ujian dan kesulitan tersebut akan menghimpit pekerja, menggoyangkan syaksiyahnya, bahkan boleh menumbangkannya dari jalan amal Islami, kecuali mereka yang diberi rahmat dan dikasihi oleh Allah. Terutamanya ujian yang datang dengan tiba-tiba menyebabkan dia tidak sempat membuat persiapan untuk menghadapinya. Keadaan itu bertambah rumit lagi apabila pekerja Islam tidak mempunyai keupayaan untuk menyelesaikannya. Akibatnya ia sibuk dan tenggelam dalam memikirkan masalah yang mengakibatkan hilangnya jiddiyyah dan iltizam.

Firman Allah Subhanahuwata’ala:

وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَيۡءٖ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٖ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٰلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٰتِۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّٰبِرِينَ  ١٥٥ ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَٰبَتۡهُم مُّصِيبَةٞ قَالُوٓاْ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٰجِعُونَ  ١٥٦ أُوْلَٰٓئِكَ عَلَيۡهِمۡ صَلَوَٰتٞ مِّن رَّبِّهِمۡ وَرَحۡمَةٞۖ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُهۡتَدُونَ  ١٥٧
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar: (Iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan daripada Rabb mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya. (Surah al Baqarah : 155 – 157)

Firman Allah Subhanahuwata’ala :

إِن تَمۡسَسۡكُمۡ حَسَنَةٞ تَسُؤۡهُمۡ وَإِن تُصِبۡكُمۡ سَيِّئَةٞ يَفۡرَحُواْ بِهَاۖ وَإِن تَصۡبِرُواْ وَتَتَّقُواْ لَا يَضُرُّكُمۡ كَيۡدُهُمۡ شَيۡ‍ًٔاۗ إِنَّ ٱللَّهَ بِمَا يَعۡمَلُونَ مُحِيطٞ
Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan.  (Surah ali Imran : 120)

Firman Allah Subhanahuwata’ala:

فَٱسۡتَجَابَ لَهُمۡ رَبُّهُمۡ أَنِّي لَآ أُضِيعُ عَمَلَ عَٰمِلٖ مِّنكُم مِّن ذَكَرٍ أَوۡ أُنثَىٰۖ بَعۡضُكُم مِّنۢ بَعۡضٖۖ فَٱلَّذِينَ هَاجَرُواْ وَأُخۡرِجُواْ مِن دِيَٰرِهِمۡ وَأُوذُواْ فِي سَبِيلِي وَقَٰتَلُواْ وَقُتِلُواْ لَأُكَفِّرَنَّ عَنۡهُمۡ سَيِّ‍َٔاتِهِمۡ وَلَأُدۡخِلَنَّهُمۡ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ ثَوَابٗا مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِۚ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسۡنُ ٱلثَّوَابِ
Maka Rabb mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang yang beramal daripada kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) daripada setengahnya yang lain; maka orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan dinKu, dan yang berperang (untuk Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) – sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh). (Surah ali Imran : 195)

Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah akan mengujimu dengan bala’ dan Dia lebih mengetahui dengannya, sebagaimana salah seorang dari kamu menguji (sepoh) emas dengan api, nescaya keluar darinya emas yang tulin berkilau. Itulah yang diselamatkan Allah dari kejelekan. Adapun yang keluarnya seperti emas hitam, maka itu yang terkena fitnah.

Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam

حَدِيثُ أَبِي سَعِيدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ مِنْ وَصَبٍ وَلَا نَصَبٍ وَلَا سَقَمٍ وَلَا حَزَنٍ حَتَّى الْهَمِّ يُهَمُّهُ إِلَّا كُفِّرَ بِهِ مِنْ سَيِّئَاتِهِ
Diriwayatkan daripada Abu Said r.a katanya: Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: Setiap musibah yang di timpa ke atas orang mukmin yang berupa sakit yang berterusan, sakit yang biasa dan kesedihan bahkan membawa kepada kebingungan daripada musibah yang beliau alami, maka hal yang demikian merupakan penghapus bagi kesalahan-kesalahannya.

6. Perjalanan Yang Jauh Dan Penuh Kesukaran

Perjalanan yang jauh, penuh dengan kesukaran dan halangan akan menyebabkan lunturnya jiddiyyah dan iltizam pekerja Islam untuk terus menerus istiqamah di atas jalan dakwah. Sebab itu menjadi sunnah bahawa perjalanan di atas jalan yang haq hendaklah dilaksanakan secara berorganisasi yang diikat dengan ukhuwah Islamiyyah. Tujuannya supaya segala bebanan itu dapat dipikul secara bersama.

Firman Allah Subhanahuwata’ala :

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٞ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ
Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (Surah al Hujurat : 10).

Firman Allah Subhanahuwata’ala:

وَٱجۡعَل لِّي وَزِيرٗا مِّنۡ أَهۡلِي  ٢٩ هَٰرُونَ أَخِي  ٣٠ ٱشۡدُدۡ بِهِۦٓ أَزۡرِي  ٣١ وَأَشۡرِكۡهُ فِيٓ أَمۡرِي  ٣٢وَٱجۡعَل لِّي وَزِيرٗا مِّنۡ أَهۡلِي  ٢٩ هَٰرُونَ أَخِي  ٣٠ ٱشۡدُدۡ بِهِۦٓ أَزۡرِي  ٣١ وَأَشۡرِكۡهُ فِيٓ أَمۡرِي  ٣٢
Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong daripada keluargaku. Iaitu Harun saudaraku; Kuatkanlah dengan sokongannya terhadap pendirianku, dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku.
(Surah Thaha : 29 – 32)

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam telah bersabda

المؤ من للمؤمن كا لبنيان يشد بعضه بعضا
Seorang mukmin terhadap mukmin lainnya bagaikan satu bangunan, sebahagiannya menguatkan yang lain. (Hadis Riwayat Bukhari).

Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam :

مثل المؤ منين فى توادهم وترا حمهم وتعا طفهم مثل الجسد ا زااشتكي منه عضو تدا عى له سا ئر ا لجسد بالسهر والحمى
Perumpamaan seorang mukmin dalam hal saling cinta mencintai, berkasih sayang dan suka menyukai bagaikan satu badan. Jika satu organ daripada tubuh mengeluh kesakitan, maka yang lain turun merasai kesakitannya dan tidak tidur malam 

7. Terpengaruh Dengan Bisikan Syaitan

Syaitan sentiasa berusaha untuk menghalang manusia daripada jalan yang benar. Caranya ialah membisikkan perkara yang syubhat dan meragukan. Apabila seseorang menyahut bisikan syaitan, bermakna jiddiyyah dan keiltizamannya di atas jalan amal Islami sedang diuji. Sebab itu al-Quran sentiasa memperingatkan kita tentang tipu daya syaitan terkutuk. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

يَٰبَنِيٓ ءَادَمَ لَا يَفۡتِنَنَّكُمُ ٱلشَّيۡطَٰنُ كَمَآ أَخۡرَجَ أَبَوَيۡكُم مِّنَ ٱلۡجَنَّةِ يَنزِعُ عَنۡهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوۡءَٰتِهِمَآۚ إِنَّهُۥ يَرَىٰكُمۡ هُوَ وَقَبِيلُهُۥ مِنۡ حَيۡثُ لَا تَرَوۡنَهُمۡۗ إِنَّا جَعَلۡنَا ٱلشَّيَٰطِينَ أَوۡلِيَآءَ لِلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ  يَٰبَنِيٓ ءَادَمَ لَا يَفۡتِنَنَّكُمُ ٱلشَّيۡطَٰنُ كَمَآ أَخۡرَجَ أَبَوَيۡكُم مِّنَ ٱلۡجَنَّةِ يَنزِعُ عَنۡهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوۡءَٰتِهِميَٰبَنِيٓ ءَادَمَ لَا يَفۡتِنَنَّكُمُ ٱلشَّيۡطَٰنُ كَمَآ أَخۡرَجَ أَبَوَيۡكُم مِّنَ ٱلۡجَنَّةِ يَنزِعُ عَنۡهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوۡءَٰتِهِمَآۚ إِنَّهُۥ يَرَىٰكُمۡ هُوَ وَقَبِيلُهُۥ مِنۡ حَيۡثُ لَا تَرَوۡنَهُمۡۗ إِنَّا جَعَلۡنَا ٱلشَّيَٰطِينَ أَوۡلِيَآءَ لِلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ  ٢٧
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَخُونُواْ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ وَتَخُونُوٓاْ أَمَٰنَٰتِكُمۡ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَa
Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya). (Surah al Anraf : 27)

Hadith Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam :

ان الشيطان قعد لأبن ادم بطرق فقعد له بطريق الاسلام فقال : اتسلم وتترك دينك و دين ابا ئك ؟ فعصاه وأسلم ثم قعد له بطريق الهجرة فقال : اتهاجر اتدع ارضك وسماك ؟ فعصاه وهاجر ثم قعد له بطريق الجهاد فقال : اتجاهد وهو تلف النفس و المال فتقا تل فتقتل فتنكح نساؤك ويقسم ما لك ؟ فعصاه وجاهد فقال رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : فمن زلك فمات كا ن حقا على الله ان يد خله الجنة
Sesungguhnya syaitan selalu menghadang anak Adam di setiap jalan yang dilalui oleh manusia. Syaitan juga menghalang manusia dari jalan Islam. Syaitan berkata “Engkau masuk Islam dan meninggalkan agamamu dan agama nenek moyangmu” Namun orang ini menentangnya dan terus masuk Islam. Kemudian syaitan menghalang ketika orang itu hendak berhijrah dan berkata kepadanya “Engkau berhijrah dan meninggalkan tanah dan langitmu. Sedangkan perumpamaan muhajirin seperti kuda yang menempuh perjalanan yang jauh” Anak Adam itu menolak lagi dan meneruskan hijrahnya. Syaitan menghalangi jalan jihad. Dia berkata “ Engkau berjihad, ianya mensia-siakan dan mengorbankan jiwa dan harta . Engkau kelak akan terbunuh dan mati. Isteri dan hartamu akan dibahagi-bahagikan” Orang Islam itu meninggalkan godaan syaitan dan meneruskan jihadnya. Maka Rasulullah s.aw bersabda “Adapun orang yang mampu berbuat demikian maka Allah benar-benar akan memasukkannya ke dalam syurga. Jika terbunuh dia akan dimasukkan ke dalam syurga dan jika ia dibinasakan oleh haiwan tunggangannya (ketika hijrah) maka pastilah ia akan dimasukkan ke dalam syurga. (Hadis Riwayat an Nasai)

8. Tiada Kerjasama Daripada Anggota Organisasi

Jiddiyyah dan iltizam akan terdedah kepada kemerosotan sekiranya tidak mendapat kerjasama dan sambutan daripada anggota organisasi. Inilah rahsia Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam sentiasa bersama para sahabatnya dalam setiap aktiviti dan amal Islam.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda bermaksud:

“Siapakah diantara kamu semua yang berpuasa pada hari ini?” Menjawab Abu Bakar r.a “Saya”. “ Siapakah yang menghantar jenazah hari ini?”. “Saya” jawab Abu Bakar pula. “Siapa pula yang memberi makan orang miskin pada hari ini?”. “Saya” jawab Abu Bakar. Beliau bersabda lagi, “Siapakan yang menziarahi orang sakit pada hari ini?” Jawab Abu Bakar, “ Saya”. Maka Nabi Sallallahu’alaihiwasallam bersabda, “Tiadalah berkumpul amal-amal itu pada diri seseorang kecuali ia akan masuk syurga”

KESAN-KESAN LEMAH JIDDIYYAH DAN LEMAH ILTIZAM

KESAN KEPADA PEKERJA

1. Merubah Tasawwur Islam Pada Pandangan Umum

Pekerja yang tidak mempunyai sifat jiddiyyah dan iltizam secara praktiknya telah merubah tasawwur Islam yang sempurna dalam pandangan masyarakat umum. Ia menghalang mereka daripada merasai nikmat melaksanakan ibadah dalam bentuk yang syumul. Islam akan terus dilihat, difahami dan dilaksanakan dalam bentuk juz’i kerana hakikat kesempurnaan Islam tidak dicernakan dalam bentuk yang praktik.

2. Hilang Kepercayaan Terhadap Pekerja

Manusia akan percaya kepada perkataan yang disertai dengan amalan. Amalan hanya akan memberi kesan kepada manusia apabila diadunkan iman, kesungguhan, iltizam dan istiqamah. Kesan yang ditinggalkan oleh pekerja dalam amalnya adalah kesan yang praktikal, bukan semata-mata percakapan. Sesungguhnya pengalaman mengajar kita bahawa mereka yang bercakap tanpa beramal lambat laun akan terpinggir dibawa oleh arus. Inilah orang yang rugi di dunia dan akan menerima azab Allah Subhanahuwata’ala di Hari Akhirat.

Daripada Sufyan bin Abdullah r.a, katanya (bermaksud) “Kataku: wahai Rasulullah!, Katakan kepadaku dalam Islam suatu perkataan yang tidak perlu aku bertanya mengenainya selain daripada engkau. Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam: “Katakanlah : Aku beriman kepada Allah dan beristiqamahlah”
(Hadis Riwayat Muslim)

3. Jiwa Ragu Dan Bimbang

Mereka yang tidak memiliki jiddiyyah dan iltizam sebenarnya mjdah baginnya untuk melanggar perintah Allah Subhanahuwata’ala. Maksiat yang mereka lakukan akan memberi kesan kepada jiwa dalam bentuk ragu dan bimbang. Mereka bukan sahaja memikul dosa yang dilakukan, tetapi juga dosa orang yang mengikutinya.

Firman Allah Subhanahuwata’ala:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَخُونُواْ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ وَتَخُونُوٓاْ أَمَٰنَٰتِكُمۡ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ
Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya). (Surah Al-Anfal: 11)

Firman Allah Subhanahuwata’ala

ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَلَمۡ يَلۡبِسُوٓاْ إِيمَٰنَهُم بِظُلۡمٍ أُوْلَٰٓئِكَ لَهُمُ ٱلۡأَمۡنُ وَهُم مُّهۡتَدُونَ
Orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang yang mendapat hidayah petunjuk.(Surah al An’am : 82)

Firman Allah Subhanahuwata’ala.

وَمَنۡ أَعۡرَضَ عَن ذِكۡرِي فَإِنَّ لَهُۥ مَعِيشَةٗ ضَنكٗا وَنَحۡشُرُهُۥ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ أَعۡمَىٰ
Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta. Thoha : 124)

Firman Allah Subhanahuwata’ala :

لِيَحۡمِلُوٓاْ أَوۡزَارَهُمۡ كَامِلَةٗ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ وَمِنۡ أَوۡزَارِ ٱلَّذِينَ يُضِلُّونَهُم بِغَيۡرِ عِلۡمٍۗ أَلَا سَآءَ مَا يَزِرُونَ
(Mereka dibiarkan menuduh dengan yang demikian) supaya mereka memikul dosa-dosa mereka dengan sepenuhnya pada hari kiamat, dan juga memikul sebahagian dari dosa orang yang mereka sesatkan dengan tidak berdasarkan pengetahuan yang benar; sesungguhnya amatlah buruknya dosa-dosa yang mereka lakukan itu. (Surah an Nahl : 25)

KESAN KEPADA AMAL ISLAMI

1. Kehancuran Amal Islami

Amal Islami tidak akan dapat digerakkan dan ditegakkan oleh mereka yang tidak memiliki sifat jiddiyyah dan iltizam. Semua perancangan organisasi akan terbantut dan matlamat organisasi tidak akan dapat dicapai. Organisasi akan terus terpinggir daripada arus masyarakat dan sistem jahiliyyah akan terus bermaharajalela.

2. Tidak Mendapat Sokongan Masyarakat

Keikhlasan, kesungguhan, iltizam dan pengorbanan yang terus menerus merupakan jalinan unsur-unsur yang menjadi daya tarik masyarakat kepada sesuatu organisasi. Organisasi yang dianggotai oleh mereka yang lemah dan bersikap acuh tidak acuh tidak akan mampu mendapat tempat di hati masyarakat.

Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam :

من خا أدلج ومن ادلج بلغ المنز ل الا ان سلعة الله غا لية الا ان سلعة الله الجنة
Barangsiapa yang takut kepada Allah tentu ia tidak akan bersifat maju-mundur. Barangsiapa yang tidak maju-mundur tentu ia akan sampai ke tempat tujuan. Ketahuilah bahawa barang dagangan Allah itu mahal dan ketahuilah bahawa barang dagangan Allah itu ialah syurga. (Hadis Riwayat at Tarmizi dan al Hakim)

Amal Islami akan terus menjadi bahan penghinaan di kalangan musuh-musuh Islam. Pendokong-pendokong Islam akan menjadi objek sindiran terutamanya apabila terjadinya perkara tersebut akibat daripada terpaut dan terpengaruh dengan kehidupan dunia dan tenggelam di dalam kesibukannya.

3. Tidak Mendapat Pertolongan Dari Allah Subhanahuwata’ala

Organisasi yang dianggotai oleh mereka yang tidak mempunyai sifat jiddiyyah dan iltizam dengan perjuangannya tidak layak mendapat pertolongan dan bantuan daripada Allah Subhanahuwata’ala. Allah Subhanahuwata’ala tidak melihat mereka ini dengan rahmat dan kasihan belas-Nya kerana pada hakikatnya mereka ini mempermain-mainkan ayat-ayat Allah. Mereka bukan ansarullah dalam ertikata yang sebenarnya.

Firman Allah Subhanahuwata’ala :

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَنصُرُواْ ٱللَّهَ يَنصُرۡكُمۡ وَيُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ
Wahai orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (Surah Muhammad : 7)

CARA MENGATASI LEMAH JIDDIYYAH/ILTIZAM

1. Fikrah Yang Jelasr

Memahami teori dan beramal mengikut apa yang digariskan oleh ajaran Islam sebenar. Fikrah dan pelaksanaannya jelas. Memahami konsep-konsep asas dalam tarbiyah dan melaksanakan tuntutannya. Memahami tarbiyah yang bersifat waqi’i dan maidani iaitu melaksanakan setiap tuntutan Islam dalam seluruh ruang lingkup kehidupan. Tarbiyyah bukan setakat membaca, mendengar, menulis, melaksanakan tetapi tarbiyah insyaAllah akan berkesan apabila kita berjaya mematuhi dan melaksanakan setiap arahan Islam dan organisasi.

2. Perancangan Program Individu Dan Organisasi

Organisasi bertanggungjawab untuk merangka dan menyediakan perancangannya yang meliputi matlamat, marhalah, jalan-jalan, alat-alat, keutamaan dan persiapan menurut kemampuannya. Di samping itu ia perlu mengawasi supaya setiap perancangan dilaksanakan, mengenalpasti halangan-halangan dan mengambil tindakan untuk mengatasinya.

Setiap anggota pula perlu mengatur aktiviti harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Pastikan perancangan individu berada di bawah naungan perancangan dan kehendak organisasi. Pastikan masa digunakan secara optimum kerana masa adalah kehidupan. Kejayaan dan keberkesanan perancangan dan program organisasi bergantung kepada jiddiyyah dan iltizam setiap ahlinya.

3. Pengkhususan Dan Pengagihan Pelbagai Tugas

Pengkhususan dan pengagihan tugas diperlukan ketikamana organisasi telah mempunyai pekerja yang ramai. Pengkhususan dan pengagihan tugas akan menyebabkan seseorang itu lebih serius kerana ia sedar kepakarannya diperlukan untuk kepentingan Islam. Mereka yang melibatkan diri dalam bidang takhassus sepertimana yang diputuskan oleh organisasi hendaklah menyedari bahawa ganjaran kepayahan mereka hanya daripada Allah Subhanahuwata’ala. Namun perlulah beringat-ingat, kadang-kadang hadaf ini boleh berubah apabila telah mencapai status pakar.

4. Mengelakkan Fitnah Dalam Organisasi

Telah terbukti bahawa fitnah dalam organisasi boleh melunturkan sifat jiddiyyah dan iltizam anggota. Musuh sentiasa mencari jalan untuk menusnahkan organisasi Islam dengan cara menyusup dan menimbulkan suasana kacau bilau melalui isu-isu kontroversi. Fitnah hanya dapat dielakkan melalui tarbiyah dan tanzim yang kuat. Tarbiyah yang dimaksudkan ialah tarbiyah yang mampu menilai seseorang berdasarkan amalannya, melahirkan ukhuwah, kesiqahan, melaksanakan adab-abad mengkritik dan melahirkan anggota yang setia.

5. Mentarbiyah Dalam Bentuk Hamasah Dan Rangsangan

Tajuk-tajuk yang boleh digunakan untuk meningkatkan jiddiyyah dan iltizam ialah sirah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dan para sahabat, terutamanya menyentuh tentang jihad, pengorbanan, mengutamakan Islam dan mengatasi kepentingan diri.

Ustaz Mustafa Masyhur berpesan:
Pihak pimpinan (pelbagai peringkat) mestilah bersungguh-sungguh menyalakan cita-cita , mengobarkan azam dan harapan di kalangan anggota-anggota organisasi. Pihak pimpinan mestilah melindungi diri mereka daripada sebarang pengertian kemunduran atau rasa keruntuhan dan kegagalan dalam mengharungi mihnah, tribulasi dan rintangan.

6. Motivasi Rabbani

Jiddiyyah dan iltizam merupakan satu natijah daripada proses kesedaran dan kefahaman yang mendalam. Ianya satu anugerah Allah Subhanahuwata’ala kepada sesiapa yang dikehendaki untuk menjadi pendokong risalah-Nya. Sumber yang mengeluarkan natijah ini ialah iman yang sentiasa hangat dan berfungsi.

Prof Yusuf al-Qaradawi menjelaskan:  Imanlah satu-satunya unsur yang dapat menciptakan perubahan dalam jiwa manusia dan menjadikan manusia dalam bentuk yang baru , sehingga berubah pandangan hidup dan jalan hidup yang ditempuhinya.

PENUTUP

Sifat jiddiyyah dan iltizam memainkan peranan yang penting dalam meneruskan kesinambungan kerja-kerja Islam dan organisasi. Ianya sebagai penentu kepada masa depan setiap individu, keluarga dan organisasi di hadapan Allah Subhanahuwata’ala. Maju atau mundurnya sesebuah organisasi bergantung kepada tahap sifat jiddiyyah dan iltizam yang dimiliki oleh setiap pekerja atau anggotanya. Jiddiyyah dan iltizam yang tulin adalah hasil daripada kutuhan iman, panggilan ilahiyah yang sentiasa membisikkan kepada jiwa, merangsangkan fikiran dan menggerakkan anggota zahir untui berkerja.

Ia merasa sensitif terhadap pengintipan dan pengawasan Allah Subhanahuwata’ala yang berterusan ke atas dirinya. Mereka inilah yang mempunyai rasa tanggungjawab mendalam dan mendorongnya supaya sentiasa berjaga-jaga dalam memegang amanah yang didokongnya.

Susunan:
Haji Mohd Ghani Salleh

Penyunting bersama:
Khairul Azman
Abu Husin Taqiy

 

Print Friendly, PDF & Email
Tags

Khairul Azman

Ketua Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close