Home / Tag Archives: Tafsir

Tag Archives: Tafsir

Ringkasan Tafsir Surah Al-Kafirun (Surah 109)

Surah ini merupakan surah Makkiyah dan mengandungi enam ayat. Ia dinamakan Al-Kafirun kerana terdapat perkataan Al-Kafirun dalam ayat pertamanya. Surah ini memutuskan harapan orang kafir untuk memujuk Rasul Sallallahu’alaihiwasallam agar berkompromi dengan mereka dalam aspek penyembahan, peribadatan dan din. بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيم قُلۡ يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡكَٰفِرُونَ ١ Katakanlah: “Wahai orang kafir لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ ٢ Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ٣ Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٞ مَّا عَبَدتُّمۡ ٤ Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ٥ …

Read More »

Ringkasan Tafsir Surah An-Nasr (Surah 110)

Surah ini merupakan surah Madaniyah dan mengandungi tiga ayat. Dinamakan An-Nasr diambil daripada perkataan An-Nasr yang terdapat dalam surah ini, yang bererti pertolongan. Isi pokok surah ini menjelaskan tentang janji Allah Subhanahuwata’ala bahawa pertolongan-Nya akan datang dan Islam akan mendapat kemenangan. Allah Subhanahuwata’ala memerintahkan agar bertasbih kepada-Nya dan meminta ampun kepada-Nya ketika mendapat kemenangan atau kegembiraan. بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيم إِذَا جَآءَ نَصۡرُ ٱللَّهِ وَٱلۡفَتۡحُ ١ Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan وَرَأَيۡتَ ٱلنَّاسَ يَدۡخُلُونَ فِي دِينِ ٱللَّهِ أَفۡوَاجٗا ٢ dan kamu lihat manusia masuk din Allah dengan berbondong-bondong فسَبِّحۡ بِحَمۡدِ رَبِّكَ وَٱسۡتَغۡفِرۡهُۚ إِنَّهُۥ كَانَ تَوَّابَۢا ٣ maka bertasbihlah …

Read More »

Ringkasan Tafsir Surah Al-Lahab (Surah 111)

Surah Al-Lahab merupakan surah Makkiyah dan mengandungi lima ayat. Kandungannya merupakan celaan kepada Abu Lahab dan isterinya, Ummu Jamil, kerana memusuhi da’wah Nabi Sallallahu’alaihiwasallam. Nama Al-Lahab diambil daripada kata Lahab yang terdapat pada ayat ketiga, yang bererti gejolak api. Surah ini juga dinamakan surah Al-Masad. Surah ini mengisyaratkan bahawa kemusyrikan itu tidak akan dapat dipertahankan dan tidak akan menang meskipun pendokong-pendokongnya bekerja keras. بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيم ِ تَبَّتۡ يَدَآ أَبِي لَهَبٖ وَتَبَّ ١ Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa مَآ أَغۡنَىٰ عَنۡهُ مَالُهُۥ وَمَا كَسَبَ ٢ Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia …

Read More »

Ringkasan Tafsir Surah Al-Ikhlas (Surah 112)

Surah ini merupakan surah Makkiyyah dan mengandungi empat ayat. Dinamakan Al-Ikhlas kerana surah ini menegakkan kemurniaan tauhid kepada Allah Subhanahuwata’ala. Isi pokok surah ini ialah menegaskan kemurnian tauhid kepada Allah Subhanahuwata’ala, menolak segala bentuk syirik kepada-Nya dan menjelaskan bahawa tidak ada sesuatu yang menyamai-Nya. بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ Katakanlah: “Dialah Allah, Yang Maha Esa. ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ٢ Allah adalah Rab yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ٣ Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan. وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ ٤ dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia.” Pengajaran Surah ini merangkumi …

Read More »

Ringkasan Tafsir Surah An-Nas (Surah 114)

Surah ini merupakan surah Makkiyyah dan mengandungi enam ayat. Nama An-Nas diambil daripada An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bererti manusia. Pokok kepada surah ini ialah Allah Subhanahuwata’ala memerintahkan agar manusia berlindung kepada-Nya daripada segala kejahatan yang datang ke dalam jiwa manusia, samada ia datang daripada jin mahupun manusia. بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ ١ Katakanlah: “Aku berlindung kepada Rab (yang memelihara dan menguasai) manusia مَلِكِ ٱلنَّاسِ ٢ Raja manusia إِلَٰهِ ٱلنَّاسِ ٣ Sembahan manusia مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ ٤ Daripada kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi ٱلَّذِي يُوَسۡوِسُ فِي صُدُورِ ٱلنَّاسِ ٥ yang …

Read More »